19

113 33 9
                                    


"Jay?"

Senyumannya lenyap apabila melihat pemilik suara itu bukan lah orang yg dia tunggu-tunggu selama ni tapi gerangan itu ialah bekas teman lelakinya sendiri, Jake. Terlalu rindu hingga suara pun terdengar sama.

Dia menundukkan kepala. "Oh Jake. Awak buat apa datang sini?"

"I'm sorry. Nampaknya awak rindukan Jay sangat"

"Macam mana awak boleh tahu?"

"Awak lupa ke awak panggil saya Jay tadi?"

Diam. Miyoo tidak dapat membalas apa-apa lagi.

Jake duduk disebelahnya dan mula bermain jarinya sendiri. "Miyoo. Saya tahu tindakan saya ni nampak tak tahu malu dan tak sedar diri tapi tolong, tolong bagi saya peluang untuk bahagiakan awak sekali lagi. Manusia boleh berubah, awak tahu kan?"

"Tahu. Tapi saya susah nak percayakan orang balik sebab kepercayaan saya pada awak sebelum ni dah hancur"

"Kecewa. Awak tak tahu betapa banyaknya air mata saya mengalir disebabkan awak. Awak tak faham sakit yg saya rasa. Awak tak faham perasaan tu, berkurung didalam bilik dan tak makan, awak takkan faham"

Air mata yg ditahan sejak tadi mengalir.

"Miyoo, tolong maafkan saya"

Permohonan maaf daripada Jake diabaikan. "Masa awak tinggalkan saya, saya rasa dunia ni gloomy sangat. Saya sampai risau tak dapat rasa bahagia tu balik. Sebab orang yg saya percaya setengah mati tu anggap saya ni sesuatu yg memalukan dan merimaskan. Awak tak faham"

"Nasib baik ada Jay. Dia sentiasa ada untuk ceriakan saya. Kehadiran dia buatkan saya tersenyum balik. Akhirnya saya dapat merasa betul-betul dihargai. Dia tunaikan semua keinginan saya"

"Awak dan dia jauh bezanya bahkan awak tak layak dibandingkan dengan dia. Jake, saya dah tak nak dekat awak lagi. Saya nak Jay"

Jake menjawab setelah lama berdiam diri. "Okey sekarang ni dia ada dekat mana? Dia ada ke temankan awak? Awak tahu ke dia pergi mana?"

Soalan-soalan yg diajukan olehnya itu berjaya membuatkan Miyoo terdiam. Lelaki tu tiba-tiba menghilang tanpa berita. Dia sendiri tak tahu ke mana lelaki tu pergi.

"Tapi saya yakin dia akan datang balik"

Jake menggenggam tangannya lembut. "Tolong fikir fikirkan. Jay tu belum tentu lagi akan datang jumpa awak balik. Saya boleh bahagiakan awak lebih baik daripada dia. Saya cuma perlukan peluang kedua" Dia merayu tanpa henti.

Terasa air matanya menitis ditangan Miyoo. Tak disangka sangka Jake menangis hanya disebabkan seorang perempuan yg dia buang sendiri.

"Awak nangis ke?" Miyoo memandangnya tak percaya.

Jake terus menunduk. "Tak ada lah" Dia menyeka air mata sebelum bangun. "Saya balik dulu"

Miyoo hanya mampu memandang lelaki itu sehingga belakangnya betul-betul menghilang daripada pandangan. Tak sangka Jake boleh menangis sampai macam tu sekali.

✫  _______________  ˚ .

"Perkenalkan, ini anak pakcik ataupun lebih tepat lagi bakal isteri kamu nanti, nama dia Yang Nari" Pakcik saudara Jay memperkenalkan anak perempuan kesayangannya.

Besar kecil besar kecil je dia tengok pakcik ni.

Jay terus diam sepanjang makan malam bersama keluarga Yang, rakan bisnes ayahnya. Dia terpaksa buat semua ni. Kalau tak, ibunya sendiri pasti akan mengugutnya.

Puan Park menyiku pinggangnya lalu berbisik perlahan. "Jay, kenapa diam? Perkenalkan diri kamu balik. Jangan biadap"

Keluhan berat dilepaskan. Dengan senyuman dibuat-buat itu dia membalas. "Oh, Yang Nari? Aku Jay Park"

"Jay, jangan guna kau-aku, guna saya-awak" Perintah Ibunya lagi.

Dia sekadar memekakkan telinganya sahaja. Kepalanya terus berfikir tentang Do Miyoo, bagaimana keadaan perempuan tu sekarang?

"Saya tak nak kahwin" Jay berkata dengan selamba, dia menyuap steak ke dalam mulutnya.

✫  _______________  ˚ .

❝Wind Flower❞ + JayWhere stories live. Discover now