18

110 33 25
                                    


"Hoi pekak! Pergi kemas dapur!"

Miyoo menurut perintah ibunya tanpa menjawab. Dah biasa. Memang begini lah kehidupan sehari-hariannya selama ni.

Dia meletakkan semua pinggan kotor ke dalam sinki. Meja dilap hingga bersih, dia mula bergerak untuk membasuh pinggan.

Dia hampir mencapai botol sabun tapi terhenti. Teringat Jay. Disini lah lelaki tu menuang setengah botol sabun ke dalam sinki. Dihari itu lah juga dia menerima fakta yg dia sudah jatuh hati pada lelaki itu.

Tapi Jay menghilang tanpa berita. Mesej tidak dibalas bahkan tidak dibaca sama sekali. Dipanggil pun tak dapat. Miyoo risau dan rindu dalam masa yg sama.

Kini sudah genap seminggu dia tiada. Bunga sakura pun sudah berhenti mengembang. Makin kosong rasanya.

Air matanya menitis jatuh ke dalam sinki.

Pertama kali dia menangis disebabkan Jay. Betapa baiknya layanan lelaki itu hingga Miyoo tidak pernah menangis disebabkan kekasarannya. Sekarang dia menangis pun sebab rindu.

"Semua lelaki sama. Semua buat aku nangis. Bodoh"

"Lain kali jangan layan orang baik-baik kalau pada akhirnya kau pergi menghilang tanpa berita. Kau bagi harapan palsu"

"Ya, aku dah balas perasaan kau jadi tolong lah datang balik. Aku tak nak Jake, aku nak Jay"

Semakin kuat dia menangis. Dia membuka air paip bagi mengelakkan suara tangisannya kedengaran.

✫  _______________  ˚ .

"Nak balik Korea. Dah seminggu Jay dekat sini tapi mama tak pernah bagitahu pun tujuan mama panggil Jay datang ke sini"

Jay kedengaran sangat marah sekarang ni. Mana taknya, telefonnya dirampas, passport miliknya disembunyikan, kad debitnya pula dibekukan.

Katanya, ada perkara penting tapi sudah seminggu ibunya tidak membahas mengenai hal itu.

"Kenapa? Kamu tak suka dekat Amerika ke?" Puan Park yg membelakanginya itu bertanya dengan dingin.

"Sangat. Sekarang, bagitahu sebab mama panggil Jay datang sini. Kalau tak, Jay balik Korea terus"

Si ibu menghirup teh sebelum membalas ugutan anaknya itu. "Tak ada sebab. Mama saja nak pisahkan kamu dari perempuan cacat tu. Siapa nama dia? Do Miyoo?"

"Don't tell me- mama upah seseorang untuk intip Jay selama ni? Dia tak cacat anyway"

"Mestilah. Kamu satu-satunya anak yg mama ada. Jadi mesti lah mama jaga kamu dengan baik. Jangan berhubungan dengan perempuan tu lagi"

"Ha? Apa hak mama nak tentukan semua ni? Terserah Jay lah nak buat apa pun" Makin berkerut dahinya tak faham.

Tiba-tiba Puan Park menghempaskan gelas ke atas lantai menunjukkan beliau sudah benar-benar hilang sabar. "Tak boleh! Kau tak tahu ke selama ni papa dan mama dah buat perancangan untuk kahwinkan Jay dengan kawan bisnes papa?! Jangan rosakkan semuanya!"

"What? Tanpa pengetahuan Jay?" Jay mengusutkan rambutnya sendiri.

Dia memejamkan mata sebelum menyambung. "Zaman bila still jodohkan anak tanpa persetujuan ni? Mama, Jay sayangkan Miyoo. Jay nak kahwin dengan dia bukan orang yg Jay tak pernah kenal langsung"

"Ya, mama boleh batalkan rancangan perkahwinan tu kalau Jay tak setuju tapi mama tak boleh terima Do Miyoo sebagai menantu. Banyak lagi perempuan dalam dunia ni. Jangan pilih yg cacat. Keluarga kita ni keluarga ternama-"

"Stop! Just stop. Jay tak kisah apa-apa lagi yg penting sekarang ni Jay nak balik Korea terus. Mama buatlah apa yg mama nak"

Dia berjalan meninggalkan dapur tapi langkahnya terhenti sebaik sahaja mendengar ayat terakhir daripada ibunya.

"Walaupun mama sakiti Do Miyoo sekalipun?"

✫  _______________  ˚ .

Miyoo duduk dibawah pohon sakura menunggu kedatangan Jay, mana tahu lelaki tu datang hari ni? Lelaki tu suka muncul dan menghilang secara tiba-tiba.

Dia menadakan tangan. Tapi tiada kelopak bunga sakura yg mendarat ditelapak tangannya. "Ah lupa. Musim bunga sakura dah tamat"

"Aku rindu Jay"

"Do Miyoo" Pantas dia menoleh. Tuhan saja tahu betapa gembiranya dia sekarang.

"Jay?"

✫  _______________  ˚ .

❝Wind Flower❞ + Jayحيث تعيش القصص. اكتشف الآن