MHL 18 ❦︎

5.4K 271 19
                                    

~From Hate To Love~

Selepas sahaja Ilyana menghantar Ezdania pulang, dia terus menuju ke rumahnya. Nak balik offices Hayyan macam dah lambat. Sekejap lagi pun dia dah nak balik. Jadi Ilyana membuat pilihan untuk menunggu suaminya di rumah sahaja.

Sampai sahaja Ilyana di rumah, dia ternampak figura yang sedang menunggu di hadapan pintu utama rumahnya itu. Ilyana memberhentikan keretanya dan keluar daripada perut kereta. Dia menuju ke sosok tubuh yang berada dihadapan pintu itu.

Emm, yes you cari Hayyan ke? Sorry Hayyan belum––”

Hai Yana. Siapa kata aku datang sini nak cari suami kau.. Aku datang sini sebab nak jumpa dengan cinta hati aku”kata Amsyar dia hampir menyentuh pipi putih Ilyana dengan cepat Ilyana mengelak.

Am! You buat apa dekat sini ha!Ma–macam mana you tahu ni rumah Hayyan ha?! ujar Ilyana dengan nada sura yang sudah naik seoktaf.

Hey, hey don't cry baby. Pasal benda tu aku memang dah lama tahu yang kau dengan Hayyan tinggal dekat sini. Aku tahu kesemuanya pasal kau Ilyanaujar Amsyar mendatar.

Ilyana mengundurkan dirinya kebelakang. Takut akan setiap bait kata Amsyar itu. Ilyana memusingkan badannya ke belakang. Dia ingin berlari menuju ke keretanya. Tidak sempat dia menuju ke kereta Amsyar memeluknya daripada belakang.


Ilyana meronta ronta untuk dilepaskan. Makin Ilyana meronta makin Amsyar menguatkan pelukannya.Amsyar! Lepaskan i lah! I ni isteri orang tahu tak! Lepaskan lah!jerit Ilyana. Habis anak tekaknya terasa perit disebabkan jeritan itu.

Eh perempuan kau dengar sini! Sepatutnya kau tu jadi milik aku bukan milik iblis tu! Dia rampas kau daripada aku. Kau faham tak! perlukan Amsyar semakin kuat. Ilyana mengerang kesakitan lalu dia menggigit lengan Amsyar yang berada di dadanya itu. Ilyana terjatuh ke lantai akibat ditolak oleh Amsyar.

Bodoh punya perempuan. Perangai kau macam sial tahu tak. Meh sini aku ajar kau cara nak beradab” tak sempat Amsyar menampar wajah Ilyana, wajah  Amsyar di tumbuk kuat oleh Hayyan. Ilyana yang terduduk di lantai itu bingkas bangun dan berlari ke belakang Hayyan.

Cecair merah keluar dari mulut Amsyar. Dia memegang bibirnya yang pecah akibat ditumbuk oleh Hayyan lalu tersenyum sinis.

Don't touch my wife with your dirty hand, idiot!ujar Hayyan dengan nada suara dingin. Dia memegang tangan Ilyana yang berada di belakangnya.

Wah hero dah sampai. Nice.. Ilyana, kau dengar apa yang aku nak pesan dekat kau! Kalau aku tak boleh dapatkan kau, sesiapa pun tak boleh dapatkan kau dan aku nak kau tahu yang kau tu hak aku bukan hak anjing berkepala iblis ni!

BUK!!

Satu tumbukan tepat di muka Amsyar. Hayyan menaik ke atas badan Amsyar dan menumbuk dengan sekuat hatinya bagaikan itu bukan dirinya.

Ilyana yang berada di situ hanya melihat dan menekup mulutnya. Dia tak tahu kenapa dia bingung bila melihat bekas kawannya itu ditumbuk oleh suaminya sendiri.

Mrs. Hayyan Luther [ C ]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant