9

124 32 3
                                    


Sejak Miyoo mendapat tahu Jake curang dibelakangnya, dia tak pernah lagi keluar dari rumah. Dia terus berkurung didalam bilik. Penat anak tekak Jay menjerit memintanya untuk keluar setiap hari.

Miyoo rasa kecewa, marah dan sedih. Perasaannya bercampur baur. Dia tak tahu sejak bila lelaki tu menduakannya. Macam mana dia boleh tak tahu? Dia bodoh sangat ke?

"Wah seronoknya bercuti dipulau jeju selama seminggu! Mama! Nanti kita pergi lagi boleh tak?" Suara Miya bergema diseluruh ruang tamu. Nampaknya semua orang dah balik.

"Ya boleh. Minhee, pergi letak semua beg bagasi ni dekat atas"

"Alaa berat lah! Suruh lah Miya tu"

"Kau kan tua daripada aku. Kau angkat lah!"

"Ha! Miyoo paling tua diantara kita jadi.. Do Miyoo! Oh Do Miyoo!" Minhee menyeru nama kakaknya tanpa hormat.

Miyoo menyeka air matanya sebelum turun ke bawah. Dia putus kata melihatkan semua orang bergembira baru balik dari bercuti dipulau jeju tanpa pengetahuannya.

Keluarganya cuma perasan akan kewujudannya saat memerlukan sesuatu. Macam sekarang. "Kak, tolong angkatkan semua beg bagasi ni boleh?" Buat pertama kalinya, Minhee memanggilnya dengan penuh hormat.

Ya, Miyoo tahu lelaki tu tak ikhlas. Dia buat bertujuan untuk membodeknya. Sebenarnya, tak perlu pun. Miyoo tetap turuti semua kata-kata mereka.

Tanpa banyak bunyi, dia terus bergerak membawa bagasi semua orang ke atas.

Kedengaran dua beradik itu ketawa sakan diruang tamu sebaik sahaja Miyoo berada ditingkat atas. Miya menampar bahu abangnya. "Kau tengok dia tu. Macam orang gaji pfft"

"Bodoh. Tak baik macam tu tau"

"Eh? Sejak bila kau jadi baik ni?"

"Maksud aku, tak baik pukul abang kau sendiri"

"Pft, kelakar juga kau ni ya?"

Miyoo dengar semuanya. Tapi dia hanya mampu berdiam diri. Kalau dia melawan nanti makin besar masalah ni dibuatnya.

✫  _______________  ˚ .

"Psst! Psst! Do Miyoo!"

Miyoo mendengus kemudian menutup kedua-dua telinganya menggunakan bantal. Jay tak habis-habis kacau dia melalui jendela. Orang nak tidur pun susah. Suara lelaki itu terus menghantui hidupnya.

"Kau okey tak? Dah 3 hari kau berkurung dalam bilik. Dah makan?" Jelas kedengaran dari nada suaranya yg dia kerisauan.

"Aku tak ada selera" Pertama kali Miyoo menjawab dan satu barisan ayat yg ringkas begini pun sudah mampu membuatkan Jay gembira.

Tapi tak sampai seminit senyumannya terus hilang. "Ha? Maksudnya kau tak makan lagi lah ni? Jum. Kita keluar, aku belanja makan"

"Tak apa lah, Jay. Aku nak berehat"

"Mana boleh macam tu. Nanti kau sakit. Susah"

"Tak nak"

Jay mendengus geram lalu berlari ke rumah gadis itu. Dia mencekak pinggang sambil memanggil namanya kuat. "Do Miyoo! Miyoo! Do Miyoo!"

Keluarga Do yg sedang menyantap makanan dimeja itu memandang ke arahnya secara serentak. Air putih mengalir dari mulut Miya. "Handsome gila. Macam mana dia boleh kenal Miyoo?"

"Pakwe baru dia kot" Balas Minhee malas.

Miyoo yg berada di tingkat atas tadi berlari sepantas kilat untuk mendapatkan Jay. Jujur dia panik. Apa yg keluarga dia fikir nanti? Sempat dia tersadung dihadapan pintu.

"Ish carpet tak guna"

"Wah lajunya kau lari. Rindu aku ke?" Usik Jay, tangannya dilipatkan diatas dada.

"Diam. Tak lawak tau. Kau dah kenapa terjerit jerit nama aku tadi?"

"Kau tak nak keluar. Jadi aku tak ada pilihan lain"

"Pergi lah balik. Aku datang sini sebab nak suruh kau senyap je" Miyoo melangkah berniat ingin meninggalkan Jay sendirian disitu, namun pergelangan tangannnya sempat dipegang.

"No. Sekarang, jum ikut aku. Aku culik kau" Ditolaknya Miyoo masuk ke dalam kereta.

"Park Jongseong!"

✫  _______________  ˚ .

❝Wind Flower❞ + JayWhere stories live. Discover now