22

108 33 5
                                    


"Kemungkinan besar Do Miyoo tidak dapat melihat lagi buat selamanya. Secara ringkasnya, buta"

Informasi yg Jake terima beberapa hari lalu itu terus bermain didalam fikirannya. Risau. Agak-agaknya bagaimana reaksi Miyoo apabila mendengar berita ni?

"Buat masa ni, kita tak boleh beritahu Miyoo tentang perkara ni. Risau dia akan panik. Kita mesti tunggu masa yg sesuai"

Jake meraup muka tanda frustasi. Rasa serba salah menyelubungi dirinya. "Sepatutnya aku tak paksa dia teman aku makan haritu"

Dia tak pernah sangka pun semua ni akan terjadi. Macam mana candelier tu boleh jatuh? Masih belum terjawab.

Selepas puas melayan perasaan akhirnya dia memutuskan untuk masuk ke dalam bilik pesakit. Dia menguak pintu.

"Jay?"

Dia tak tahu nak rasa apa sekarang ni. Nampak sangat lah Miyoo rindukan lelaki tu setengah mati sehingga bunyi derapan kaki pun membuatkan dia teringat Jay.

"Maaf. Tapi saya bukan Jay"

"Ah. Jake rupanya" Jake masih dapat mendengar nada kekecewaan didalam suara perempuan itu walaupun dia sudah cuba yg terbaik untuk menyembunyikannya.

Tapi, Jake faham.

Jake tahu betapa tingginya perasaan Miyoo terhadap lelaki itu. Sudah genap 2 minggu Jay pergi meninggalkannya tanpa sebarang berita. Miyoo fikir, dengan keadaannya yg teruk begini akan membuatkan Jay memunculkan dirinya tapi dia salah.

Pasti Do Miyoo kemurungan.

"Awak hafal nombor Jay tak?"

"Ha? Kenapa awak tanya?"

Mata dipejam seraya menghembuskan nafasnya. Dia harus menurunkan ego demi kebahagiaan perempuan yg dia suka. "Saya nak call dia untuk awak. Awak rindu dia kan? Dia mesti tahu keadaan awak sekarang ni"

"Tak boleh. Dia tak boleh tahu keadaan saya sekarang. Saya tak nak risaukan dia" Masih sempat memikirkan perasaan lelaki itu sedangkan dia berada diposisi dimana dia harus merisaukan dirinya sendiri. Sesayang itu dia kepada Jay.

"Awak tak nak dengar suara dia ke?" Jake cuba meyakinkannya lagi.

Miyoo diam sejenak.

"Nak.. Tapi awak tak boleh beritahu keadaan saya sekarang ni macam mana"

"Okey. Cuba sebutkan nombor telefon dia perlahan-lahan"

"Tapi saya tak hafal nombor dia. Awak boleh periksa dalam telefon saya"

Jake segera bangun dan mengambil telefon pintar miliknya yg terletak di dalam almari. Benda berbentuk segi empat tepat itu dicapai.

Tanpa membuang masa lagi, dia langsung menekan nama kenalan Jay dan secara tak sengaja beberapa mesej daripada lelaki itu terbuka.

jay
jangan hubungi aku.
aku dah bahagia dekat usa.
jangan cari aku lagi.

Jake mengepal penumbuk melambangkan kesal, tapi Miyoo tak perlu tahu semua ni, kalau tak, mesti dia rasa dikhianati.

✫  _______________  ˚ .

❝Wind Flower❞ + JayWhere stories live. Discover now