20

101 33 5
                                    

Ibu dan ayah dari kedua-dua pihak mula berbincang diluar meninggalkan Nari dan Jay dimeja berdua. Jay mencapai majalah fesyen diatas meja sambil menyanyi kecil. Langsung tiada rasa bersalah didalam diri selepas sudah membuat kedua orang tuanya malu.

"Thank you"

Jay menurunkan majalah bagi memudahkan dirinya melihat wajah perempuan itu. "Thank you for what?"

"Sebab tak nak kahwin dengan aku? Aku pun terpaksa datang sini sebenarnya. Aku harap kedua orang tua kita akan hentikan semua ni"

Dia sekadar menganggukkan kepalanya sahaja.

✫  _______________  ˚ .

"Miyoo, dah makan?" Jake bertanya, menunjukkan dia masih mengambil berat tentang perempuan itu.

"Belum" Pandangan matanya masih tertumpu pada kertas. Khusyuk membaca buku.

Sepatutnya dia ingin bersendirian dibawah pokok bunga sakura ni tapi Jake tiba-tiba datang dan duduk disebelahnya. "Awak dapat dari mana buku ni? Tak pernah nampak pun?"

"Jay belikan. Ada banyak lagi dekat dalam rumah tu" Terselit nada menunjuk nunjuk disuaranya. Sengaja membuat Jake cemburu.

Dapat dia dengar lelaki disebelahnya itu mengeluh. Tangannya ditarik membuatkan dia berdiri secara automatik. "Jum makan"

"Tak nak lah. Saya nak habiskan buku ni dulu"

Jake tidak membalas lagi. Dia terus menarik Miyoo dan memaksanya masuk ke dalam kereta.

"Ish, awak fikir awak ni Jay ke?"

✫  _______________  ˚ .

Pak!

Muka lelaki itu menghadap ke sebelah kiri setelah ditampar oleh Puan Park. Hilang sabar. Anaknya itu sudah memalukan keluarga tapi masih buat-buat tak tahu, dianggap remeh sahaja.

"Tengok apa yg Jay dah buat ni! Keluarga Yang dah batalkan kontrak penting tu disebabkan Jay tak nak kahwin. Jay dah rosakkan segala-galanya!"

Jay masih diam.

"Semua ni mesti sebab perempuan cacat tu kan?"

"Do Miyoo tak ada kena mengena dalam hal ni"

"Oh ya? Tengok lah apa yg mama buat nanti. Jay sendiri cakap terserah mama lah nak buat apa pun kan?"

"Mama nak buat apa?"

Puan Park tidak menjawab lagi. Langkah kakinya dibawa menuju ke balkoni. Jay mula rasa tak sedap hati. Dia menguak rambutnya ke belakang.

Hatinya semakin risau dan gelisah. Semoga Miyoo baik-baik sahaja.

✫  _______________  ˚ .

❝Wind Flower❞ + JayWhere stories live. Discover now