MHL 64 ❦︎

7K 266 33
                                    

~From Hate To Love~

Daun pintu wad itu dibuka seluas-luasnya. Sosok tubuh Hayyan terkaku seperti batu di hadapan pintu itu. Selangkah demi selangkah Hayyan menuju ke arah katil hospital itu. Matanya terasa suam-suam. Merah mukanya kerana menahan air matanya dari mengalir.

Sosok tubuh yang terbaring ditutupi kain putih itu di renung. Disekeliling katil hospital itu di penuhi oleh ahli-ahli keluarganya yang lain. Hayyan menarik dan menghembuskan nafasnya perlahan. Kain putih itu di turunkan dengan perlahan sehingga menampakkan wajah yang suci dan bersih disebalik kain putih itu.

Yanaa... Abang! Anak kita ada lagi kan abang... Yana ada lagi kan”esakan Datin Ilyanda terhambur keluar. Dia menatap wajah putih dan bersih anaknya itu. Datuk Ian menarik tubuh tua isterinya lalu membawa tubuh itu ke dakapannya.

Hayyan tertunduk layu. Dia menggenggam kuat cadar katil itu. Dadanya turun dan naik. Rasa benci kepada dirinya sendiri. Andai dia tidak membuat rancangan bodoh ini mesti Ilyana tidak akan pergi meninggalkan dirinya dan anak mereka.


Pipi Ilyana diusap perlahan. Sebak di dada di tahan. Tangan Ilyana di pegang erat dengan perlahan air matanya jatuh.

Assalamualaikum isteri abang. Yanaaa, abang datang ni sayang... Kenapa Yana pergi dulu sayang... A..bang tak kuat tengok Yana macam ni. Bangun lah sayangg. Jangan tinggalkan abang. Jangan tinggal kan anak kita. Yana, semua ni jadi disebabkan abang. Abang rancang semua ni Yana. Abang buat keputusan untuk buatkan Yana percaya yang abang dah berubah. Tapi sayang selama enam bulan ni abang sentiasa ada je dengan sayang. Abang selalu perhatikan Yana daripada jauh. Abang tahu Yana rasa marah dan benci dekat abang. Abang mintak maaf sayang”

Dadanya sakit teramat kerana menahan esakan nya daripada keluar lebih lebat. Hayyan mengemam bibirnya. Mulut terkunci seketika. Ya-Allah, adakah ini balasan kerana mendera perasan isterinya sendiri? Beratnya ujian yang dia tanggung kali ini.

Ahli HL'Mafia yang lain turut mengalirkan air mata jantan mereka. Rasa seperti sekejap sahaja Ilyana berada bersama mereka. Ezdania yang berada di dakapan Datuk Ahmad teresak-esak menangis.

Kepala Ilyana yang ditutupi dengan tudung sarung itu dipegang lalu diusap lembut. Anak mata Hayyan melirik ke alis mata Ilyana yang tertutup. Dia melihat mata itu tampak penat dan sedikit sembam. Mesti Ilyana banyak menangis kerana dirinya yang kejam ini.

“Yana, bangun Yana.. Abang tahu Yana ada lagi. Abang tahu Yana masih ada la..lagi.. Lepas ni Yana nak hukum abang atas kesalahan abang ni, Yana hukum lah. Abang sanggup kena hukuman Yana. Tapi Yana jangan lah hukum abang dengan cara ni sayang.. A..abang tak boleh kalau Yana tak ada dekat sisi abang. Sejujurnya abang rindu sayang. Rindu perangai manja Yana. Macam mana abang nak jaga anak kita kalau Yana tak ada dekat sisi abang..”

Datuk Hassan memegang bahu anaknya lalu membawa anaknya ke dakapannya. “Hayyan... Hay kena kuat ye nak.. Papa tahu betapa susahnya Hay nak lepaskan orang yang paling Hay sayang dalam hidup Hay. Lagi lah seorang insan yang bergelar isteri. Hay kena terima takdir yang Allah lebih sayangkan Yana. Jangan salahkan diri Hay. Hay tak salah, semua ni dah tertulis dan kita patut reda dengan ketentuannya”ujar Datuk Hassan perlahan. Dia mengusap perlahan belakang badan anak sulungnya. Datuk Hassan pasti Hayyan kuat menerima takdir yang sudah pun tertulis ini.

Iman mendekati katil itu. Dia ingin melihat wajah Ilyana buat kali yang terakhir. Dahi putih Ilyana dicium. Lama. Seraya itu air matanya deras mengalir. Adik yang mana selalu ada karenah dengan nya. Yang sentiasa manja dengan dirinya sudah pun tiada. Tiada lagi gelak tawa mereka berdua. Tiada lagi gurauan kasar. Semua itu hanyalah kenangan manis untuk mereka.

Mrs. Hayyan Luther [ C ]Where stories live. Discover now