MHL 23 ❦︎

4.8K 227 30
                                    

~From Hate To Love~

Semua berkumpul di ruang tamu yang cukup luas untuk dua keluarga itu. Datuk Hassan, Datuk Ian duduk di dua kerusi tengah. Manakala Datin Ilyanda duduk di antara Ilyana dan Ezdania.

"Papa, uncle Ian dan aunty Aliya panggil kamu semua berkumpul untuk bincang kan hal semalam. Seperti mana yang kita tahu Yana dan Nia dah tahu siapa kita, walaupun Yana dan Nia dah tahu, mereka masih lagi tidak selamat. Jadi papa nak kamu semua jaga Yana dan Nia sebaik yang mungkin"ujar Datuk Hassan.Hayyan yang mendengar itu memandang ke arah Ilyana. Ilyana hanya menelan liurnya. Gerun melihat muka Hayyan yang serius itu.

"Yana.. Maafkan daddy ye sayang... Daddy tak patut berahsia dengan Yana..Salah daddy sayang....Kalau daddy tak suruh semua rahsiakan benda ni daripada Yana dan Nia mungkin benda ni tak akan jadi" pinta Datuk Ian. Ilyana menggeleng dan tersenyum manis.

"Daddy no.. Ni bukan salah daddy lah and bukan salah sesiapa. Yana dengan Nia faham kenapa korang rahsiakan benda ni daripada kitaorang berdua. Korang ada sebab korang sendiri kenapa jadi macam gini. Yana dengan Nia pun tak boleh nak benci atau halang korang untuk berhenti jadi macam gini. Tapi yah Yana tahu satu hari nanti korang akan berhenti daripada semua ni"balas Ilyana dia memandang ke arah Ezdania lalu ketawa kecil. Ada je dua orang sahabat ni.

Ada yang tersenyum mendengar kata-kata Ilyana dan ada yang tidak memberikan apa-apa reaksi. Serius memanjang. Tah apa yang nak serius sangat.

"Tapi Yana you tak benci kitaorang semua kan?"celah Haziq. Semua ahli HL'Mafia dan Nor'Mafia memandang ke arah Haziq. Haziq hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kenapa Yana kena benci korang pulak. You guys are my family, tak kan Yana nak benci keluarga Yana sendiri.. Betul tak Nia?"jawab Ilyana sambil menolak bahu Ezdania. Ezdania yang termenung melihat ketampanan wajah Harris itu terkejut bila dia ditolak oleh Ilyana.

"Ha? Apa?"tanya Ezdania dia mengerutkan dahinya. Ilyana menjuling matanya ke atas. Susah dapat sepupu bahlol macam Ezdania.

"Ouh.. Ha.. Betul lah tu ha betul la. En Yana"Ezdania menggelakkan dirinya sendiri. Dia berasa sedikit jengkal bila hanya dia sahaja yang ketawa.

Ezdania terus menyandarkan badannya dan menyembunyikan mukanya ke belakang badan Datin Ilyanda. Malu.

"So tu je kan yang uncle nak bagitahu dekat kitaorang semua" tanya Iman sempat dia mengenyit mata kepada salah seorang maid yang menghidangkan air.

"Belum lagi Iman. Itu baru benda yang pertama yang uncle nak bagitahu"jawab Datuk Hassan tegas. Kesemua yang berada disitu hanya memandang Datuk Hassan. Pelik.

"Bukan ke tadi papa chat dekat group whatsapp papa just nak bagi tahu satu benda je? Kenapa tiba-tiba jadi dua pulak"soal Harris selamba. Hayyan memijak kaki Harris dengan kuat. Harris mengusap kakinya yang dipijak oleh Hayyan.

"Itu tadi Harris Luther. Ni sekarang.. Kan berbeza tu" jawab Datuk Hassan. Dia memandang ke arah Ezdania yang sedang membuat thumbs up kepada Datuk Hassan.

Semua yang berada disitu hanya terlopong mulut mereka melihat Datuk Hassan sudah terikut-ikut dengan perangai Ezdania.

"Sebelum papa cakap benda ni, papa cuma nak Hayyan dan Harris terima apa yang papa nak cakap ni. Ini adalah kata-kata terakhir arwah mama kamu untuk kamu berdua"ujar Datuk Hassan. Datuk Ian yang berada disebelah nya hanya menepuk bahu Datuk Hassan dan menangguk.

Mrs. Hayyan Luther [ C ]Where stories live. Discover now