17

108 33 7
                                    


Miyoo kembali mengurung dirinya didalam bilik. Semua angkara kehadiran Jake kelmarin. Kenapa lah waktu dia sudah hampir berjaya membuang perasaannya lelaki tu baru nak muncul balik.

Sekarang dia tak tahu lagi apa sebenarnya yg dia rasakan terhadap Jay. Sebab dia yakin dia masih menyimpan perasaan pada bekas teman lelakinya itu.

Patut ke aku bagi dia peluang kedua? Kepalanya terus memikirkan benda yg sama.

"Do Miyoo!"

Reaksinya berubah apabila tersedar suara itu bukan milik Jay tapi Jake. Dia memandang lelaki itu dari jendela. Jake nampak terdesak sangat. "Do Miyoo! Please keluar kejap. Saya nak bercakap dengan awak"

"Please?"

Tak sampai hati membiarkannya terus menjerit. Dia turun ke bawah menemui lelaki itu. Jake langsung memeluknya.

"I'm sorry, love"

"Saya tak sepatutnya duakan awak. Saya baru sedar betapa baiknya awak. Awak seorang je yg terima semua kekurangan saya"

"Awak seorang je yg sayangkan saya dengan ikhlas. Orang lain cuma nakkan duit saya"

"Tolong bagi saya peluang kedua?"

Miyoo diam membisu. Tidak membalas ataupun menolak pelukannya. Dia masih berfikir.

"Saya masih sayangkan awak, Miyoo"

"Tolong maafkan saya"

"Saya janji takkan buat lagi"

Jake terus merayu tanpa henti. Miyoo meleraikan pelukan perlahan. Dia menundukkan kepala. "Saya tak tahu. Saya tak tahu nak buat apa sekarang ni"

"Kenapa awak perlu muncul balik? Saya baru nak hidup bahagia. Saya hampir berjaya biasakan diri hidup tanpa awak. Kenapa?"

"Sebab saya masih sayangkan awak" Jake menjawab tanpa rasa malu.

Walaupun dia benar-benar menyesal itu tetap tak dapat mengubah fakta yg dia sudah pernah melukai hati Miyoo.

"Tolong maafkan saya. Please?"

"Awak balik lah. Saya penat"

"Miyoo tolong jangan macam ni"

"Ha? Awak expect saya akan maafkan awak semudah tu je ke? Awak lupa ke yg awak tu rimas dan malu ada teman wanita pekak macam saya ni. Awak malu kan! Kenapa sekarang awak nakkan saya balik?!" Kali ini kesabarannya sudah habis. Selama ni, semarah macam mana pun dia pada lelaki ni, tak pernah lagi dia melenting.

Sebelah bahunya dipegang oleh lelaki itu. "Saya tau saya salah. Tapi saya betul-betul sayangkan awak"

Miyoo menguak rambutnya ke belakang sebelum membalas buat kali terakhir. "Tolong bagi masa untuk saya bersendirian beberapa hari. Saya penat" Dia melanggar bahu lelaki itu sebelum masuk ke dalam rumah.

Ya, istilah peluang kedua memang wujud tapi bukan semua orang layak mendapatkannya.

✫  _______________  ˚ .

3 hari yg kosong berlalu begitu sahaja.

Selama itu juga lah Jay tak pernah memunculkan dirinya lagi. Kebiasaannya, pasti dia akan memekak diluar rumah memaksa Miyoo keluar tapi kebelakangan ni sunyi sepi saja.

Dia merehatkan dagu dijendela. Hatinya berharap agar dapat melihat Jay dimana-mana. Selalunya lelaki itu akan melambaikan tangannya sambil tersenyum gembira.

Rumah tu terbiar kosong selama 3 hari. Entah ke mana lelaki tu pergi.

Miyoo tak pernah sangka kehilangan lelaki itu akan membuatkan hidupnya terasa sangat kosong seperti ini. Dia rindukan Jay.

Dia menghembuskan nafas sebagai tanda berputus asa. Jendela ditutup rapat. Dia melemparkan tubuh ke atas katil. Telefon pintarnya yg sudah lama tidak tersentuh itu dicapai.

Terdiam. Miyoo menutup mulutnya rapat saat melihat gambar lockscreen yg terpapar. Teringat waktu mereka berdua melawat taman bunga di Angang demi mencapai impiannya untuk melihat bunga anemone dihadapan mata.

"Jay selalu ada dengan aku. Aku sukakan dia. Tapi, kenapa Jake perlu muncul balik dan buatkan aku keliru?"

Miyoo bangun dari pembaringan dan mengambil buku kosong miliknya yg terbaring diatas meja. Dia membuka muka surat hingga terjumpa bunga anemone yg dia simpan, sudah berubah warna menjadi coklat.

Dia menutup buku itu kembali.

Dia mengalihkan pandangan ke arah buku-buku yg tersusun kemas diatas meja. Semuanya pemberian daripada Jay.

Dia kenal Jay tak sampai 2 bulan lagi tapi banyak kenangan yg tercipta diantara mereka. Tiba-tiba rindu bergelak ketawa dengannya. Jay pergi ke mana?

✫  _______________  ˚ .

❝Wind Flower❞ + JayDove le storie prendono vita. Scoprilo ora