MHL 14 ❦︎

7K 299 20
                                    

~From Hate To Love~

Ilyana melabuhkan punggung di atas katil itu. Telefonnya diaktifkan lalu melihat gambar kahwin mereka yang sudah dihantar oleh photographer tadi. Ilyana tergelak kecil. Lama sudah dia tidak sebahagia ini.

Tiba-tiba Ilyana mengingati akan lelaki yang berpakaian hitam itu. Ilyana termenung jauh sehinggakan Hayyan yang baru sahaja selesai mandi itu tidak perasan olehnya.

"Yana.. Kau termenung apa jauh sangat tu?"Ilyana yang baru sedar dari termenung itu terkejut dengan kehadiran Hayyan yang baru sahaja selesai mandi. Hayyan hanya memakai tuala dan air yang mengalir di collarbone nya itu menampakkan dirinya begitu seksi.

"A-Ayyan.. You jangan macam-macam eh haa you ja-jangan buat i jerit satu hotel ni boleh dengar tau haa"tergagap-gagap Ilyana apabila Hayyan merapatkan jarak mereka berdua. Hayyan melihat Ilyana dengan penuh menggoda dan dia memegang tuala yang dipakainya. Ilyana yang melihat Hayyan yang akan menanggalkan tuala itu terus menolak Hayyan dengan kuat lalu dia merangkak turun dari atas katil.

"Hahaha, dah lah tu pucat sangat aku tengok muka kau. Sini lah aku tak buat apa apa lah aku tahu kau penat. Hari ni aku lepaskan kau hari lain tak akan okey Ilyana Adelia" ujar Hayyan dia lantas bangun dan menuju ke almari pakaian Ilyana yang masih berdiri diri di sisi katil itu hanya memejamkan matanya.

Selepas sahaja Hayyan memakai baju, dia menoleh ke Ilyana yang masih lagi memejamkan matanya. Hayyan berdiri di hadapan Ilyana dengan senyuman sinis.

"Kau ni kenapa Yana.. Kenapa kau takut sangat dengan aku hari ni hm. Dulu bukan main lawan cakap aku apa semua. Sekarang diam seribu bahasa"kata Hayyan menarik bahu Ilyana dan meletakkan Ilyana di ribanya. Ilyana hanya akur dengan perbuatan suaminya itu.

"You.. I berat lah nanti kaki you kebas nanti macam mana?"ujar Ilyana dia menyilangkan tangan ke leher Hayyan karang jatuh habis berbisa punggungnya.

"Aikk boleh cakap rupanya ingatkan lepas je kahwin dah bisu tadi"Ilyana mencubit bahu Hayyan lantas dia menjeling tajam ke arah Hayyan. Menyampah.

"Auch.. Sakit lah Mon Ange. Kau ni sejak akhir-akhir ni garang sangat. Takut aku. Petang tadi pun kau marah Harris dengan Iman pun dah buat aku takut"

"Eyyyy, Ayyan mengada nya you ni. Padan muka you biar kesan cubit i tu berbekas dekat situ kita buat banyak sikit tanda supaya you tak mengada-ngada lagi"ujar Ilyana mendatar. Hayyan yang melihat wajar Ilyana itu hanya tersenyum manis.

"Kalau kau nak buat tanda dekat bahu aku boleh je aku tak kesah tapi kena adil lah. Kau buat tanda dekat bahu aku, aku buat tanda dekat leher kau ha macam mana okey tak?"

"Pervert! Ayyan boleh tak sekali tu you serious dengan i. Dengan orang lain boleh je you serious nak mati sampai senyum pun tak nak. Bila dengan i habis semua serious you hilang"kata Ilyana dia memuncungkan bibirnya. Merajuk lah tu.

"Mon Ange, kau kan isteri aku tak kan lah aku nak serious dengan kau. Kau nak ke dapat suami yang serious dua puluh empat jam ha? Tak nak kan jadi bersyukur lah sikit, okay sayang"kata-kata Hayyan membuat Ilyana blushing. Pipi dia sudah menjadi merah menyala disebabkan Hayyan menderetkan perkataan 'sayang' itu. Tangan sebelah kiri Hayyan mencubit pipi Ilyana yang kemerahan itu.

Mrs. Hayyan Luther [ C ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang