╰─➤ special | her letter. 💌

231 42 19
                                    

 
From : Do Miyoo
To : Favorite person, Jay

✦ ·  ·  ·  · ───────────

Pertama sekali aku nak minta maaf sebab surat ni bukan aku yg tulis tapi Jake. Maaf, aku buta dan tak boleh menulis dengan kemas. Ya, aku buta. Makin lama makin tak sempurna aku ni. Maaf.

Aku rindukan kau, Jay.

Apa khabar? Macam mana dekat sana? Aku sentiasa menunggu kepulangan kau disini, dibawah pohon sakura. Aku harap satu hari nanti kau akan datang jumpa aku lagi.

Malangnya, semalam aku dapat berita buruk mengatakan kau dah tak ada. Maaf. Aku tak sempat tengok muka kau buat kali terakhir. Kalau aku jumpa kau pun, aku tak nampak apa-apa lagi.

Jay, kesayangan aku, aku rindu nak tengok muka tampan kau lagi. Jay, lelaki satu-satunya yg hargai aku, aku doakan kau selesa disana.

Terima kasih pernah bahagiakan aku. Terima kasih hadir didalam hidup aku walaupun bukan untuk selamanya. Terima kasih mengajar aku erti cinta yg sebenar. Terima kasih buat aku rasa betul-betul dihargai. Terima kasih untuk segala-galanya.

Walaupun orang cakap kau dah tak ada, aku masih percaya yg kau masih ada hidup selesa disuatu tempat. Aku yakin kau akan datang cari aku, cepat atau lambat. Sebab kau sendiri pernah berjanji yg kau takkan pergi ke mana mana. Ingat kan?

Aku nak bagitahu perkara penting. Sangat sangat penting. Kau mesti tahu.

Aku pun cintakan kau.

Maaf sebab lambat. Aku harap aku balas perasaan kau sejak dari awal lagi. Maaf.

Kau tahu, hidup aku memang tak ada makna lagi. Memang kosong. Semua orang bencikan aku. Aku buta dan ada masalah pendengaran. Apa gunanya aku hidup lagi? Jadi beban?

Aku dah putus asa sangat sangat. Aku tak boleh teruskan semua ni lagi.

Maafkan aku. Aku tahu kau akan sedih dengan keputusan aku ni tapi aku dah buat keputusan untuk membunuh diri

Aku nak akhiri derita tanpa penghujung ni, aku nak hentikan semuanya. Aku tak rela hidup sebagai orang buta dan mempunyai masalah pendengaran dalam masa yg sama.

Jangan bersedih dengan pemergian aku sebab bagi aku, ini adalah pengakhiran yg bahagia. Akhirnya, aku dapat terbang bebas macam kelopak bunga. Aku tak sanggup rasa derita ni lagi.

Kau pun dah tak ada.

Tiada sebab lagi untuk aku teruskan hidup.

Kau dan aku memang tak pernah ditakdirkan untuk bersama sejak awal lagi. Anggap je lah kisah kita hanya lah sebuah mimpi yg indah. Bahagian aku didalam cerita kau dah tamat di bab ni.

Aku harap kau bahagia selepas pemergian aku. Aku harap air mata kau tak pernah menitis walaupun didalam mimpi sekalipun. Bahagia lah selalu, Jay.

Izinkan aku pergi dulu.

I love you.

──────────── ·  ·  ·  · ✦

"Miyoo.." Jay menggenggam surat itu sekuat hati sementara air matanya terus mengalir deras. Tak kuat selepas membaca mesej terakhir daripada orang yg dia sayangkan sepenuh hatinya itu.

Luluh hatinya. Terlampau emosi sampai menangis tanpa suara. Tangannya bergerak memukul dada sendiri ketika dia mendapati dirinya kesukaran untuk bernafas.

Semua orang tahu betapa sayangnya dia pada Do Miyoo. Sudah tentu dia sukar menerima kenyataan.

"Mana mungkin Miyoo dah tak ada. Apa semua ni!"

"Aku.. aku cuma pergi menghilang kejap. Kenapa.. Kenapa dia dah tak ada?"

"Terlalu susah untuk aku jumpa kau. Maaf sebab lambat. Maaf"

Jake hanya mampu memerhati dibelakang. Dia pun rasakan benda yg hampir sama.

Miyoo mungkin senang disana tapi orang-orang yg masih hidup dan menyayanginya menghadapi waktu kesukaran untuk menerima kenyataan.

Saat begini lah keluarganya baru tahu erti menyesal. Semua orang menangis dihadapan bingkai gambarnya, merayu maaf kepada orang yg sudah tiada.

Dan begitu lah bagaimana kisah hidup Do Miyoo berakhir.

"Semoga berehat dengan tenang, bidadariku"

❝Time that you will not be presentAnd your moments that i am not present

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

❝Time that you will not be present
And your moments that i am not present.
Hope you dip it in the flowers's scent
And leave it here❞

Thank you for reading Wind Flower/Anemone♡
 

Tue, Nov 19, 2021
15:33pm
──────

❝Wind Flower❞ + JayTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang