MHL 58 ❦︎

3.9K 239 53
                                    

~From Hate To Love~

Fikirannya melayang jauh. Bermacam-macam pertanyaan berpusu-pusu di kotak fikirannya.

Tidak pernah sesekali Hayyan menyorok apabila menjawab panggilan telefon. Matanya yang bulat kini berair. Ilyana cuba menahan air matanya tetapi matanya tetap bertambah kelam.

Yanaa...”mendengar namanya diseru oleh seseorang, terus dia menyeka mutiara jernih itu.

Ezdania mengatur langkahnya sambil membawa dua mug yang berisi teh panas. Ezdania melabuhkan punggung bersebelahan Ilyana.

“Dah nak masuk dua jam kau dekat luar ni.. Kau tak nak masuk ke?”Ilyana menggeleng. Segaris senyuman terukir.

Pandangan itu bertukar kepada renungan. Sisi muka Ilyana ditatap. Sedikit pun Ilyana tak nak menoleh kepadanya. Ezdania menghela nafas panjang.

“Yana, aku nak tanya kau. Hay ada sakitkan kau ke? Dia ada pukul kau ke Yana? Kalau dia ada pukul kau ke apa bagi tahu aku, jangan diam je”kali ini Ilyana menoleh sambil menjungkit keningnya. Terkejut jugak dia apabila itu yang terlintas di fikiran sepupunya.

Ezdania menjulingkan matanya ke atas. Dalam banyak-banyak reaksi muka yang ada pada Ilyana, reaksi muka blur yang paling Ezdania benci.

“Apa kau ni Nia.. Agak-agak lah sampai dia nak naik tangan dekat aku. Apa kau ingat suami aku tu dah tak waras ke?”nipis sahaja senyuman Ezdania. Dia pun satu, kalau ye pun nak tanya soalan tanya lah soalan yang okay sikit. Ini tidak.

“Okay sorry salah aku. Tapi Yana cuba kau cerita dekat aku. Apa masalah korang berdua ni? Aku tak faham lah. Kalau aku ni duduk serumah dengan kau, mungkin aku tahu lah apa masalah kau. Ini tak, bila aku tanya Harris pun dia asyik nak mengelak je lepas tu ayat dia satu je ‘jangan sebuk hal rumah tangga orang’ mana hati aku tak panas”Ilyana tergelak mendengar bebelan Ezdania itu. Dah serupa mak marah anak. Bebelan Ezdania terhenti. Dia menoleh ke arah Ilyana yang sedang menahan tawanya dari tercetus.

Ezdania senyum senget. Dia menolak bahu Ilyana. Lega sikit hatinya melihat senyuman manis terukir di bibir merah Ilyana.

“Asal kau gelak. Aku cakap benda betul kan”kata Ezdania dengan separa jerit.

“Lawak tengok kau bebel macam tu. Lagi satu comel kau tahu. Eh, jangan nak kembang hidung. Geli aku tengok”Ezdania mampu menjeling. Nak tampar, tapi sedar sepupunya itu berbadan dua. Tak pasal-pasal terberanak Ilyana.

Ilyana mengeluh. Dia mengalihkan pandangan ke hadapan. Dia merenung tanaman yang berada di sekeliling halaman itu.

“Aku tak tahu lah Nia.. Aku bingung kau tahu tak. Aku tak tahu apa salah aku sampai Ayyan berubah macam tu. Mungkin pasal kerja. Dan mungkin jugak tentang Deena. Aku bukan apa, sebelum Deena muncul dalam hidup aku dengan Ayyan, aku rasa tenang je Nia. Aku rasa bahagia. Dah tak ada sesiapa yang akan ganggu rumah tangga kitaorang lagi. Tapi bila Deena tu datang, semua benda hancur. Kebahagiaan yang mana aku rasa dulu dah tak ada, kau faham kan”

Ezdania mengangguk faham. Dia merapatkan dirinya kepada diri Ilyana. Tangan Ilyana digenggam kemas.

“Lagi lah bila Ayyan sendiri bagi tahu aku yang dia pernah mainkan perasaan Deena. Tipu lah kalau masa tu dia tak pernah jatuh hati dekat Deena. Walaupun niat dia cuma nak main.Cuba kau bayangkan kalau perasan tu jadi betul. Deena datang dalam hidup Ayyan balik sebab dia nak buatkan Ayyan percaya dekat dia yang dia memang ikhlas sayangkan Ayyan. Then Ayyan pun percaya dan termakan dengan kata-kata plastik Deena tu. Dan lepas tu dia berubah. Dia jauhkan diri dia dari aku. Dia lupakan semua benda pasal aku... Dia tak sayang aku lagi Nia... Dia dah tak nak aku lagi..”

Mrs. Hayyan Luther [ C ]Where stories live. Discover now