MHL 54 ❦︎

3.4K 169 1
                                    

~From Hate To Love~


“Arris aku keluar dulu. Apa-apa call aku”Hayyan menyarungkan jaket kulit hitam ke tubuhnya. Mereka berempat yang sebuk membuat kerja masing-masing hanya melihat sahaja perubahan yang berlaku kepada diri Hayyan.

Harris tersenyum sinis lalu memanah panahan mata tepat ke susuk tubuh Hayyan yang berada dihadapan pintu itu.

“Keluar dengan Deena? Seriously Hay. Again!?” Hayyan hanya berdehem sahaja. Dia pun sedar yang dia sudah berubah tapi apa salahnya kalau dia nak keluar pun. Lagi pun kerjanya dah siap apa.

“Kau tak payah sebuk hal aku Arris. Aku tahu apa yang aku buat” jawab Hayyan lalu dia melangkah keluar pintu itu ditutup rapat. Harris menghela nafas panjang. Kenapa dengan abangnya ni.

Boleh dikatakan setiap hari Hayyan akan keluar bersama Deena. Dan dia hanya keluar pada waktu malam sahaja. Sebagai adik mesti lah risau kalau benda-benda yang tidak sepatutnya jadi kepada abangnya.

Chris ketawa sinis. File yang berada di tangan nya diletakkan di atas meja. Dia bangun dan mengorak langkah ke arah Harris yang masih tegak berdiri.

“Arris... Kau tenang okay. Aku tahu apa yang Hay tu buat. Kau jangan risau” Chris menepuk-nepuk bahu Harris. Harris melirik sekilas memandang Chris yang sudah masuk ke dalam bilik tidurnya.

Harris bengang. Dadanya naik turun selepas mendengar jawapan daripada abangnya itu. Tapi dia tahu Hayyan tak akan ketepikan kerjanya semata-mata untuk perempuan yang baru dikenalinya.

Hari demi hari. Minggu silih berganti. Deena berdiri dihadapan cermin yang tergantung di dinding bilik mandinya itu. Dia tersenyum bahagia. Sejak hari pertama dia bertentang mata dengan Hayyan dia dapat merasakan dia sudah mula cintakan Hayyan. Bukan kerana duit yang diberi kepada Hayyan tapi keikhlasan Hayyan kepada dirinya.

Hari pertama dia keluar bersama Hayyan. Hanya memakai t-shirt biasa dan seluar jean biasa sahaja. Sikit pun Hayyan tidak malu keluar dengan dirinya. Malah, Hayyan membelikan dirinya baju dan seluar ada lah. Banyak Hayyan keluar kan duit semata-mata untuk Deena. Dari segi pakaian lah dan barang keperluan yang lain.

Hari ini Hayyan akan balik ke France. Deena tekad dengan dirinya untuk memberitahu Hayyan tentang perasaannya. Dia harap Hayyan berasa benda yang sama. Dia sudah berjanji dengan dirinya selepas dia meluahkan perasaannya, dia berjanji akan mencintai dan menyayangi Hayyan dengan ikhlas. Dan dia akan berusaha untuk berubah menjadi seorang yang bersyukur.

Perlahan Harris melangkah masuk ke dalam bilik Hayyan. Dia melihat bagasi yang telah siap dikemas dan terletak di tepi katil.

“Hay...”

Hayyan berpaling. Harris terus mengorak langkah ke hadapan. Hayyan hanya mengukir senyuman sinis kepada adiknya.

Anak matanya kembali memandang ke skrin tabletnya. Harris yang sudah duduk di sisinya diendahkan.

“Hay kau dengar tak aku panggil kau. Aku nak cakap sikit dengan kau fasal––”

“Kalau fasal Deena aku tak nak jawab”dingin sahaja Hayyan menjawab.

Dada Harris naik turun selepas mendengar jawapan yang terpacul dari mulut abangnya. Salah ke seorang adik nak ambik berat tentang abangnya sendiri?

Mrs. Hayyan Luther [ C ]Where stories live. Discover now