MHL 40 ❦︎

4.8K 229 6
                                    

~From Hate To Love~

Alololo, geram nenek dengan Afif niDatin Ilyanda mencium pipi gebu Afif. Naik rimas Afif apabila pipinya di cium berkali-kali.

Ilyana duduk di sebelah mummy nya tergelak kecil. Ilyana menggeleng kepalanya terasa lawak bila mengingat akan kejadian pagi tadi. Ada patutnya Datin Ilyanda dan Datin Elly mengatakan Ilyana ni hantu. Mana tidak terkejut mereka berdua apabila melihat muka Ilyana penuh dengan masker warna putih.

Ilyana tersengih sendiri. Datin Ilyanda melihat sahaja anaknya gelak sakan seperti orang gila itu mengerutkan dahinya.

Ui dah kenapa tu ketawa sorang-sorangIlyana yang mendengar teguran Datin Ilyanda terus berhenti tergelak.

Ketawakan pasal mummy dengan maklong lah tu. Betul taktanya Datin Ilyana dia melihat Ilyana tajam lalu membiarkan sahaja anaknya itu. Datin Ilyanda sambung bermain bersama Afif.

Datin Elly Amirah dan Datin Seri Salbiah keluar daripada ruangan dapur. Mereka menghidangkan teh dan beberapa jenis kuih yang dibelinya. Datin Elly mengambil tempat di sebelah Datin Ilyanda dan mengambil Afif dari pangkuan adik iparnya.

Datin Seri Salbiah pulak duduk di sebelah Ilyana. Ilyana menyandar kepalanya di bahu neneknya.Rindu yang teramat ingin bermanja bersama neneknya.

Syukur Alhamdulillah, Yana dan Nia selamat. Kamu berdua tahu nak gugur jantung tokpa dan tokma bila dapat tahu Yana dengan Nia kena culik tahuujar Datuk Seri Nor lalu melabuhkan punggung di single sofa kegemarannya. Datuk Ian dan Datuk Ahmad pulak duduk di twin sofa itu.

Alhamdulillah tokpa, tokma.. Allah panjangkan lagi umur kami berdua. Walaupun anak Yana dengan Hayyan dah tiada tapi Yana tetap yakin bahawa semua ujian yang Allah berikan pasti ada hikmahnyajawab Ilyana ringkas dan mendalam. Datin Seri Salbiah mengusap kekura tangan Ilyana. Hayyan dan lima orang anak buahnya yang baru sahaja masuk ke ruang tamu itu duduk di sofa dan kerusi yang sedia ada.

Allah lebih sayangkan anak Yana dan Hayyan. Anggap sahaja kamu berdua belum ada rezeki lagi. Yana jangan sedih-sedih ye sayang.. Danny dengan Afif kan ada. Betul tak AfifHayyan berpaling ke arah Ilyana mereka berdua tersenyum manis. Masing-masing mula sebuk bermain dengan si kecil yang berada di pangkuan Datin Seri Salbiah.

Hayyan bangun dari tempat nya dan melabuhkan punggung bersebelahan isterinya. Dia memegang bahu Ilyana dan sekilas dia mencium pipi Ilyana. Danny ternampak perbuatan Hayyan yang mencium Ilyana lalu menghempaskan iPad kepunyaan Saimon.

Hey! Apa ni cium aunty Yana. Uncle mana boleh cium aunty Yana suka-suka hati uncle jemarah Danny dia menepuk peha Hayyan. Hayyan tersenyum lalu menggosok kepala Danny. Danny mengeluh kecil. Pantang betul orang main rambutnya ni.

Siapa kata uncle tak boleh cium aunty Yana suka-suka hati je? Mesti lah boleh sebab uncle dah kahwin dengan aunty Yanajawab Hayyan lembut dia mencuit hidung Danny. Danny seakan-akan terkejut dengan pemberitahuan Hayyan.

Tatapi uncle Arris kata.. Ish uncle Arris..Danny meleretkan nama Harris dia berpaling dirinya ke belakang dia melihat Harris sudah tiada bersama sekumpulan lelaki itu.

Mrs. Hayyan Luther [ C ]Where stories live. Discover now