1

270 37 17
                                    

Apakah musim kegemaran anda?

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

Apakah musim kegemaran anda?

Musim bunga? Musim luruh? Musim sejuk ataupun musim panas?

"Wah musim bunga dah datang!" Seorang perempuan bersorak gembira. Dia berlari keluar semata-mata ingin melihat kelopak-kelopak bunga sakura yg sedang keguguran itu dari jarak yg dekat.

Setiap pokok dijalan dihiasi dengan bunga sakura yg mengembang, beberapa kelopak berterbangan diatas udara apabila ditiup angin perlahan. Dia menyandarkan tubuh dibawah pokok lalu memejamkan matanya rapat.

"Do Miyoo" Seorang budak lelaki memanggil nama penuhnya tanpa hormat.

Tiada respon.

Do Miyoo terus bersandar dan memejamkan matanya menikmati cuaca yg indah sekarang ini. Kehadiran dua budak lelaki itu diabaikan.

"Dia pekak lah, kau ingat dia boleh dengar ke?" Balas temannya lagi.

"Hm ya tak ya juga. Kalau jerit ni dia boleh dengar tak?"

"Entah. Kita cuba je lah"

"HOI PEKAK! DO MIYOO PEKAK DO MIYOO PEKAK DO MIYOO PEKAK" Dua orang budak lelaki itu mula mengejek-ngejek dan membaling batu ke arahnya.

"Ah!" Akhirnya dia sedar akan kehadiran dua budak nakal itu. Lengan digosok, sakit baru terkena batu.

"Apa masalah budak-budak ni, tak ada adab langsung" Marahnya. Dia berniat ingin mengatakan itu dengan perlahan tetapi disebabkan belum biasa bertutur lagi, dia tidak sengaja menyebut setiap perkataan dengan nada yg tinggi.

"Ish tak guna!" Geram budak lelaki nakal itu. Semakin banyak batu dilemparkan ke arahnya. Miyoo hanya mampu menjadikan tangannya sebagai pelindung.

"Hoi! Korang buat apa dekat girlfriend aku ni? Nak mati ke?" Marah seorang lelaki yg tiba-tiba datang dan mengaku Do Miyoo itu ialah teman wanitanya. Terima kasih kepadanya, dua budak nakal itu terus berlari tak cukup tanah.

Pantas dia menghampiri perempuan itu lalu membelek belek tubuhnya dengan risau. "Miyoo, awak okey tak? Maaf, saya terlambat"

Walaupun Miyoo tidak mampu mendengar dengan baik, dia masih dapat membaca gerakan mulut seseorang.

Dia menggelengkan kepala sebagai jawapan.

'Terima kasih, Jake' Ucapnya melalui bahasa isyarat. Mujurlah lelaki itu faham. "Sama-sama, sayang"

Jake tidak mengatakan apa-apa sengaja menunggu suasana menjadi hening dan sunyi sepi. Semasa bercakap bersama orang mempunyai masalah pendengaran, kita mesti memilih tempat yg senyap dan ini lah yg dia lakukan sekarang.

Akhirnya, tiada lagi kereta lewat disitu. Dia mengambil kesempatan ini untuk menanyakan soalan.

"Kenapa awak keluar?" Jake bertanya pada kadar biasa dimana tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan bagi memudahkan Miyoo mendengarnya.

"Saya nak ambil angin. Pokok sakura cantik" Perempuan itu membalas, nada percakapannya memang kadang-kadang tak sesuai dengan emosinya, hal ini terjadi disebabkan dia masih dalam proses membiasakan diri bertutur.

"Bahaya lah awak keluar seorang seorang. Nanti ada orang kacau lagi, macam mana?"

"Tak apa. Awak kan ada?"'

Jake tersenyum. Jaket yg tersarung kemas ditubuhnya dia tanggalkan lalu diletakkan dibelakang kekasihnya itu. "Saya bukan sentiasa boleh tengok tengokkan awak. Hati-hati ya, banyak orang jahat dekat luar ni"

Dia menganggukkan kepala faham dan mula bertanya menggunakan bahasa isyarat. 'Awak buat apa dekat sini? Bukan sepatutnya awak mengajar ke?'

Jake menggaru kepala sendiri. Tak faham. "Awak, saya tak faham. Saya faham 'terima kasih' je"

Miyoo mengeluh sebelum mengeluarkan telefon pintarnya. Dia menaip soalan yg sama didalam nota kemudian ditunjukkan kepada teman lelakinya itu.

"Awak buat apa dekat sini? Bukan sepatutnya awak mengajar ke? Ohhh. Hari ni saya tak mengajar. Cuti minggu. Lagipun saya nak jumpa kesayangan saya ni" Jake mencubit pipi perempuan itu sebelum memeluknya.

Pelukannya dibalas.

"Jum, saya hantar awak balik?"

"Okey"

Tangannya ditarik oleh lelaki itu perlahan.

Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke rumah Miyoo. Dia terus mendongak ke atas melihat kelopak-kelopak bunga yg sedang berterbangan akibat ditiup angin. "Wahhh cantiknya"

Jake tersenyum. Suka tengok perempuan ni teruja. Dia menangkap kelopak bunga sakura yg kebetulan terbang ke arah mereka berdua. "Miyoo, tengok ni" Sebelah tangannya menepuk bahu gadis itu dengan lembut.

Dia membuka telapak tangannya perlahan. "Ta-da"

"Wahhhh! Cantiknya" Miyoo mula menepukkan tangannya disertai sorakan teruja.

Kelopak bunga tersebut dia ambil dan diangkat tinggi, dia terus tersenyum.

"Saya nak jadi macam kelopak bunga sakura ni. Indah dan boleh terbang bebas ke mana-mana je. Tengok ni" Dia melepaskan kelopak bunga sakura tersebut dan membiarkannya terbang dibawa angin.

"Macam ni"

✫  _______________  ˚ .

❝Wind Flower❞ + JayМесто, где живут истории. Откройте их для себя