21

108 33 6
                                    


"Ah tak guna" Ikutkan hati mahu sahaja Miyoo mencarut disitu. Adakah patut sekarang dia sedang berada di dalam restoran yg sama di mana Jay mengajaknya makan tempoh hari? Menu yg telah dipesan pun sama persis.

Pasta.

Rosak kenangannya bersama Jay. Dia memejamkan mata cuba untuk bertenang.

"Awak makan lah. Saya nak tahu juga, sedap ke tak"

Dengan terpaksa, Miyoo mengambil satu suap pasta demi mendiamkan mulut lelaki itu. "Peliknya. Sebelum ni saya dah pernah makan dekat sini, menu yg sama, tapi kenapa rasa pasta ni tak sedap?" Dia terus merenung wajah Jake tanpa emosi.

"Ha? Macam mana tu?"

"Sebab masa tu saya makan berdua dengan Jay. Tapi sekarang, saya makan dengan awak"

Hilang serta merta senyuman dibibir Jake sebaik sahaja mendengar balasan Miyoo tadi. "Nampaknya awak masih marahkan saya"

Miyoo tidak membalas lagi sebaliknya dia mendongak memandang candelier yg benar-benar tergantung diatas kepalanya itu. "Saya baru perasan candelier ni. Masa pertama kali datang sini tak perasan pun" Bilangnya perlahan.

"Mungkin haritu awak duduk dekat tempat lain"

Matanya meliar cuba mengingati dimana tempat duduk yg dipilih oleh Jay dulu. Tangan ditepukkan. "Ah saya dah ingat. Kami ambil tempat dekat situ" Dia menundingkan jarinya ke arah meja yg terletak ditepi tingkap.

Jake menganggukkan kepala mengiyakan semua perkataannya.

Bercerita pasal Jay pun sudah cukup membuatkan dia gembira. Lebar betul senyumannya. Jake tersenyum kelat. "Nampaknya awak betul-betul sukakan dia"

"Hm?"

Dia menggelengkan kepala.

Terhinjut bahunya saat mendengar bunyi kuat datang dari atas. Bunyi seolah-olah seseorang menukul lantai. Mereka berdua mendongak melihat candelier diatas.

Semakin kuat bunyi itu kedengaran. Tiba-tiba lantai simen tersebut retak menyebabkan candelier itu melonggar dan mula terayun-ayun diatas.

Beberapa cebisan kaca dari candelier tersebut jatuh ke atas tangan Miyoo. "Ah!" Sebelah tangannya menutupi luka dilengannya.

"Miyoo, kau buat apa dekat situ lagi!" Jake menarik tangannya dengan panik.

Kali ini bunyi yg dihasilkan diatas lebih kuat daripada sebelumnya dan itu berjaya menarik perhatian Miyoo. Dia mendongak.

Matanya terbeliak. Masa terasa seakan-akan menjadi lambat buat seketika, beberapa cebisan kaca benar-benar jatuh menuju ke dalam matanya.

✫  _____ S K I P _____  ˚ .

Jake menghela nafas sebelum masuk bagi memastikan keadaan Miyoo sekarang. Dia duduk disebelah katil lalu menggenggam jari jemari perempuan itu dengan lembut.

Matanya mulai berkaca-kaca melihatkan kondisi Miyoo sekarang. Dia mengecup tangan mulus milik bekas kekasihnya itu. . "I'm sorry, sepatutnya saya jaga awak baik-baik tadi"

Dia menyeka air mata apabila merasakan gerakan tangan Miyoo. Perempuan itu mengeratkan lagi genggaman tangannya. "J-jake? Saya ada dekat mana ni?"

"Awak ada dekat hospital"

"H-hospital? Apa yg terjadi dekat saya? Kenapa mata saya dibalut macam ni? Kenapa? Saya nak nangis tapi sakit"

Miyoo mula panik, tangannya bergerak ke sana sini mencari sesuatu untuk disentuh. Terlalu takut kerana tidak dapat melihat apa-apa.

"Awak ingat kan kita makan direstoran mewah tu? Susah nak jelaskan tapi candelier tu tiba-tiba jatuh dan kaca termasuk ke dalam mata awak. Kornea mata awak dan hampir keseluruhannya terluka teruk"

"Saya takut. Jake, saya takut"

Jake mencapai tangannya yg terketar ketar itu, membantunya untuk bertenang. Sebelah tangannya mengusap belakang perempuan itu. "Tak apa. Saya ada dekat sini"

✫  _______________  ˚ .

❝Wind Flower❞ + JayDonde viven las historias. Descúbrelo ahora