27

121 35 0
                                    


"Terima kasih, Nari" Ucap Jay sebaik sahaja turun dari kapal terbang.

Telefon dimasukkan ke dalam poket semula. Terima kasih kepada perempuan itu, disebabkan dia Jay dapat pulang ke Korea tanpa pengetahuan ibunya.

Tiba-tiba telefon pintarnya berdering semula. Terbuntang matanya saat membaca nama kenalan ibunya terpapar diskrin.

Beberapa pesanan daripada Nari masuk.

yangnari

sorry jay.
ibu kau tetiba dapat tahu
yg kau pulang korea.
tapi sumpah, bukan aku
yg report.

cepat jumpa perempuan
kesayangan kau tu sebelum
terlambat.

Tanpa berlengah, dia segera membawa kakinya berlari meninggalkan lapangan terbang. Lantas, dia mendapatkan teksi. Dia tak pasti kenapa tapi hatinya seolah-olah menyuruhnya untuk laju-laju menemui Do Miyoo, kalau tidak, dia akan menyesal seumur hidup.

"Encik nak ke mana?"

"Tolong hantar saya pergi ke Busan. Cepat sikit"

✫  __________________  ˚ .

"Terima kasih" Masih tak lupa untuk menunduk hormat walaupun dalam keadaan tergesa-gesa.

Akhirnya, dia tiba dihadapan rumah keluarga Do. Matanya meliar memerhatikan sekeliling. Tidak banyak yg berubah, hanya perubahan musim sahaja. Dulu, musim bunga. Sekarang, musim panas.

Jay menghembuskan nafas cuba untuk menenangkan dirinya. Dia bercadang ingin membuat kejutan buat perempuan itu. Mesti dia gembira melihat kepulangannya.

Dia tersenyum gembira. Teruja. Nama perempuan kesayangannya itu dipanggil seperti selalu, dengan nada yg sama, perasaan yg sama. "Do Miyoo!"

Sunyi sepi. Tiada balasan.

"Do Miyoo! Cuba teka siapa yg datang?"

Dia diam sejenak. Sengaja menunggu jawapan daripada perempuan itu. Masih tiada respon. Hening.

Jay menjawab soalan sendiri kerana terlalu lama diabaikan. "Jay dah balik ni! Tak rindu ke? Do Miyoo!" Dia melompat-lompat cuba melihat ke dalam rumah. Pintu utama pun terbuka luas.

"Hello? Tiada sesiapa dekat dalam ke?"

Hanya bunyi daun-daun kering ditiup angin saja yg kedengaran ditelinganya. Senyumannya hilang. Air mukanya berubah. "Kenapa sunyi sepi sangat ni?"

"Do Miyoo! Kau tak ada dekat dalam ke? Kau tak nak jumpa aku ke?"

Tangannya memegang pagar jeriji besi dihadapan. Niatnya untuk menggoncang jeriji itu terbantut ketika melihat ia tidak terkunci. Kerutan diatas dahinya timbul.

Kalau begitu, maknanya pasti ada seseorang berada didalam rumah sekarang. Tapi kenapa tiada sesiapa memberikan respon kepadanya?

Jay risau. Risau kalau perempuan tu sakit. Dia meneguk air liur yg terasa pahit. Pagar jeriji ditolak perlahan. Tidak berfikir panjang. Kakinya langsung melangkah masuk ke dalam rumah itu. Dia terus memanggil nama Miyoo.

Hampir berputus asa.

"Jay.."

✫  __________________  ˚ .

❝Wind Flower❞ + JayWhere stories live. Discover now