24

115 35 29
                                    

✫  _______________  ˚ .

✫  _______________  ˚

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebulan kemudian.

Jake seorang sahaja lah yg sentiasa berada disisi Miyoo selama ni. Keluarganya pun semua tak ambil peduli langsung. Melawat pun tak pernah. Kos perubatan dan bil hospital semua Jake yg tolong bayarkan.

Dia fikir ini lah masa yg sesuai untuk menunjukkan dia benar-benar sudah berubah dan dia layak mendapatkan peluang kedua.

Namun, hatinya masih dimiliki oleh Jay. Ya, lelaki itu tidak pernah menghantar mesej dan memanggilnya lagi tapi dia tetap setia menunggunya. Miyoo pasti, dia ada sebab tersendiri.

Tiada sesiapa mampu mengalihkan tempatnya.

Miyoo duduk diatas bangku yg terletak dibawah pokon sakura. Tempat ini dipenuhi dengan memori indah bersama Jay. Nostalgic.

Sudah hampir sebulan dia keluar dari hospital dan dia masih belum menerima kenyataan yg dia disahkan buta buat selamanya.

Dia tidak dapat melihat apa-apa lagi. Termasuk lah lelaki kesayangannya itu, Jay. Sejujurnya dia rindu ingin merenung wajah tampan lelaki itu. Matanya, hidung, mulut, senyumannya.

Tapi apakan daya..

Hari-harinya berlalu hanya dengan kekosongan dan kesunyian.

Miyoo juga disahkan kemurungan.

Keperibadiannya berubah secara drastik. Hilang minat dan selera makan. Terlalu banyak yg terjadi sehingga tiada masa untuk tersenyum. Miyoo yg sekarang, tidak sama lagi seperti sebelumnya. Tapi dia selalu duduk disitu berborak dengan diri sendiri sementara menunggu kepulangan Jay.

Air matanya mengalir. "Cepat lah balik, Jay. Aku sentiasa tunggu kau. Aku rindukan kau"

"Aku nak tengok muka kau walaupun aku tak boleh melihat lagi. Sekurang-kurangnya aku nak sentuh. Boleh kan?"

"Kau dah janji akan datang jumpa aku. Jadi, aku akan terus tunggu kau. Disini. Dibawah pokok sakura"

Dia menyeka air mata. "Sedih, musim bunga dah habis. Sekarang musim panas. Aku tak dapat tengok perubahan musim-musim dan cuaca lagi. Tak ada sesiapa faham betapa sukanya aku bercerita mengenai topik-topik alam semula jadi. Jay seorang je faham aku"

"Ha, aku mesti berhenti bercakap seorang diri"





















3 hari kemudian,

Seminggu kemudian,

Dua minggu kemudian,

Sebulan kemudian,






















Kosong.































Musim telah berganti tetapi Jay masih belum kembali ke dalam dekapannya.

"Keluarga aku bencikan aku. Semua orang tak ambil peduli pasal aku. Aku mempunyai masalah pendengaran dan boleh dikategorikan sebagai orang pekak. Tak ada sesiapa faham aku. Sekarang, buta. Tak boleh bekerja. Hanya beban keluarga-"

Ayatnya terhenti apabila nada dering telefonnya memenuhi seluruh ruangan disitu. Terlalu malas mencari keberadaan telefon pintar itu jadi dia membuat keputusan untuk mendiamkan diri.

Tapi orang itu terus menelefonnya tanpa mengenal erti kata henti membuatkan dia rimas.

Kedua-dua tangannya bergerak ke sana sini menyentuh seluruh ruangan diatas katil mencari telefon pintarnya. Selepas beberapa minit, akhirnya dia dapat. Lantas, dia menjawab panggilan itu.

"Helo?"

"Ni Do Miyoo kawan Jay ke?"

Jantungnya berdegup pantas mendengar nama lelaki itu tanpa sebab.

Rindu.

"Ah, betul. Ada apa ya?"

"Saya orang rapat kepada Jay. Nama saya Yang Nari. Saya nak bagitahu perkara penting"

Dahinya berkerut seribu. Bunyi macam serius sangat. Dia rasa gemuruh. "Ya?"

"Jay dah tak ada. Dia meninggal dunia semalam"

Seluruh tubuhnya terasa lemah sebaik sahaja mendengar berita buruk itu, tangannya jatuh ke bawah. Air matanya gugur. Betul ke semua ni?

Jay meninggalkan dia tanpa mengetahui fakta yg Miyoo sudah lama membalas perasaannya. Jay pergi meninggalkannya tanpa salam perpisahan.

Miyoo tak sempat dan tak boleh melihat wajah kesayangannya itu buat kali terakhir. Sekurang-kurangnya Jay patut tahu soal perasaannya. Kejam. Sangat kejam.

"Hidup aku memang tak ada makna lagi. Sekarang kau pun dah pergi tinggalkan aku"

Nafasnya mula tersangkut-sangkut akibat menangis tersedu-sedu. Dia memeluk kedua dua kakinya. Air mata dibiarkan mengalir. "Penipu. Kau.. dah janji dekat aku.. yg kau takkan pergi ke mana-mana"

Jay. Orang yg Miyoo sayangi. Lelaki yg mengajarnya erti cinta. Kehadiran lelaki itu menghiasi kehidupan sehari-hariannya bertambah lebih ceria.

Jay, lelaki terbaik didalam dunia ni.

Lelaki yg betul-betul ikhlas berkawan dengannya dan akhir sekali, orang yg tak pernah berhenti mencintainya walaupun sesaat itu akhirnya telah pun pergi meninggalkannya buat selamanya.

Ya, selamanya.

"Semoga berehat dengan tenang, sayang"

Selepas ini, Miyoo akan menunggu sesuatu yg takkan pernah kembali lagi. Rindu yg tak berpenghujung.

✫  _______________  ˚ .

❝Wind Flower❞ + JayWhere stories live. Discover now