13

119 35 2
                                    

"Wahhhhh" Bersinar-sinar mata Miyoo sepanjang perjalanan menuju ke Angang, terlalu teruja melihat pemandangan diluar kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Wahhhhh" Bersinar-sinar mata Miyoo sepanjang perjalanan menuju ke Angang, terlalu teruja melihat pemandangan diluar kereta. Kepalanya terus dikeluarkan ditingkap.

Risau Jay dibuatnya.

"Duduk elok-elok lah. Nanti terbang pula kepala kau tu, risau" Walaupun sibuk memandu, dia masih tetap boleh mengomel.

Miyoo menurut. Dia menutup cermin tingkap sebelum bersorak kagum tapi kali ini lebih tenang dibandingkan tadi. "Wah pertama kali aku dapat pergi Angang"

Jay tersenyum. Rasa bangga menjadi orang pertama yg dapat membawanya ke Angang. "Lepasni cakap je kau nak pergi mana, nak buat apa, makan apa, semua aku boleh tunaikan"

Miyoo diam, memerhatikan lelaki dihadapannya itu dengan senyuman. "Thank you"

"Anything for you, baby"

Pantas dia membuang pandangan ke luar tingkap. Cermin tingkap diturunkan supaya angin menerpa ke wajahnya dan menurunkan kepanasan pipinya.

"Comel" Bisik Jay perlahan.

✫  _______________  ˚ .

Kereta diberhentikan dihadapan taman bunga Angang. Jay merenggangkan badannya yg lenguh akibat memandu kereta selama beberapa jam.

Dia menoleh. "Miyoo, kita dah sampai- eh? Do Miyoo? Kemana dia menghilang ni?" Pintu kereta ditolak, dia mula berlari anak mencari keberadaan Miyoo.

"Miyoo? Miyoo! Jangan main-main lah" Dia berhenti berlari. Mencekak pinggang. Letih pula. Dah macam cari anak hilang.

"Ni mesti kes terlebih excited ni haih" Kepala digelengkan.

"Jay!" Panjang umurnya, dah muncul. Miyoo yg entah datang dari mana itu berlari anak ke arahnya dengan senyuman.

Dia tak tahu ke betapa risaunya Jay disebabkan dia tadi?

Jay menghela nafas lega. "Kau pergi mana menghilang tadi? Dah lah ni pertama kali kita datang ke sini. Kalau nak pergi mana-mana bagitahu aku dulu okey? Aku risau tau"

Miyoo cepat-cepat menjawab, takut sesi bebelan lelaki ini akan berterusan sehingga hari esok. "Maaf. Aku pergi tandas tadi. Kau nak tau sangat ke? Tadi aku tukar-"

Tak sanggup mendengar sepenuhnya. Jay langsung menekup mulut perempuan itu. "S-stop. Please" Pipinya membahang secara perlahan-lahan.

Miyoo mengalihkan tangannya kasar. "Siapa suruh"

"Okey jum kita masuk taman bunga" Dia bergerak seperti robot. Kelakukannya berjaya membuatkan Miyoo ketawa.

✫  _______________  ˚ .

Usai membuat pembayaran tiket, mereka berdua langsung masuk ke dalam taman bunga. Miyoo jalan mendahului Jay, terlampau teruja.

Jay menggelengkan kepalanya, tak lupa juga untuk tersenyum. Semua gelagat perempuan ni comel di matanya.

Perkara kecil macam ni pun dah cukup buatkan Miyoo bahagia. Dia mengeluarkan telefon dan mengambil semua gambar bunga yg ada disini.

Kadang-kadang dia terlompat-lompat kerana kagum dan teruja. Banyak betul reaksi yg dia tunjukkan dalam seminit. Pertama kali dia macam ni.

Sesungguhnya Jay bersyukur dan rasa beruntung dapat melihat sisi Miyoo yg begini. Matanya tak boleh lari dari terus memerhatikannya.

"Aaaah! Akhirnya, bunga Anemone!" Dia menjerit teruja. Tangannya berada dimulut.

"Macam mana? Suka tak?" Jay bertanya.

Kepala dianggukkan dengan pantas. "Mesti lah! Ah thank you, Jay!" Dia memeluk lelaki itu sambil terlompat-lompat gembira.

Jay membeku, terlalu terkejut dengan tindakannya. Dia cuba membalas tapi Miyoo sudah meleraikan pelukan mereka berdua terlebih dahulu.

"Sorry. Aku terlampau gembira" Miyoo meminta maaf, dia menggaru kepala yg tak gatal. Hilang kawalan.

Maklum lah, sudah lama dia bermimpi ingin melihat bunga Anemone dengan kedua-dua matanya sendiri.

Jay membuang pandangan ke tempat lain. Menyembunyikan pipinya yg memerah. "Tak apa. Aku suka"

Miyoo berdehem lalu duduk mencangkung dihadapan bunga kegemarannya itu. "Akhirnya aku boleh tengok dari jarak yg dekat"

"Kau tengok lah sampai puas"

"Wah! Bunga dandelion! Selama ni aku nampak dalam gambar je. Wah cantiknya" Dalam sekelip mata saja angin Miyoo berubah. Dia kembali teruja.

"Cantik kan? Kau nampak kan?" Sambungnya lagi. Dia menarik-narik hujung baju Jay.

"Mesti lah. Aku kan sentiasa perhatikan kau"

Terlalu sibuk mengagumi bunga bunga disitu sehingga kata-kata Jay semua tidak masuk ke dalam telinga. Bunga dandelion dicabutnya tanpa rasa takut.

"Eh? Kau tak boleh cabut"

Lain yg ditegur, lain pula yg dibalas.

"Aku nak jadi macam kelopak bunga. Indah dan boleh terbang bebas diudara ketika ditiup angin. Macam ni" Dia meniup bunga dandelion tersebut.

Jay diam. Faham apa yg dimaksudkan Do Miyoo tadi. Tapi dia tak tahu harus memberikan respon bagaimana.

✫  _______________  ˚ .

❝Wind Flower❞ + JayWhere stories live. Discover now