8

130 33 29
                                    

Malang betul nasibnya hari ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Malang betul nasibnya hari ini. Hujan turun dengan sangat lebat. Macam tahu-tahu je dia tengah bersedih. Miyoo terus menangis dibawah perhentian bas seorang diri. Kesejukan di dalam kesedihan.

"Patut lah dia tak kisah aku keluar dengan kawan lelaki aku"

Sesungguhnya dia percayakan teman lelakinya itu setengah mati. Miyoo percaya dia akan berada disisinya buat selamanya. Dia percaya Jake sedia menerima segala kekurangan dirinya tapi dia salah.

"Do Miyoo"

Pantas dia menyeka air matanya. Pandangan dibuang ke tempat lain. Tak mahu berpandangan dengan lelaki itu. Tiba-tiba tangannya disentuh, memaksanya untuk memegang payung.

"Awak nak apa lagi, Jake?"

"Saya minta maaf. Saya boleh jelaskan semuanya"

"Kalau macam tu, jelaskan lah"

"Semua ni bukan macam yg awak sangka. Saya tak menduakan awak. Tapi dia cuma rakan sekerja saya. Saya tak sengaja tertumpahkan kopi dekat baju dia"

Miyoo diam, masih mendengar.

"Lepastu dia buat alasan macam-macam kata nak cuci kawasan yg terkena kopi tu tapi dia nak buat dekat rumah saya. Saya pun terpaksa ajak dia masuk memandangkan kami kebetulan lalu dekat depan rumah saya"

"Tak tahu macam mana boleh terjadi. Dia tiba-tiba masuk ke dalam bilik saya dan saya cuba untuk hentikan dia tapi dia terus tarik saya masuk ke dalam selimut. Tapi sumpah, tak ada apa-apa yg terjadi diantara kami. Tolong, jangan salah faham"

"Saya bukan jenis lelaki macam tu. Awak tahu kan?"

Miyoo meraup mukanya sendiri. Tak tahu kalau dia patut percayakan lelaki ni ataupun tidak. "Awak dah tak ada perasaan dekat saya lagi ke?" Dia bertanya. Pandangan Jake dibalas.

Lelaki dihadapannya itu terdiam.

"Kenapa diam?"

"Awak abaikan mesej saya selama 4 hari. Awak tak kisah saya keluar dengan kawan lelaki saya. Saya pernah terbau perfume perempuan lain dekat baju awak. Entah-entah penjelasan awak ni pun semuanya tipu belaka. Kan?"

Jake menundukkan kepalanya.

"Tak apa. Awak boleh jujur dengan saya" Sambung Miyoo lagi, bersedia mendengar jawapan yg menyakitkan daripada lelaki itu.

"Maaf" Hanya satu perkataan saja yg Jake mampu keluarkan diketika ini.

"Lagi?" Miyoo bersuara, memintanya untuk membuat permohonan maaf yg lebih panjang dan ikhlas seperti yg dia sepatutnya dapat.

"Betul. Saya tipu awak. Perempuan tu kekasih saya. Saya curang dekat belakang awak. Hubungan kami dah hampir sebulan"

Dia memejamkan mata setelah mendengar semua penjelasan daripada mulut Jake. Hubungan mereka berdua yg terjalin selama 3 tahun itu hancur begitu sahaja.

"Saya malu bercinta dengan perempuan yg pekak macam awak ni. Jadi saya buat keputusan untuk cari pengganti dalam diam. Saya rimas. Saya rasa bersalah nak cakap semua ni tapi saya mesti jujur juga" Sambungnya lagi.

"Maaf. Perasaan saya terhadap awak dah hilang. Saya pun tak tahu sejak bila. Maaf. Saya minta maaf, Do Miyoo"

"Maaf, sebab terlibat dalam kemalangan dan pekak" Balas Miyoo. Jake terdiam. Serba salah.

"Maaf sebab dah salah percayakan orang. Maaf, Do Miyoo. Aku sepatutnya jaga diri baik-baik. Lelaki sampah macam dia tak sepatutnya pernah merasa kasih sayang daripada aku" Sambung Miyoo lagi. Dia menepuk bahunya sendiri perlahan.

Jake terdiam buat kali kedua. Ingatkan perempuan tu minta maaf dekat dia rupa-rupanya minta maaf dekat diri sendiri. Miyoo mengangkat muka untuk memandangnya.

"Jadi kita putus kan?"

"Ya"

Dia membaling payung pemberian daripada Jake tadi. "Saya tak perlukan payung ni. Pergi lah berbahagia dengan perempuan tu"

"Do Miyoo!"

Dia memalingkan wajah saat mendengar suara Jay menyeru namanya. Kawan lelakinya itu berlari ke arahnya dengan penuh risau. "Kau buat apa dekat sini? Aku risau tau kau tiba-tiba hilang tengah malam macam ni"

Jake hanya memerhatikan mereka berdua dengan bingung. Siapa lelaki ni?

"Kan. Aku pun tak faham kenapa aku boleh keluar tengah malam macam ni. Jum lah balik. Kau ada bawa payung kan?"

"Ada. Kita kongsi. Tapi siapa lelaki-"

"Tak tahu. Aku tak kenal"

✫  _______________  ˚ .

❝Wind Flower❞ + JayWhere stories live. Discover now