MHL 56 ❦︎

3.9K 195 9
                                    

~From Hate To Love~

Satu persatu kedai mereka berdua masuk. Pada awalnya Ezdania ingin membawa Ilyana keluar minum di cafe tapi dah alang-alang Hayyan memberi green light apa lagi terus bergegas ke mall.

Penuh tangan kanan dan kiri Ezdania dengan bag-bag kertas. Semua itu kepunyaan Ilyana dan Ezdania. Ilyana yang hanya membawa perut dan bag silangnya hanya sekilas menoleh ke arah Ezdania. Wajahnya tampak penat mengangkut kesemua barang itu.

Tapi..

Ada nampak dirinya kesah. Sebelum-sebelum ni asyik diri dia sahaja yang kena kali ini biar Ezdania rasakan apa yang dia rasa dahulu.

Dia terasa telefonnya berdering. Isaac menyeluk poket seluarnya lalu menggesek skrin telefonnya.

Isaac, diaorang masih dekat mall lagi ke?”siapa lagi yang menelefon dan menghantar Isaac untuk memerhati Ilyana kalau bukan Hayyan Luther.

Isaac menjeling Saimon yang disebelah nya sedang nikmat menyedut air yang dibeli di cafe tadi.

“Yee.. Tapi aku rasa diorang dah nak balik. Penuh dah tangan si Nia tu dengan barang. Ni aku nak tanya, asal kau risau sangat eh? Kau tahu kan aku ada kerja belum siap dekat office ni tiba-tiba suruh aku spy bini kau”

“Lepas apa yang jadi dekat diaorang berdua tiga bulan lepas mesti lah aku risau. Aku trauma. Kau nak ke pisang berbuah dua kali. Dah memang kerja kau sebelum ni spy orang nak buat macam mana. Nak suruh adik kita sorang tu jangan harap lah. Ni aku letak dulu. Pasal kerja kita bincang bila kau dah balik. Perhatikan diaorang sampai diorang balik”skrin menjadi gelap. Mata helang nya tidak lekang dari memandang ke arah mereka berdua yang sedang duduk di bangku yang disediakan itu.

Sebenarnya dia hanya melihat Ezdania sahaja. Matanya tidak berkedip melihat wajah jelita Ezdania. Dari sudut yang tidak beberapa jauh dia boleh melihat iris biru cair Ezdania. Rambut yang digayakan bun itu membuatkan kejelitaan Ezdania terserlah.

“Isaac! Isaac!!”terbuntang luas mata Saimon melihat Ilyana dan Ezdania sudah berjalan jauh dari mereka. Isaac masih lagi termenung bangku yang sudah kosong itu.

Ouh kau siang-siang hari kau mengelamun. Okay, rasa ni.

Isaac terasa pipinya basah. Seperti ada air mengalir dari rambutnya. Bulat mata Isaac melihat rambutnya sudah basah dengan air mineral yang dibawa Saimon tadi.

Dia menoleh ke arah bangku tadi. Kosong!

Sa..Sai..Saimon! Yana mana Yana! Nia mana”

“Ha ha ha gelabah pulak kau! Diaorang dah pergi. Pergi mana aku tak tahu. Pepandai lah kau cari”selamba sahaja dia berkata. Padahal dia tahu Ilyana dana Ezdania sudah berada di aras bawah.

“Bodoh sial Saimon! Yang kau biarkan diaorang pergi je kenapa. Lain kali kejar lah”kata Isaac terus dia melangkah meninggalkan Saimon di belakang.

Berkerut dahi Saimon. Salah aku ke? Dia yang mengelamun tak tentu pasal. Isaac... Isaac...

Ilyana dan Ezdania berjalan keluar dari mall itu. Sedang mereka rancak berbual, tangan Ilyana ditarik. Hampir sahaja dia jatuh terduduk tapi sempat Ezdania menahan.

Ezdania memanah panahan mata ke arah sesorang yang dihadapan mereka berdua. Dia kenal sangat wajah itu.

“Hi Nia.. Cantiknya kau sekarang ni. Tapi tak setanding aku lah”

Mrs. Hayyan Luther [ C ]Where stories live. Discover now