26

114 35 8
                                    


"Jay"

Nari bermain jarinya. Kepala ditundukkan sebagai tanda rasa bersalah. Si pemilik nama yg membelakanginya tadi akhirnya memalingkan wajah untuk menghadapnya.

"Kau nak apa?" Jay membalas dingin.

"Kau.. kau tak nak balik Korea ke?"

Terdiam. Riak mukanya berubah mendengar soalan itu. Do Miyoo. Sesungguhnya, dia rindukan perempuan itu setengah mati. Tapi demi keselamatan Miyoo sendiri, dia sanggup tidak pulang ke Korea dan tidak menemuinya buat selamanya.

Macam mana dia nak hidup tenang bila ibunya sendiri cederakan orang yg dia sayang? Dirinya diselubungi rasa bersalah.

Dia takkan jumpa Miyoo lagi. Itu saja yg dia boleh lakukan sekarang.

"Tak" Singkat betul balasan yg diterima oleh Nari.

"A-aku nak jujur sesuatu"

Kedua-dua kening lelaki itu bertaut, curiga dan rasa tertanya-tanya dengan kelakuan Nari sekarang. Berpandangan mata sekejap pun tidak berani.

"Apa dia?"

"Beberapa hari lalu, ibu kau ada suruh aku hubungi Miyoo dan dia suruh aku cakap sesuatu yg kejam"

Jay mula rasa tak sedap hati. Kini, seluruh perhatiannya tertumpu pada perempuan dihadapannya itu. Ternanti-nantikan ayat seterusnya.

"P-puan Park suruh aku bagitahu dia yg kau.. dah meninggal dunia"

Mati kata. Jantungnya seolah-olah berhenti berdetak buat seketika. Bagaimana keadaan Miyoo selepas mendapat tahu tentang berita ini? Dia baik-baik saja, kan?

"..Jay? Kau okey?" Nari bertanya, risau kerana dia terus diam membisu.

Jay mengepal penumbuk. "Dan kau pun sanggup buat semua tu?" Pandangan tajam dia berikan kepada perempuan itu.

"Kau gila ke?!"

Bahu Nari terhinjut ketika nada suara Jay meninggi secara tiba-tiba. Lantas dia melutut dihadapan lelaki itu dan mula menggosokkan kedua-dua tangannya, memohon maaf.

"Maaf. Aku tahu aku pentingkan diri. Tapi puan Park cakap kalau aku tak nak kahwin dengan kau aku mesti setuju buat semua ni. Tolong, maafkan aku"

Jay menguak rambutnya ke belakang. Dia tahu ini bukan salah Nari sepenuhnya tapi dia tetap melepaskan rasa kesal pada gadis itu.

"Sebagai tanda maaf, aku boleh tolong kau balik Korea" Nari bersuara semula.

Hati Jay sedikit tergerak disebabkan kata-kata Nari tadi.

Dia dilemma, jika dia pulang ke Korea pasti ibunya akan mencederakan Do Miyoo nanti tapi dia tak tahan terus tinggal di Amerika. Boleh jadi gila hidup tanpa perempuan kesayangannya itu.

Tuhan saja tahu betapa risaunya dia selama ni.

"Jay. Tolong jangan putus asa dekat dia. Aku rasa bersalah hidup macam ni"

"Kau mesti berjuang untuk cinta kau. Aku tahu kau betul-betul sayangkan dia" Sambung Nari lagi.

Jay memejamkan matanya rapat. "Tolong aku pulang ke Korea, Nari"

✫  _______________  ˚ .

"Miyoo, saya ada hal ni. Surat dan buku kosong awak tu saya dah letakkan dekat atas meja" Beritahu Jake bagi memudahkan perempuan itu untuk mendapatkannya.

"Thank you"

"Tak ada apa-apa lah. Saya balik dulu" Pamit Jake, dia berjalan melewati tubuh perempuan itu. Langkahnya terhenti saat pergelangan tangannya dipegang. Dia menoleh. "Miyoo?"

"Thank you selalu ada dengan saya" Ucap Miyoo lagi, kali ini dia menghadiahkan senyuman tipis.

Jake mengusap kepalanya sambil tersenyum yg dipaksa. Dia cuba menyembunyikan perasaannya yg sebenar, tak mahu menangis di hadapan Miyoo.

Tapi dia tetap gembira, akhirnya Miyoo nampak semua usahanya selama ini. "Anything for you, love"

Dejavu.
Anything for you, baby.

Sukar untuk membaca air muka Miyoo sekarang. Dia masih tersenyum. Namun, pandangannya berubah sebaik sahaja Jake keluar dari situ. Tiba-tiba dia menangis. Air matanya gugur membasahi kedua-dua belah pipinya.

Dia berjalan menghampiri meja yg terletak ditepi katilnya. Buku dan surat yg terbaring disitu dia ambil. Dia membelek belek buku itu sehingga lah bunga anemone didalam terjatuh.

Tangannya bergerak menyentuh seluruh lantai, mencari bunga itu. "Ah dapat pun" Bibirnya mengukir senyuman ketika berjaya mendapatkan bunga tersebut.

Tanpa berfikir panjang, tangannya menggenggam bunga itu dengan kuat. Menghapuskan semua kenangan mereka berdua. Ia sudah hancur dan tidak boleh dicantumkan semula.

"It's either death or forsaken love"

✫  _______________  ˚ .

❝Wind Flower❞ + JayWhere stories live. Discover now