15 | GRAY

31 7 0
                                    

Bunyi sudu dan garpu yang berlaga dengan pinggan mematikan kesunyian di ruang makan milik keluarga Kim itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bunyi sudu dan garpu yang berlaga dengan pinggan mematikan kesunyian di ruang makan milik keluarga Kim itu. Masing-masing menikmati makanan yang terhidang tanpa berbual kosong.

"Kenapa tadi Jiyun balik tak naik kereta?"

Kim Jongyun akhirnya membuka mulut. Matanya tidak melihat ke arah Jiyun sebaliknya asyik melihat makanan yang berada di atas pinggannya.

Jiyun terkaku. Tidak sangka pula appanya akan menyoal soalan ini kepada dirinya. Ingatkan appanya tidak tahu dia tidak menaiki kereta sewaktu balik sekolah tadi tetapi ternyata tidak.

Dia syak Sungyeon memberitahu segala-galanya kepada appanya. Dasar dengki!

Jiyun mengunci mulutnya, tidak tahu mahu memberikan alasan kepada appanya. Jika dia jujur, pasti sahaja dia akan diberikan hukuman.

Dia tidak mahu! Serik.

Cukuplah apabila dipukul kerana tidak mendapat keputusan peperiksaan yang memuaskan. Takkanlah kerana tidak menaiki kereta sewaktu pulang ke sekolah, dia dipukul?

Tak masuk akal langsung!

Kim Jiyun bukannya budak kecil. Dia sudah dewasa. Sudah hampir berumur 17 tahun.

"Oh, petang tadi saya nampak Jiyun baru turun daripada motosikal teman lelaki dia."

Kata-kata spontan yang keluar daripada mulut ommanya hampir membuatkan jantung Jiyun berhenti berdegup. Dia mula mengetap bibirnya.

Matanya turut laju melihat ke arah appanya. Mahu melihat reaksi lelaki itu.

Dalam hatinya, dia memaki ommanya kerana memberitahu perkara tersebut. Dia mahu menggelakkan kehadiran San daripada diketahui oleh appanya namun sebaliknya yang terjadi.

Haishhh. Kenapalah semua perkara tidak menjadi seperti yang diinginkan?

"Teman lelaki?"

Sinis sahaja suara itu bertanya. Badan Jiyun mula menggeletar ketakutan apabila keadaan secara tiba-tiba menjadi senyap.

"Jiyun, lepas makan pergi bilik kerja appa. Ada sesuatu yang perlu kita bincangkan." ucap Kim Jongyun sekilas lalu bangun dari duduknya dan beredar dari situ.

Jiyun mula mengenangkan nasibnya selepas ini. Hampir sahaja dia menitiskan air mata kerana perkara yang dia mahu elakkan terjadi jua.

Mata Jiyun merenung tajam ke arah ommanya yang sedang duduk di hadapannya

Semua ini terjadi kerana ommanya. Kalaulah ommanya tidak bertembung dengan dirinya dan San, pasti sahaja appanya tidak akan mengetahui tentang kehadiran San.

Ya, semua ini salah omma.

I hate you omma!

Selepas makan, Jiyun terus menuju ke bilik kerja Kim Jongyun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Selepas makan, Jiyun terus menuju ke bilik kerja Kim Jongyun. Sebelum itu, Sungyeon ada juga menghalangnya daripada pergi ke bilik kerja appa mereka namun Jiyun terus mengeluarkan kata-kata kesat kepada abang kembarnya.

Dia menyalahkan Sungyeon atas semua yang terjadi. Semuanya berlaku kerana Sungyeon bercinta dengan Bohyun.

Kalau boleh, dia mahu menyalahkan semua orang yang berada di disekelilingnya.

Omma kerana melahirkan dirinya.

Sungyeon dan Bohyun kerana menjalinkan hubungan.

Appa kerana selalu memukul dirinya.

San kerana terlalu kisah akan dirinya.

Dan yang terakhir sekali ialah dirinya sendiri kerana masih hidup setelah hampir 17 tahun hidup di muka bumi.

Useless. Itulah dirinya.

Jiyun melangkah masuk ke dalam bilik kerja appanya dengan perasaan takut. Pintu bilik ditutup rapat dan dikunci setelah badannya selamat masuk ke dalam bilik itu.

Jiyun menarik nafas dan menghembusnya sekilas setelah melihat appanya yang sudah bersiap sedia memegang kayu golf ditangannya.

"Jiyun-ahh, kenapa bercinta? Dah gatal sangat nak kahwin?"

"Sedarlah diri tu dulu. Pandaikan otak dulu baru fikir nak kahwin, Jiyun-ahh."

"Dalam hidup ini, ada dua sahaja perkara penting. Nak tahu tak apa dia?"

"Satu, duit. Dua, otak. Kalau kau bodoh, kau tak berguna. Tengoklah macam sekarang. Kau asyik ikut cakap aku je. Langsung tidak melawan."

Jiyun hanya mampu bertahan dengan kata-kata cacian dan makian daripada appanya. Air matanya hampir jatuh kerana dicaci dan dimakian sedemikian tetapi dia bersabar. Tidak mahu menunjukkan dirinya lemah di hadapan lelaki ini.

Ya, dia mengaku dia bodoh. Tetapi itu bukan salahnya! Otaknya memang tidak mahu menerima semua perkara yang dibelajar serentak. Dia tidak seperti Sungyeon.

"Melutut." arah Jongyun perlahan.

Jiyun hanya mengikut arahan tersebut. Matanya dipejamkan rapat.

Jongyun mengangkat kayu golfnya tinggi ke udara.

Pak!

Pak!

Pak!

"Jiyun-ahh, selagi kau tak putus dengan dia. Selagi itu, aku akan pukul kau."

Pak!

Pak!

Pak!

Jebal, can I just die?

Jebal, can I just die?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tbc

[OG] GRAY S1 + S2 | San ft WooyoungWhere stories live. Discover now