MHL 47 ❦︎

3.4K 169 6
                                    

~From Hate To Love~

Ilyana duduk di birai katilnya. Dua minggu sudah pun berlalu. Penat balik dari Switzerland masih belum hilang. Ilyana membuka ikatan rambutnya. Dia mengambil tuala yang tersangkut di almari lantas memasuki bilik mandinya.

Hayyan menguak pintu bilik itu. Matanya melilau mencari kelibat isterinya. Balik sahaja daripada pejabat terus dia tidak nampak bayangan isterinya. Hayyan menutup pintu bilik itu dan dia terdengar pancuran air di dalam bilik mandi.

Mandi ke? Hm tak ajakdia terus memasuki wardrobe. Tuala di ambil lalu membalut keliling pinggangnya.

Hayyan meraup rambut hitamnya kebelakang. Dia berdiri di hadapan cermin bilik itu. Macam-macam gaya dia buat di hadapan cermin itu. Nampak sangat tak boleh tengok cermin. Asal tengok mesti nak acah-acah macam lelaki melayu terakhir.

Lama pulak Yana ni mandi. Mandi ke buat bilik air niHayyan menuju ke arah pintu bilik mandi itu.

KNOK! KNOK!

Yana buat apa dalam bilik air tu lama-lama. Cepat lah abang nak mandi ni. Ada jugak abang rempuh pintu niujar Hayyan dia masih mengetuk pintu itu.

“Sabar lah. Tadi bilik air kosong abang tak nak mandi pulak sebok main dengan PS5 dengan diaorangbalas Ilyana dia mengambil tuala yang tersangkut lalu membalut tubuhnya.

Pintu bilik mandi itu terbuka luas. Hayyan menelan liurnya melihat isterinya yang baru sahaja selesai mandi.

Memang nak tercegat dekat sini sampai esok ke macam mana? Eish tepi lahIlyana menolak tubuh badan suaminya. Tapi sedikit pun tubuh Hayyan tidak bergerak. Apa dia fikir dengan tolak guna satu jari badan tegap Hayyan tu boleh beralih.

Hayyan menjungkit keningnya. Tiba-tiba sahaja bini dia naik angin. Datang bulan ke?

Sayang.. Sayang kenapa ni hm? Tiba-tiba marah abang. Abang ada buat salah ke dekat sayang”

Senyap dan hanya wajah ketat di beri oleh Ilyana.“Yana merajuk dengan abang ke? Ke isteri abang ni datang bulan. Hm? Sayang... Abang tanya kan ni jawab lah”

Ye memang merajuk dengan abang! Dah janji kan nak ambik Yana balik kerja tadi. Kenapa tak ambikjawab Ilyana dia masih berdiri tegak di hadapan suaminya. Hayyan memegang kedua-dua belah bahu Ilyana lalu bawa ke dalam dakapannya.

Sayang abang jangan lah merajuk dengan abang lagi ye. Abang mintak maaf sangat-sangat sebab buat sayang tertunggu tungguIlyana mendengus perlahan dia tidak membalas pelukan Hayyan. Tak nak kalah katanya. Tapi dalam hati dah berbunga-bunga mendengar cik suaminya pujuk.

Abang tak jadi ambik sayang sebab abang ada meeting last minute. At the same time abang nak bagi tahu sayang bateri fon abang habis. I am sorry Mon Ange. Don't be mad again okay. Takut abang tengok isteri abang marah. Dah serupa Dinosaur. Rawrr!tercetus tawa Ilyana mendengar Hayyan meniru ngauman Dinosaur.

Eish abang ni! Ye lah Yana maaf kan. Dah ketepi Yana nak pakai baju ni sejuk tahu tak. Abang tu pergi lah mandi bau masam!kata Ilyana dia berlalu pergi meninggalkan Hayyan yang masih di pintu bilik mandi. Hayyan ternganga luas apabila isterinya mengatakan bau badannya masam. Hayyan mengetatkan tuala yang di pinggangnya. Dengan laju dia berjalan dan mengangkat tubuh Ilyana.

Mrs. Hayyan Luther [ C ]Where stories live. Discover now