MHL 38 ❦︎

5K 246 8
                                    

~From Hate To Love~

Semua terkejut dengan pemberitahuan Ilyana sebentar tadi. Hayyan melihat Ilyana dengan riak wajah yang agak dingin. Sekilas Ilyana memandang wajah cik suaminya lalu menelan liurnya. Takut.

"Ye betul ni anak arwah adik aku, Amsyar. Sebelum Am meninggal dia selalu bawak perempuan keluar masuk rumah. Macam mana aku tahu? This.. Diaorang berempat ni anak buah aku. Aku hantar diaorang supaya aku tahu kesemua rancangan yang Aaron dan Am buat"jawab Arlo dia meletakkan bag yang kepunyaan Afif itu di atas meja kopi lalu duduk di sofa single yang berwarna hitam itu.

"Ada satu hari tu Am terlekat dengan sorang perempuan ni. Perempuan ni suruh Am tanggungjawab macam biasa lah Am tak nak. Am bagi dia duit then terus tinggalkan dia. Sampai lah perempuan tu dah cukup bulan dia lahirkan Afif. Sampai je aku nak lawat perempuan tu doktor kata perempuan tu dah meninggal.Jadi aku ambik lah Afif dan jaga dia sampai lah sekarang"sambung Arlo lagi dia melihat sahaja Afif lena di pangkuan Ilyana. Pintu wad itu terbuka lalu seorang lelaki bersama seorang budak kecik lelaki masuk ke dalam wad itu.

"Eh adik.. Adik salah bilik ni.. Mak mana mak?"soal Saimon dia mencangkung di hadapan budak itu. Daus yang baru masuk ke dalam bilik itu bersama dengan budak lelaki itu melabuhkan punggung di sebelah Hakim. Mereka semua melihat telatah Saimon dan budak lelaki itu.

"Mami saya dah tak ada apa lah uncle ni. Uncle ni tibe je"jawab budak lelaki itu lantas dia menuju ke arah Arlo. Arlo mengangkat budak lelaki itu dan letak di ribanya. Semua di situ melihat kemesraan Arlo dan seorang budak lelaki itu. Hayyan melihat Ilyana. Ilyana mengangkat bahunya. Dia pun tak tahu dari mana datangnya budak lelaki itu.

"Lah makin lama makin ramai pulak budak dekat wad ni. Arlo siapa budak ni rapat je dengan kau?"tanya Iman selamba dia melihat budak lelaki itu dengan tajam. Budak lelaki itu menjelirkan lidah ke arah Iman. Terkejut Iman dibuatnya.

"Ni anak aku Danny. Danny Arsyad. Danny say 'hi' to uncle and aunty"Danny hanya menjeling kepada para-para lelaki yang berada di hadapannya. Dia tertoleh ke arah Ilyana dan Ezdania dan melambaikan tangannya. Harris, Isaac, Saimon, Iman dan Haziq ternganga melihat Danny yang tersipu-sipu malu.

"Hi Danny"

"Hi hensem boy"puji Ezdania dia melambai semula kepada Danny lantas Harris bangun dari duduknya dan berdiri di sebelah Ezdania.

"She is mine. Not for you, kid"kata Harris selamba. Berkerut muka Danny. Dia turun dari riba Arlo dan menuju ke arah Ezdania. Sampai sahaja dia hadapan Ezdania, Harris menghalang Danny daripada Ezdania.

"Eh tepi lah uncle!"jerit Danny kuat. Afif yang sedang tidur itu hampir tersedar kerana jeritan Danny yang terlampau kuat itu. Cepat-cepat Ilyana menepuk-nepuk peha kecil Afif supaya kembali lena.

"Arris.. Tepi lah you ni.. Kalau budak ni nangis macam mana. You nak pujuk ke? Tak nak kan. Come here Danny"Ezdania menolak Harris ketepi dan mengangkat Danny dan letak di ribanya. Sekilas Danny melihat Harris lalu menjeling tajam. Isaac, Saimon, Iman, Haziq dan Hafiz hampir tergelak bila Harris di kalahkan oleh seorang budak kecik yang berusia lima tahun.

"Arlo sorry kalau soalan aku buat kau tersinggung. Bini kau meninggal sebab apa?"tanya Ezrin bukan dia tidak dengar apa yang dikatakan oleh Danny tadi. Arlo tersenyum tawar lalu melihat Danny dan Afif serentak.

Mrs. Hayyan Luther [ C ]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora