15

119 32 3
                                    

Sejak bangku tu ada, hampir setiap hari Jay dan Miyoo duduk disitu. Sebenarnya, Jay yg suka datang menyampuk. Macam sekarang lah, mereka berdua sedang leka membaca buku bersama-sama.

"Eh kejap. Ni antara buku yg aku belikan untuk kau dulu kan?"

Miyoo menganggukkan kepalanya. "Dah diam. Fokus baca"

"Baiklah. Patik menurut perintah"

Lama mereka berdua membaca buku, tenang saja suasana disitu.

"Do Miyoo!!" Tersentak dua orang itu apabila suara lantang milik Puan Do menyentuh gegendang telinga mereka. Rosak semuanya.

"Ya mama?"

"Basuh pinggan ni cepat!"

Miyoo mengeluh sebelum bangun dari tempat duduk. "Maaf. Aku kena basuh pinggan"

"Jum. Aku tolong" Jay berjalan mendahuluinya. Miyoo cuba untuk menghalang tapi dia sudah masuk ke dalam rumah tanpa rasa malu.

"Eh tak payah!"

"Tak apa"

✫  _______________  ˚ .

"Macam ni cukup ke?" Soal Jay dengan wajah tak bersalah selepas menuang hampir setengah botol sabun ke dalam sinki.

Miyoo mengetuk dahi sebelum memerli. "Sikit tu. Cuba tuang dua botol"

"Okey" Lantas, Jay mencapai dua botol sabun cuci pinggan seperti yg disuruh tadi.

Miyoo menampar bahu lelaki itu geram. "Aku perli pun tak faham. Banyak sangat kau tuang tu. Kau nak mandi buih ke? Haih" Dia terpaksa menarik penapis sinki dan membiarkan air berbuih tadi turun menerusi lubang.

Jay menggaru kepalanya sambil tersengih. "Macam mana nak basuh pinggan ya?"

"Basuh je macam biasa. Pertama sekali, letak sabun atas pinggan ni lepastu basuh. Siap. Kau basuh dekat sebelah" Dia terpaksa membuat demo, kalau tak sampai ke esok hari lelaki ni main sabun.

"Oh faham faham. Maaf lah, aku tak pernah basuh pinggan sebelum ni" Jay membalas, tangannya sibuk membasuh pinggan seperti yg Miyoo ajarkan tadi.

"Pembantu rumah yg buat semua tu ke?"

"Ya. Nanti kalau kita dah kahwin. Senang lah hidup kau, tak perlu cuci pinggan- ah!" Jay terjerit tatkala percikan air terkena pada wajahnya.

Miyoo buat-buat tak tahu selepas sudah membasahi muka lelaki itu. Dia terus menggosok pinggan tanpa berkedip. Kata-kata lelaki tadi membuatkan dia berdebar debar tanpa sebab. "Buat kerja"

"Miyoo, jangan cakap kau malu? Kau suka ya?" Jay mendekatkan wajahnya, sengaja mengusik.

Miyoo mengundurkan dirinya. Sumpah demi Tuhan sekarang ni dia gemuruh sangat. Dia meneguk air liur sebelum menolaknya menjauh. "Tak kelakar lah"

Jay ketawa suka manakala Miyoo menyentuh pipinya yg mulai naik suam.

Beberapa minit berlalu, tiada apa-apa istimewa yg terjadi. Mereka berdua gigih membasuh pinggan jadi tiada masa untuk bermain-main. Kalau tak, pasti Miyoo naik hantu.

"Tinggal satu lagi. Biar aku basuh" Jay merampas pinggan terakhir itu dengan penuh semangat.

Miyoo tersenyum. Tak lama selepas itu dia menampar pipinya sendiri. Baru sedar dia senyum hanya disebabkan tindakan kecil daripada lelaki itu.

Dia melabuhkan punggung dikerusi sementara menunggu Jay selesai. Sebelah tangan dijadikan sebagai tongkat buat kepalanya bersandar. Matanya mengimbas tubuh lelaki dihadapannya itu dari atas hingga ke bawah.

Senyuman kecil terbit dibibir.

Boleh tahan. Pergerakan dia pun nampak segak. Betul ke dia ada perasaan dekat aku?

Bermacam-macam yg dia fikirkan sekarang.

"Dah siap" Jay bersuara, menanggalkan apronnya.

Dia menghentikan gerak gerinya apabila perasan Miyoo mengelamun, perempuan itu masih merenungnya. Dia memiringkan kepala hairan. "Miyoo?"

Posisinya masih sama. Apron pun masih melekat ditubuh. Dia mengeluh sebelum menghampirinya untuk melonggarkan ikatan tali apron dibelakang.

Miyoo akhirnya tersedar saat perasan sepasang tangan melingkari pinggangnya.

Membulat matanya melihat wajah Jay benar-benar berada dihadapan matanya. Terlalu dekat hingga nafas lelaki itu menyentuh kulitnya.

Dapat dia rasakan kupu-kupu berterbangan bebas didalam perutnya. Tubuhnya terpegun seketika.

"Okey dah. Buka lah apron tu"

Dia bangun secara tiba-tiba dan tak sengaja menanduk dagu lelaki itu. "Auch!" Kakinya melangkah ke belakang.

"Ah! Maaf maaf! Aku tak sengaja. Kau okey?"

"Tak apa. Kejap lagi okey lah ni" Jay membalas, masih memegang dagunya yg baru ditanduk tadi.

"Maaf"

"Pfft, situasi ni kelakar lah" Jay tertawa tanpa sebab. Awalnya Miyoo agak keliru tapi lama kelamaan dia sekali tergelak.

"By the way, thank you dah tolong aku basuh pinggan hari ni"

"Anything for you, baby"

Tadi jantungnya sudah berdetak dengan normal tapi sekarang tak lagi.

"Aku balik dulu. I love you"

Sempat Jay menyatakan perasaannya dengan tenang sebelum keluar. Miyoo tahu lelaki tu sukakan dia. Tapi pengakuan yg terbaru ni buat dia rasa lain, reaksinya sangat berbeza jika dibandingkan waktu di pantai hari tu. Sekarang jantungnya berdegup semakin kencang. Malu. Suka dan,

"Aku benci nak akui semua ni tapi kalau boleh aku nak dengar lagi"

Dia segera berlari ke atas bilik semata-mata ingin melihat Jay masuk ke dalam rumahnya.

Lantas, dia menolak langsir dan mengintip ke bawah. Tapi kelibat lelaki tu tak ada lagi. Senyumannya lenyap begitu saja.

"Aku lambat.."

"Miyoo!"

Dia tersenyum lebar sejurus melihat Jay melambaikan tangan kepadanya melalui jendela.

Yes. Aku yakin. Aku yakin yg aku dah betul-betul jatuh cinta pada kau, Jay.

✫  _______________  ˚ .

❝Wind Flower❞ + JayWhere stories live. Discover now