MHL 31 ❦︎

4.1K 207 10
                                    

~From Hate To Love~

Kesemua ahli HL'Mafia dan ahli TheDarkness menunggu bala-bala kumpulan itu turun daripada bilik mereka. Hampir setengah jam mereka menunggu Isaac, Harris, Saimon, Haziq dan Hafiz. Ezrin mendengus lantas dia bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke arah lift. Pada masa yang sama Ezrin berada di situ, pintu lift itu terbuka luas dan menampakkan lima wajah yang tidak bersalah.

Korang buat apa lama-lama dekat bilik ha?tanya Ezrin tegas. Nada suaranya sudah naik seoktaf.

Alaa relax lah Rin.. Ni ha Saimon dia cari pelampung dia tak jumpa-jumpa tu yang lambat tujawab Isaac sambil memasukkan lolipop berperisa lemon itu ke dalam mulutnya. Ezrin masih lagi menahan amarahnya. Dengan sekilas kepala mereka berlima di ketuk oleh Datuk Hassan.

PAK! PAK! PAK!

Aduh!mereka berlima mengusap kepala mereka lantas berjalan ke arah sofa yang diduduki oleh Hayyan, Chris dan Nick.

Korang ingat kita pergi sana untuk bercuti ke? Boleh tak sehari tu jangan nak timbulkan masalah”marah Hayyan dia memasukkan tangan ke dalam kocek seluarnya lantas keluar dari ruang tamu itu.

Chris, Nick, Iman dan Ezrin mengikut Hayyan keluar daripada situ. Tinggal lah lima sekawan itu. Mereka membuat muka menyampah selepasnya mendengar bebelan Hayyan.

Sudah lah tu.. Nah aunty ada sediakan bekal untuk kamu berlima. Nanti dalam flight makan yepujuk Datin Ilyanda dia memberikan lima beg kertas yang berisikan makanan itu kepada mereka. Mereka berlima mengambil dan terus keluar. Saimom tersenyum hingga ke telinga bila mendapat makanan yang digemarinya. Macaroni cheese by Datin Ilyanda Aliya. Jujur sedap gila.

Datuk Hassan, Datuk Ian dan Datin Ilyanda melihat mereka semua sedang memasukkan bagasi mereka ke dalam bonet kereta. Ahli-ahli yang lain sudah menunggu mereka di private jet milik Hayyan. Hayyan dan Ezrin memaksa Datuk dan Datin itu tidak mengikut mereka ke London. Atas sebab bahaya. Nasib Datuk dan Datin itu memahami mereka yang pergi ke sana untuk menjalankan misi.

Beberapa biji kereta mewah itu keluar daripada pekarangan mansion Datuk Ian itu. Mereka bertiga harap anak-anak mereka akan pulang dengan baik.

Sampai sahaja di airport, mereka semua berjalan menuju ke private jet milik Hayyan. Dari jauh mereka sudah dapat melihat anak-anak buah mereka sedang berbaris untuk menyambut kedatangan mereka semua.

Masuk sahaja ke dalam privet jet, Hayyan mengambil tempat di tepi tingkap. Dia teringat akan perangai Ilyana yang suka termenung di luar tingkap. Hayyan tersengih sendiri. Dia harap isterinya dalam keadaan yang baik.

------------------------🦋-----------------------

Ilyana melihat Ezdania yang sedang lena tidur. Dia tersenyum tawar. Ilyana menundukkan kepalanya. Air matanya mengalir membasahi pipinya.

Abang.. Yana rindu sangat dengan abang... Mesti sekarang ni abang tengah cari Yana kan... Kalau lah Yana dengar cakap abang masa tu mesti semua benda ni tak jadi. Mesti sekarang ni kita dah pergi honeymoon tak pun sekarang ni kita tengah shopping kan. Sepatutnya minggu ni kita balik Malaysia kan. I rindu tokpa dengan tokma.. Where are you, Ayyan. I really really miss you, Hayyan Lutherkata Ilyana dia melihat sekeliling biliknya itu. Sebijik seperti penjara. Dia berharap sangat Hayyan akan datang selamatkan nya.

Mrs. Hayyan Luther [ C ]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt