14

120 33 8
                                    


Jay dan Miyoo duduk dibawah bangku yg terletak dibawah pokok sakura. Di sini lah tempat biasa Miyoo menyandar. Entah dari mana bangku ni datang.

"Wah! Siapa buat bangku ni?" Miyoo menepuk nepukkan permukaan bangku itu.

"Entah lah. Bagus lah, tak ada lah kau menyandar dekat bawah pokok tu"

"Kenapa pula? Salah ke?" Dia menayangkan wajah cemberut.

"Tak salah tapi nampak pelik. Eh kau tengok gambar kau ni" Laju dia menukar topik perbualan, takut perempuan tu mengamuk.

Dia mendekatkan telefon pintarnya kepada Miyoo. Menunjukkan gambar yg dia ambil di taman bunga Angang secara diam-diam tempoh hari.

"Eh? Bila kau ambil gambar ni? Cantiknya"

"Sebenarnya aku nak minta kau posing tapi kau terlalu teruja sampai tak dengar semua apa yg aku cakap"

"Cepat hantar dekat aku"

Tengok tu. Bukan nak dengar pun. Jay menghantar gambar tersebut melalui mesej. "Dah"

"Terima kasih, Park Jongseong. Klik!" Sempat Miyoo mengambil gambar Jay tanpa meminta izin daripada tuan badannya sendiri.

"Eh? Kau buat apa tadi?"

"Balas budi kau. Aku kan baik. Aku dah hantar dekat kau"

Jay tersenyum suka. "Apakata kau jadikan gambar yg aku hantar tadi sebagai lockscreen and aku pula guna gambar yg kau ambil tadi, macam mana?"

Laju Miyoo setuju. "Okey!"

Jay perasan. Kebelakangan ni Miyoo semakin selesa berada disekelilingnya. Apa-apa cadangan yg dia bagi pun perempuan tu terus setuju tanpa teragak-agak. Kalau dulu, semua nak ragu-ragu.

Kemungkinan Miyoo akan membalas perasaannya semakin besar. Dia tersenyum yakin.

"Kau nak tahu rahsia tak? Kejap tau. Aku nak pergi ambil buku kejap" Miyoo berlari masuk ke dalam rumahnya.

Jay menepuk dahinya diikuti dengan tawa kecil disebabkan tindakan comel Do Miyoo tadi. Tiap kali perempuan tu berlari, mesti dia ketawa.

"Jay!"

Tu lah dia. Miyoo berlari ke arahnya sambil membawa sebuah buku. Jay menahan tawanya dan cuba sebaik mungkin untuk memasang wajah serius.

Miyoo duduk disebelahnya lalu membuka buku yg dibawanya tadi. "Kau tahu tak, sebelum kita balik dari taman bunga haritu kan.." Dia menggantung ayatnya sambil membelek belek muka surat.

Jay mula tertanya-tanya. "Apa dia?"

"Ha ini pun! Ta-da!"

Tiada reaksi lain yg terlakar diwajahnya selain bangga dan teruja. Dia mengangkat bunga anemone yg sudah kering.

Dia memandang wajah Jay dengan harapan lelaki itu akan memberikan reaksi terkejut ataupun memujinya.

"Kau biar betul! Macam mana boleh tak kantoi? Gila lah"

Reaksi yg diterimanya sangat memuaskan hati. Miyoo berdehem sebelum membalas. "Entah lah. Aku kan hebat"

Jawapan ringkas daripada Miyoo itu berjaya membuatkan Jay tergelak. Mereka berdua ketawa sakan sambil menampar bahu sesama sendiri.

Makin lama makin banyak sisi baru yg Miyoo tunjukkan. Dia tak sedar. Kehadiran lelaki itu membantu hidupnya menjadi lebih ceria berbanding sebelumnya. Dia selalu tertawa sejak berkenalan dengannya. Kesedihan selepas putus dengan Jake pun hilang dalam waktu yg singkat.

Semuanya disebabkan Jay Park.

Lama lagi ke dia nak balas perasaan Jay?

✫  _______________  ˚ .

"Aera. Apa ni? You ulang balik apa yg you cakap tadi" Tegas Jake berkata-kata. Dia merentap pergelangan tangan perempuan itu.

Pemilik nama itu memalingkan wajahnya. Tangan Jake yg memegang tangannya dialihkan dengan kasar. "I nak kita putus. You nak I ulang berapa kali?"

Aera melipat tangannya didada. Dipandangnya Jake dengan dingin.

"What do you mean?"

"You nak I cakap dalam bahasa apa lagi baru nak faham? Bahasa anjing? Woof woof woof gitu?"

"Selama ni kita bahagia je kan? Kenapa you tiba-tiba nak putus?"

"Who's we? I tak happy pun. I just want your money. That's it"

"Aera-"

"Dah. I pergi dulu"

"Jung Aera!"
Jake meraup wajahnya frustasi. Do Miyoo. Entah bagaimana, nama itu tiba-tiba singgah didalam kepalanya sekilas.

"Mungkin lebih baik kalau aku tak tinggalkan dia dulu"

✫  _______________  ˚ .

❝Wind Flower❞ + JayWhere stories live. Discover now