MHL 52 ❦︎

4K 189 2
                                    

~From Hate To Love~

Lima Tahun Yang Lepas...

Petang yang sangat menenangkan. Ombak yang melibas pesisiran pantai membuatkan persekitaran pantai itu lebih tenang.

Tiga sekawan yang sedang duduk beralaskan kain yang dibawa oleh salah seorang daripada mereka.

Yana, Nia, aku nak cakap terima kasih sudi ajak aku bercuti sekali dengan keluarga korang. Ye lah aku bukan macam korang anak datuk. Kaya lepas tu ada rupa patut lah satu sekolah tu suka kawan dengan korang berdua”

Jangan lah cakap macam tu Deena. Alhamdulillah, ni semua rezeki keluarga aku atas kerja keras diaorang. Kau jangan lah fikir apa yang kitaorang nak terus dapat. Tak Deena, kitaorang ni nak sesuatu benda mesti kena usaha walaupun keluarga kitaorang ni berduitIlyana mengusap tangan Deena yang berada di sebelah kanannya. Deena hanya memberi senyuman manis.

Tapi tu lah macam mana aku nak dapatkan kulit cantik macam korang. Korang tengok lah aku ni daripada tingkatan satu sampai tingkatan lima sama je. Aku nak juga rasa jadi cantik macam korang. Penat lah diri ni asyik kena face shaming. Dah lah aku ni kawan dengan korang nampak sangat aku ni nak perhatian orang ramai jekata Deena lalu menghela nafasnya. Deena saling memandang ke arah Ilyana dan Ezdania yang berada di sisinya.

Kali ini giliran Ezdania pula memberi nasihat kepada kawan baiknya sorang ini.

Dee kau jangan lah fikir macam tu. Tak apa Dee kau kena ingat muka cantik, muka penuh jerawat, kurus, gemuk semua ni ujian Allah. Allah tahu kita mampu untuk sebab tu Allah bagi kita ujian. Dia nak tengok sama ada hamba dia ni kuat tak dengan ujian yang dia beri. Deena kau jangan pedulikan apa yang orang kata pasal diri kau. Kau dah cukup cantik dah Deena. Dan aku eh tak bukan aku, kitaorang nak kau tahu yang aku dan Yana ikhlas berkawan dengan kau. Tak ada istilah kau ni berkawan dengan kitaorang atas sebab nak perhatian orang lain. Dah lah kita datang sini nak happy-happy”

Betul tu kita datang sini nak happy-happy sempena kita dah habis SPM. Tak apa Deena nanti aku dengan Nia bawak kau pergi shopping barang skincare. Lepas ni kau boleh lah jaga muka kaujawab Ilyana dia mengemas sedikit barang-barang mereka yang bersepah di kain itu. Ezdania mengambil telefonnya. Khusyuk betul dia membaca massage daripada Ezrin.

Weh korang! Abang Rin suruh kita datang dekat tempat ni. Dia kata tempat ni sesuai nak ambik gambar. Jom lahkata Ezdania dia mula bangun dari duduknya. Ilyana dan Deena pula melipat kain yang sudah terkena dengan pasir itu.

Mereka terus menuju ke arah basikal yang disewa oleh Datuk Ian Alexander. Mereka mengayuh menuju ke tempat yang dikatakan oleh Ezrin.

Tak sampai beberapa minit mereka sudah sampai ditempat itu. Cantik dan sunyi sahaja tempat itu. Hanya dipenuhi dengan pokok-pokok kelapa dan ada beberapa chalet di sekitar situ.

Abang Rin! Sini!jerit Ezdania mereka masih lagi di atas basikal masing-masing dan menunggu sahaja ketibaan Ezrin dan Iman yang sedang duduk santai di bangku itu.

Mrs. Hayyan Luther [ C ]Where stories live. Discover now