Prolog ❦︎

18.1K 665 22
                                    

~From Hate To Love~

Ilyana Adelia mengemaskan bagasinya untuk pulang ke tanah air. Selama tiga tahun Ilyana berada di Paris, France dan kini masanya untuk pulang.

Amboi gembiranya nampaktegur Jane yang berada di depan bilik Ilyana. Jane adalah roommate Ilyana dan boleh dikatakan teman rapat Ilyana semasa Ilyana di Paris.

Ish kau ni Jane! Lain kali nak masuk tu ketuk lah pintu dulutegur Ilyana. Pantang betul dia kalau orang masuk biliknya tanpa mengetuk pintu.

Hehehe, alah engkau ni macam lah tak biasa dengan akupujuk Jane lembut dia melabuhkan punggung bersebelahan sahabat baiknya.

Apa-apa je lah Jane. Pukul tujuh aku dah nak kena gerak ke airport. Kau jagan lupa jaga diri kau baik-baik tau Jane”rintih Ilyana dengan penuh rasa sebak untuk meninggalkan temannya itu di Paris. Ye lah sudah tiga tahun kut mana tak sedihnya.

Jane melirik sekilas memandang anak mata Ilyana yang sudah berkaca. Jane mengalihkan pandangannya ke arah bertentangan lalu dia menyeka cecair jernih yang jatuh ke pipinya.

Sudah la Yana.. Kau jangan lah risau pasal aku. Aku okey je dekat sini. Dah la engkau ni cengeng lah Yanapujuk Jane .Dia memeluk tubuh kecil Ilyana dengan erat. Sekali pandang mereka berdua sudah seperti adik beradik yang menyayangi antara satu sama lain.

Hm janji dengan aku yang kau baik baik je dekat sini! Pinky promise!ujar Ilyana sambil menghalakan jari kelingkingnya .

Ish kau ni! Iye aku janji aku akan jaga diri aku Ilyana Adeliaaajawab Jane. Sengaja memanjangkan nama belakang Ilyana. Kadang-kadang geram juga Jane dengan perangai Ilyana.

Bukan setakat Jane sahaja. Lecturer yang mengajar nya pun sakit hati dengan perangai Ilyana yang cepat merajuk, suka memaksa, cerewet, kadang-kadang serius lah jugak tapi dalam 5 minit macam tu dia dah berubah kepada Ilyana yang tak pernah serius dalam apa jua keadaan.

Tak lupa jugak dia adalah seorang wanita yang paling annoying. Queen of annoying.

----------------------🦋----------------------

Pintu pejabatnya terbuka luas. Penampakan sosok tubuh lelaki yang masuk ke dalam pejabatnya. Tanpa berkata apa-apa dia terus mendarat di kerusi berhadapan dengan Hayyan.

Hay, kau tahu kan dia balik hari nisoal Harris kepada Hayyan. Harris Luther merupakan adik kepada Hayyan Luther dan boleh dikatakan adik yang paling biadap pada abad ini.

Hmbalas Hayyan sepatah. Malas dia untuk menjawab soalan adiknya itu. Tangan nya tidak berhenti-henti menekan kekunci komputer nya.

Kau dah fikir ke apa yang kau buat ni Hay? Aku tahu lah kau cinta gila mati dekat perempuan tu tapi––”

Ye aku dah fikir apa yang aku buat ni betul. Aku nak dia jadi milik aku sebelum terlambat. Lagi pun bukan susah mana nak tawan hati diacelah Hayyan dengan penuh dingin. Hayyan dengan serius memang tidak boleh dipisahkan. Memang seharian dia akan serius sahaja. Nak tengok dia senyum, hm lambat lagi.

Suka hati kau lah Hay. Diri kau bukan diri aku. Dah lah aku cau dulu. Cakap dengan kau macam cakap dengan dinding bilik aku. Menyampah sial!maki Harris lantas keluar daripada pejabat abangnya itu. Harris menghempas pintu itu. Kuat.

Hayyan menggengam kertas yang berada dihadapannya. Hampir terkoyak kertas itu di buat nya.

Hayyan hanya menggeleng. Dia membaling pen yang dipegang nya lalu meraup mukanya. Sakit otak dapat adik macam Harris Luther. Biadap.

 Biadap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mrs. Hayyan Luther [ C ]Where stories live. Discover now