MHL 34 ❦︎

4.3K 207 16
                                    

~From Hate To Love~

Pagi yang sangat indah. Suasana di dalam vila itu sangat menenangkan. Pokok-pokok yang masih lagi basah akibat hujan malam semalam.

Ezrin berada di dapur sedang menyiapkan makanan untuk Ezdania. Dia hanya membuat bubur dan juga segelas air untuk adik kesayangannya. Dia juga sudah memberi tahu kepada keluarganya yang Ezdania sudah berada di sini.

Mereka juga menanyakan tentang Ilyana tetapi Ezrin hanya diam .Tidak tahu nak bermula dari mana. Dia hanya mampu berkata bahawa Ilyana belum berada disini. Lagi pun mereka semua faham dengan apa yang di kata oleh Ezrin.

Ezrin sudah siap meletakkan makanan di dalam dulang. Dia menaiki tangga dan menuju ke bilik Ezdania. Sedang Ezrin berjalan ke bilik Ezdania dia terlihat pintu bilik adiknya itu terbuka sedikit.

"Siapa pulak masuk bilik Nia ni?Arris ke? Bual apa je Nia je belum sedar. Baik aku tengok kang tak pasal-pasal ha risau"kata Ezrin perlahan dia menjenguk sedikit ke dalam bilik itu. Terkejut dia melihat sesorang sedang duduk di kerusi bersebelahan dengan katil Ezdania. Duduk sambil memegang sekuntum bunga rose berwarna putih. Lelaki itu bangun dari duduknya dan menuju ke luar. Ezrin yang melihat itu cepat-cepat masuk ke dalam bilik sebelah. Nasib lah bilik itu tidak kunci.

Lepas sahaja lelaki itu pergi, Ezrin dengan cepatnya masuk ke dalam bilik Ezdania. Dia melihat sekuntum bunga rose putih itu di atas selimut Ezdania bersertakan card. Dia membaca card itu lalu tersenyum dia tahu siapa pemberi bunga dan card ini. Ezrin meletakkan dulang itu di atas nightstand. Dia duduk di kerusi itu dan menusap lembut tangan Ezdania.

"Nia.. Bangun lah sayang.. Abang Rin tak ada teman.. Sejak Nia tak ada, hidup Abang sunyi sangat dah lama abang tak dengar ketawa Nia. Kenapa lama sangat adik kesayangan abang ni tidur hm? Jangan tidur lama-lama ye sayang.. Nanti, Nia dah bangun nia makan okay. Abang ada maskan Nia bubur. Lepas je makan Nia kena makan ubat okay. Itu pun kalau Nia bangun. Kalau Nia tak bangun tak apa, esok abang buat lagi sampai lah Nia bangun okay"ujar Ezrin sedih melihat adiknya terlentang di atas katil. Sudah seharian Ezdania tidak sedarkan dirinya. Tidak pernah-pernah dia melihat Ezdania pengsan terlalu lama. Selalunya sekejap sahaja.

Ezrin bangun dari duduknya dan sekilas mencium dahi putih Ezdania. Lama. Sangat lah lama. Selesai sudah mencium dan membersihkan sedikit katil Ezdania, Ezrin ingin keluar. Namun Ezrin terasa ada satu tangan menggengam tangannya. Dia melihat Ezdania yang hampir sahaja sedar.

"A-abang.. R-rin"

"Nia? Nia.. Nia dah sedar. Sabar jap abang panggil Louie untuk check Nia"kata Ezrin dia melepaskan pegangan itu dan keluar untuk memanggil Louie anak buahnya boleh dikatakan Louie ini doktor peribadi untuk TheDarkness. Dalam masa yang sama juga dia adalah assistant kepada Ezrin.

Ezdania memegang kepalanya.Rasa sakit dikepala nya masih tidak hilang lagi. Dia melihat sekeliling. Cantik. Bilik itu dipenuhi dengan kaca untuk melihat pemandangan hutan yang cantik itu. Ezdania bangun dan menyandarkan badannya di kepala katil.

Pintu bilik itu terbuka kesemua ahli HL'Mafia dan TheDarkness masuk ke dalam bilik itu. Lebar senyuman Ezdania apabila melihat Harris yang terkejut melihat dirinya.

"Nia! My honey sugar bunny i dah sedar. Oh i really really miss you, sayang"kata Harris dia duduk di birai katil Ezdania. Ezdania masih lagi tersenyum. Rasa macam nak sahaja peluk cik boyfriend dia ni tapi itu lah belum halal lagi.

"Maaf ganggu ye encik Harris. Saya rasa esok-esok encik boleh kot nak bermanja-manja dengan kekasih hati encik. Sekarang ni encik ke tepi sekarang! Sebelum aku suntik kau Harris Luther!"marah Louie meyampah pulak rasanya bila dua sejoli ni bermanja-manja. Harris menjulingkan matanya dan beredar dari situ.

Mrs. Hayyan Luther [ C ]Where stories live. Discover now