23

109 36 1
                                    

Disisi lain, kelihatan Jay sedang seronok menonton televisyen diruang tamu. Sebenarnya tak seronok mana pun sebab sudah 2 minggu dia tak dapat menyentuh telefon pintarnya. Entah dimana ibunya menyembunyikan benda tu.

Tapi dia tidak sengaja melihat Puan Park bermain telefonnya semalam. Dia tertanya-tanya apa 'agenda' ibunya yg tersembunyi.

Perkahwinan antara Jay dan Yang Nari sudah dibatalkan tapi Puan Park masih tak memberi keizinan untuk anaknya itu balik ke Korea. Wanita itu masih mencuba untuk memisahkannya dari Do Miyoo.

Bahunya terhinjut tatkala mendengar nada dering telefonnya berbunyi. Matanya membuntang. Nampaknya ibunya terlupa menekan butang turn off semalam.

Tanpa membuang masa lagi, dia segera masuk ke dalam bilik sang ibu kemudian semua bantal diatas katil itu dia alihkan ke tempat lain. Dia tersenyum lega. "Akhirnya"

Jantungnya berdegup pantas tatkala membaca nama yg terpapar diatas skrin. Do Miyoo. Perempuan kesayangannya. Laju jarinya menjawab panggilan itu. "Do Miyoo?"

"Jay! Hai! Apa khabar?" Ceria suara Miyoo berbicara didalam talian.

Jay tersenyum gembira tanpa mengetahui hal yg sebenar. Tuhan saja tahu betapa gembiranya dia diketika ini. Dia rindukan Miyoo sangat-sangat. Dengar suara pun dah cukup.

"Aku baik-baik je. Maaf tiba-tiba menghilang. Sebenarnya ada hal penting yg aku patut selesaikan. Aku terpaksa stay dekat Amerika kejap. Maaf pergi tanpa pengetahuan kau"

"Eh tak apa tak apa. Bila nak datang sini?" Miyoo kelihatan benar-benar teruja dapat berborak bersama Jay walaupun hanya menerusi rangkaian.

"Aku pun tak pasti lagi. Jangan risau, aku betul-betul akan pulang Korea dan jumpa kau lagi. Aku janji. Tunggu aku okey?"

"Okey!"

"Kau dekat mana tu? Kau baik-baik je kan?"

"Mesti lah. Aku sentiasa okey"

"Oh. Sebab Jake ke?" Nada suaranya berubah menjadi sedih.

"Eh tak. Aku.. aku tak terima dia"

"Eh? Serius? Kenapa?"

"Sebab aku--"

Jay menamatkan panggilan ketika mendengar suara ibunya bergema diruang tamu. Dia mula panik dan tak tahu harus melakukan apa sekarang ni. "Ah kenapa mama balik awal hari ni?"

"Jay? Kamu buat apa dekat sini?"

"Tak ada apa-apa"

"Kamu pegang apa tu? Bagi cepat!" Puan Park merampas telefon pintar didalam genggaman Jay tadi.

"Tolong hentikan semua ni. Jay bukan budak-budak lagi. Kenapa mama perlu pergi sejauh ni!"

"Mama buat semua ni untuk kebaikan Jay sendiri! Jangan dekatkan diri dengan perempuan cacat tu lagi kalau tak mama akan cederakan dia lebih teruk daripada sebelum ni"

"Sebelum ni? Mama buat apa dekat dia?" Jay menggenggam penumbuk menahan amarah.

"Upah orang untuk jatuhkan candelier je. Mama dengar dia selamat tapi cedera dibahagian mata"

Jay tergamam mendengar kata-kata ibunya itu. Jujur dia tak sangka ibu kandungnya sendiri sanggup lakukan semua itu kepada perempuan yg dia sayang. "T-tapi tadi dia kata dia baik-baik je"

"Dia tipu lah tu. Kalau Jay betul-betul sayangkan dia, lepasni kena dengar cakap mama. Jangan cabar mama lagi tau? Mama takkan pernah restui hubungan kamu berdua" Bagai psycho, puan Park menghampiri anak lelakinya itu dan membelai lembut kepalanya.

✫  _______________  ˚ .

"Sebab aku.. dah jatuh hati
pada kau, Jay" - Miyoo

❝Wind Flower❞ + JayWhere stories live. Discover now