MHL 63 ❦︎

5.7K 309 54
                                    

~From Hate To Love~

Ilyana duduk di sofa single itu sambil mengunyah jambu yang dipotong oleh Chris tadi. Meriah suasana rumahnya itu. Ramai ahli-ahli keluarganya menyiapkan persiapan untuk majlis hari lahirnya.

Ilyana memantau ralit kepada Harris dan Haziq yang sedang menggantung belon di setiap ruang tamu itu. Lalu dia beralih kepada buffet yang tersusun cantik oleh Isaac, Saimon dan Hafiz. Banyak makanan yang terhidang di situ dan semestinya makanan itu hasil daripada air tangan Datin-Datin Seri kita.

Ilyana bangun dari duduknya dia ingin melihat ke halaman rumah. Nampak macam meriah semacam sahaja. Tidak dijangka seorang budak kecil lelaki yang sedang berlari itu terjatuh. Punggung kecil nya sudah mencium lantai marble itu.

BUK!

“Danny! Are you okay, handsome boy?”soal Ilyana dia membantu Danny untuk kembali berdiri. Danny memegang kepalanya. Matanya dibuat-buat seperti berputar-putar.

Aunty Yana, I saw a bird at your had.. Oh gosh!”Ilyana tergelak kecil melihat karenah Danny. Ada sahaja akal Danny ni. Danny melihat Ilyana ketawa turut mengikut.

“Danny.. Lain kali hati-hati ye. Bahaya main lari-lari dalam rumah okay handsome boy”

Heheh okay and sorry aunty Yana.. Aunty Yana nak pergi mana? Can i follow you? Can i?”Ilyana memimpin tangan kecil Danny lalu mengangguk perlahan.

Mereka berdua keluar daripada sliding door itu. Ilyana memandang ke arah empat orang jejaka bersama dengan beberapa anak buah mereka berada di halaman rumah itu.

Babaaa!”

“Danny jangan lari.. Careful sayanggujar Ilyana kepada Danny yang sudah berlari ke arah Arlo. Arlo yang sedang berbual santai itu tergendala akibat Danny.

Arlo mengalih pandangan kepada Ilyana yang sudah melabuhkan punggung pada kerusi putih di halaman itu. Sekilas dia menoleh ke arah Danny.

“Danny buli aunty Yana ke?”tanya Arlo dengan nada suara sedikit tegas. Laju sahaja Danny menggeleng.

“Mana ada! Baba ni tak baik tau tuduh Danny tanpa sebarang bukti. Baba kena ingat, dosa menfitnah tu lebih besar dari dosa membunuh tau”Arlo tersentak dengan bait kata Danny. Danny menggelengkan kepalanya lalu menarik tangan Arlo menuju ke Ilyana.

“Danny tahu baba nak jumpa aunty kan. Jom kita jumpa aunty”

“Eh! Danny mana ada baba cakap macam tu. Slowly lah sikit anak baba ni”

Ilyana melihat sekeliling halaman rumah itu. Anak-anak buah yang menjaga rumah ini turut membantu memasang perhiasan untuk majlis hari lahirnya. Ni dah macam ajak beribu-ribu orang dah ni. Padahal cuma ahli keluarganya, anak-anak buah HL'Mafia dan TheDarkness sahaja yang hadir.

Ilyana melirik ke arah dua beranak yang sedang menuju ke arahnya. Senyuman manis diberikan kepada mereka berdua.

“Aunty Yana! Baba nak jumpa dengan aunty”ujar Danny yang betul-betul dihadapannya. Sekilas dia memandang ke arah Arlo. Arlo mengerutkan dahinya lalu menggeleng.

Sejak bila entah dia cakap macam tu dekat Danny. Pandai-pandai je anak teruna nya ni.

Ouh really?”lantas Danny mengangguk. Dia menyuruh Arlo duduk di kerusi kosong bersebelahan Ilyana lalu dengan selambanya dia meninggalkan mereka berdua.

Mrs. Hayyan Luther [ C ]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant