MHL 60 ❦︎

4.8K 272 44
                                    

~From Hate To Love ~

Lima bulan sudah pun berlalu. Usia kandungan Ilyana sudah masuk tujuh bulan lebih. Senyumannya tidak lekang dari bibirnya yang merah seperti mawar merah itu.

Pintu klinik itu dibuka dari dalam. Ilyana melihat Isaac, Harris, Ezdania dan Saimon sedang menunggunya keluar. Serentak mereka bangun dari sofa yang disediakan. Ezdania dengan cepat mendapatkan Ilyana.

Dia adalah orang pertama yang teruja ingin tahu jantina anak Ilyana.

“So Yana macam mana? Anjing ke kucing?”tanya Harris selamba. Kerut pelapis dahi Ilyana. Ada patut samakan anaknya dengan binatang.

“Bunga ke kumbang? Cepat lah Yana bagi tahu tak sabar ni. Harap-harap perempuan boleh main masak-masak dengan i”semua berpaling ke arah Saimon. Isaac dan Harris berganjak dari dekat dengan Saimon.

Okayy, okay i bagi tahu.. Gender dia adalah lelaki!”mendengar sahaja perkataan lelaki terus Ezdania dan Saimon mencebik. Lelaki buat apa orang nak perempuan.

Manakala Isaac dan Harris melompat keriangan. Apa lagi generasi baru ini lah yang akan menggantikan tempat Hayyan sebagai big boss di HL'Mafia.

Bahagia Ilyana melihat mereka yang lain gembira. Dia jugak gembira apabila doktor mengesahkan anaknya adalah lelaki. Tapi tak kesah lah lelaki atau perempuan janji sihat walafiat.

Sekilas ingatan nya terfikir tentang Hayyan. Dia tersenyum tawar. Hayyan pasti suka jika dia dapat tahu anaknya ini adalah lelaki.

Mereka berempat mengalih pandangan pada Ilyana yang sedang mengelamun itu.

Lamunan Ilyana terhenti apabila Ezdania menegurnya. Hilang semua benda terfikir di kotak fikirannya.

“Yana, kau okay tak ni? Kau nak balik tak? Jom lah kita balik”kata Ezdania risau. Dari wajah Ilyana dia sudah tahu ada benda yang mengacau fikirkan sepupunya itu.

Ilyana menggeleng kepalanya.

“Tak ada lah aku okay je. Tadi kita dah plan kan lepas check up ni nak beli barang baby. Tak kan nak balik pulak”

“Tak ada lah Yana, kalau you rasa penat ke apa kita boleh je tunda esok atau lusa”jawab Isaac perihatin. Harris dan Saimon serentak mengangguk setuju.

Segaris senyuman manis terukir. Bahagianya dia tika ini. Sepanjang lima bulan dia dijaga dengan baik oleh keluarganya. Walaupun tiada suami di sisi.

Eish dah lah jom kita pergi mall. Tak sabar nak beli barang untuk baby boy ni”Ilyana menghulurkan beg sendang kepada Ezdania. Untung tau jadi ibu mengandung ni semua pas je dekat orang. Tak payah susah-susah angkat.

----------------------🦋---------------------

Deena mengusap perut yang sudah membesar itu. Dia sudah siap menyediakan makanan tengahari untuk suaminya yang sudah bersiap untuk kembali ke tempat kerja.

Hayyan keluar dari biliknya. Jam tangannya dibetulkan. Meja makan itu langsung tak dipandang. Dia endahkan sahaja Deena yang sedang menunggunya di meja makan itu.

Mrs. Hayyan Luther [ C ]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora