MHL 46 ❦︎

4K 191 10
                                    

~From Hate To Love~

Ilyana berhentikan langkahnya. Dia memusingkan badannya ke belakang. Tergamam dia melihat tiada sesiapa dibelakangnya. Hati terus berasa gelisah. Cepat-cepat dia mematah balik dan menuju ke arah kali terakhir dia dan Hayyan berhenti. Tangan ligat meraba bag tangan untuk mengambil telefonnya.

"Ish mana telefon aku ni! Time macam ni lah kau nak hilang telefon!"bebel Ilyana dia masih mencari. Dia terasa dia sudah terlanggar sesuatu benda yang keras hampir sahaja tubuhnya hendak tersembam ke tanah .Dia terasa ada sesuatu melingkari pinggang rampingnya.

"Mon Ange, are you looking for this?"Ilyana terkejut melihat Hayyan yang menyambutnya. Dia melihat handphone nya berada dengan Hayyan patut lah tak jumpa. Hayyan menegakkan Ilyana kembali.

"Sayang okay tak? Tu lah siapa suruh pergi jauh-jauh kan dah nak sesat. Nasib baik sayang langgar abang. Kalau sayang langgar orang lain tak ke tempah maut tu"ujar Hayyan dia mengusap-usap kedua-dua belah tapak tangan Ilyana.

"Hmm sorry abang.. Yana tak patut buat abang tercari-cari tadi. Tak adalah Yana ingat abang sanggup lari jauh-jauh semata-mata nak pujuk Yana"jujur Ilyana dia melihat Hayyan hampir sahaja nak ketawa. Eh encik suami dia ni sikit-sikit nak ketawa ada penyakit sindrom ketawa ke.

"Sayangg ingat ni cerita hindustan ke? Main kejar-kejar lepastu sorok-sorok macam tu. Abang memang tengah kejar Yana pun tadi, lepas tu abang stop jap sebab abang ada nampak sesuatu benda yang menarik"

"Benda menarik eh? Benda apa tu? Jumpa calon madu untuk sayang ke?"Hayyan mengangkat keningnya. Makin hari makin menjadi-jadi fikiran isteri dia ni. Lah sampai calon madu pulak dah kenapa. Hayyan mengabaikan soal itu dia pun tak melayan soalan Ilyana yang mengarut itu.

"Emm nope but abang rasa Yana kena tutup mata dulu boleh?"

"Dia benda kan bukan manusia spesies ular tedung kan?"

"Ilyana Adelia!"marah Hayyan kesabarannya masih dikawal. Dengan cepat Ilyana memejamkan matanya. Hayyan mengeluarkan seutas rantai daripada poket seluarnya. Di tengah-tengah rantai itu ada sebentuk crystal yang berwarna pink cair dan di rantainya ada dua bentuk rama-rama. Dia memegang rantai itu lalu menyimpan kembali ke dalam poketnya.

"Abang dah ke belum?"

"Okay dah! Bukak lah"Ilyana berpaling ke arah Hayyan. Dia melihat di tangan Hayyan ada sekuntum bunga Daisy dan sekotak coklat berbentuk hati.

"Abang! Awwww abang! Sejak bila abang ni jadi sweet talker. Abang nak tahu sesuatu tak? Cokolat ni abang beli dekat uncle yang jual tepi tasik tu kan. Bunga ni pulak abang petik dekat landskap tu betul tak?"

"Hehehe surprise!"kata Hayyan perlahan. Surprise lagi ke kalau Ilyana dah tahu dekat mana dia beli semua benda tu. Ah tak apa lah janji isteri dia bahagia.

"Tak apa lah abang Yana appreciate apa yang abang bagi ni. Dah banyak abang buat untuk Yana. Terima kasih abang"kata Ilyana dia tersenyum. Anak matanya tepat memandang ke anak mata Hayyan. Mereka berdua saling bertentangan mata. Tangan kasar Hayyan mengusap pipi mulus gebu Ilyana. Lantas Ilyana memegang tangan yang masih mengusap pipinya itu.

"Sama-sama sayang. Abang buat semua ni just for you. Ni baru permulaan belum pertengahan dan pengakhiran. Dah jom kita balik hotel dulu rehatkan badan then baru kita keluar berjalan balik okay"Ilyana senyum manis dia tidak faham apa yang dimaksudkan dengan pertengahan dan pengakhiran yang dikatakan oleh Hayyan. Hayyan menghulur tangannya dan Ilyana menyambut huluran itu. Mereka berjalan dan menuju ke kereta.

Mrs. Hayyan Luther [ C ]Where stories live. Discover now