MHL 44 ❦︎

4K 217 5
                                    

~From Hate To Love~

Ui Yana dah siap ke belum? Cepat lah nanti tertinggal pulak flight”

Ha yee sekejap!Ilyana membetulkan tudungnya di hadapan cermin biliknya. Hari yang ditunggu-tunggu oleh Ilyana sudah pun tiba. Hari di mana suaminya akan membawa dia pergi ke Switzerland. Mereka akan bercuti di sana. Terkejut Ilyana bila Hayyan mengatakan bahawa mereka akan honeymoon ke Switzerland. Tetapi itu lah, ada beberapa orang lagi yang akan mengikut mereka berdua bercuti. Siapa lagi kalau bukan bala-bala Hayyan Luther.

Tudung.. Done.. Baju, bag make up pun dah bawak.. Hoodie pun dah ada lagi–”

Abang?celah Hayyan dia melihat Ilyana sambil menyandarkan badannya di pintu bilik itu.

Abang.. Yes abang pun dah ada. So dah siap. Nah! Tolong bawak kan berat hehehpinta Ilyana dia berpaling kembali ke arah cermin untuk membetulkan tudungnya. Perempuan dengan cermin mana boleh berpisah. Hayyan mengangkat kesemua bag dan turun ke bawah.

----------------------------🦋---------------------------

Dalam beberapa minit mereka sudah sampai ke KLIA1. Kali ini mereka tidak akan menggunakan privet jet kerana ada beberapa pekerja dan bodyguard nya menggunakan privet jet untuk melawat HL Holding yang berada di luar negara. Hayyan menempah first class untuk mereka berenam. Dalam beberapa minit mereka menunggu akhirnya mereka sudah berada di dalam kapal terbang.

Enam belas jam mereka berlepas dari Kuala Lumpur ke Switzerland. Jam di sini sudah menunjukkan pukul enam setengah pagi. Tiba sahaja mereka di pintu keluar airport itu ada seorang lelaki yang berbadan tegap menunggu mereka di pintu kereta. Ilyana melihat lelaki itu sedang berbual dengan Hayyan.

Anak buah dia kot.. Ke member dia or musuh dia? Eh tak mungkin..Ilyana bermonolog sendiri. Dia perhati sahaja suaminya dan lelaki itu. Tidak sampai beberapa minit Hayyan berbual dia menyuruh lelaki itu untuk mengangkat bagasi mereka. Kereta mewah itu muat untuk mereka berenam.

Aku nak duduk belakang eh!jerit Harris dia masuk ke dalam kereta bersama dengan bag galas putihnya.

Arris aku pun nak duduk belakang jugak!pinta Isaac dia jugak membawa bag galas yang muat untuk mengisi laptop, iPad dan barang keperluannya. Saimon menolak kembali kerusi itu kebelakang dan duduk bersebelahan Chris. Hayyan masuk ke bahagian pemandu.Ilyana masih tercegat di hadapan pintu penumpang. Dia melihat lelaki itu yang baru sahaja selesai mangkat kesemua bagasi mereka.

Sayang.. Masuk lah tunggu apa lagi?tanya Hayyan dia membongkokkan sedikit kepalanya. Biasalah kaum kerabat zirafah.

Kalau abang yang drive.. Dia ni nak naik apa? Tak kan nak tinggalkan dia sorang-sorangujar Ilyana dia masih lagi merenung lelaki itu. Harris, Isaac dan Saimon menepuk dahi mereka. Susah jugak dapat kakak ipar yang terlalu baik seperti Ilyana Adelia ni. Lelaki itu ketawa kecil.

It's okay ma'am. I can call my friend to pick me up near herepinta lelaki itu.Dia tersenyum manis ke arah Ilyana. Ilyana memandang ke arah Hayyan dan menunduk sedikit kepalanya ke arah lelaki itu. Masuk sahaja dalam kereta, kereta yang dipandu oleh Hayyan itu bergerak dan meninggalkan airport itu.

Mrs. Hayyan Luther [ C ]Where stories live. Discover now