7

123 32 10
                                    

Hari ini Miyoo kelihatan lebih sibuk berbanding hari sebelumnya. Maklum lah, besok merupakan hari lahir teman lelakinya yg ke-23. Dia sanggup mengeluarkan duit simpanannya semata-mata ingin membelikan hadiah buat lelaki kesayangan itu.

Dia sanggup melakukan apa saja demi membuatkan Jake bahagia.

"Do Miyoo! Kau termenung apa tu?"

Suara lantang milik Jay itu berjaya mengembalikannya ke dunia realiti. Dia sedikit terkejut saat melihat Jay sedang tersenyum sambil memerhatikannya melalui jendela.

Susah juga ada jiran macam ni.

"Jay?"

"Hm?"

"Kalau birthday kau kan, kau nak dapat hadiah apa daripada girlfriend kau?" Soal Miyoo. Sudah penat masuk ke dalam beberapa kedai tapi dia tetap keluar dengan tangan kosong.

Jay menongkat dagu lalu mengamati wajahnya sebentar. "Aku tak ada girlfriend"

"Eh. Okey lupakan yg tu. Kau nak hadiah apa?"

"Em, entah lah. Mungkin kek je dah cukup kot. Jangan lah susahkan diri kau"

Miyoo diam menandakan dia tak setuju dengan cadangannya tadi. "Aku dah tahu. Perfume"

"Perfume?"

Miyoo membalas dengan berbisik.
"Yes. Sebab aku pernah terbau perfume perempuan dekat baju Jake sendiri dan aku benci bau tu. Aku nak hilangkan bau tu dengan perfume pemberian aku"

"Ha? Tak dengar lah"

"Tak payah tahu lah. Bye"

✫  _______________  ˚ .

Miyoo membuat pembayaran dengan senang hati. Tapi senyumannya menghilang saat mendengar harga perfume tersebut. Mencekik darah. Miskin terus.

Dia menghulurkan duit dengan tangan yg terketar-ketar. "D-duit aku.."

"Maaf tapi duit cik kurang lah" Bilang juruwang itu.

"Ha? Kejap"

Menangis hati Miyoo dibuatnya tapi dia tetap mengeluarkan duit lebih yg dia sediakan tadi. Sebenarnya dia bercadang untuk membeli buku dengan duit ni tapi tak apa lah, Jake lebih penting. "Nah"

"Baik lah ini dia perfume cik. Thank you for coming, have a nice day." Juruwang wanita itu menunjukkan senyuman manis kepada Miyoo.

Dia membongkok hormat sebelum keluar.

"Aku dah miskin. Susah juga ada boyfriend kaya macam ni"

✫  _______________  ˚ .

Angin Miyoo berubah lagi. Sekarang dia tak boleh berhenti senyum, terlampau teruja melihat bagaimana reaksi Jake nanti. Dia menyanyi kecil sementara menunggu jarum jam menunjuk ke arah angka 12.

"Eh, aku mesti jalan awal. Kalau tak mesti aku terlambat"
Sempat Miyoo membetulkan rambutnya sebelum keluar. Dia menuju ke perhentian bas terlebih dahulu.

Sejuk. Sunyi sepi.

Seram keluar tengah malam malam macam ni. Lagi lagi bila ada lelaki mabuk lewat. Macam sekarang. Miyoo meneguk liur yg terasa pahit, takut. Hatinya terus berdoa agar orang itu tidak mengganggunya dan berlalu begitu saja.

Malangnya, Tuhan tidak mendengar suara hati kecilnya tadi. Lelaki mabuk itu menghampirinya dan mula menyentuhnya. "Ah! Lepas lah!"

Dia cuba sebaik mungkin untuk melepaskan dirinya. Tubuh lelaki mabuk itu ditolaknya dengan kasar. Nasib baik lelaki itu berjalan terhuyung-hayang, tak dapat berdiri tegak, jadi mudah sikit dia mengalahkan lelaki itu.

Dalam masa yg sama, sebuah bas berhenti dihadapan. Miyoo bernasib baik kerana dapat masuk ke dalam perut bas dengan selamat.

Dia mengambil tempat duduk lalu menggosok dadanya. Pernafasannya tidak teratur. Masih dalam keadaan terkejut dan ketakutan. Tapi dia tak boleh jumpa teman lelakinya dalam keadaan macam ni. Dia tak nak buatkan lelaki tu risau. Dia tak nak rosakkan suasana.

Dia mengeluh lalu memaksa dirinya untuk tersenyum.

✫  _______________  ˚ .

"Helo? Akak dah sampai" Miyoo terjaga dari tidur yg lena ketika seorang budak lelaki kecil mengejutkannya. Dia menggosok matanya perlahan.

"Ah maaf. Saya tertidur tadi" Ucapnya sebelum keluar dari situ.

Miyoo menghentikan langkah dihadapan rumah mewah milik teman lelakinya itu. Dia meneliti jam tangan sekilas. Nasib baik dia sampai pada waktu yg tepat. "11:59pm"

Tak mahu membuang masa lagi, dia langsung menekan kod pintu rumah itu tanpa teragak-agak. Mestilah dia tahu kod rumah teman lelaki sendiri. Perkara ni normal diantara pasangan kekasih yg sudah lama menjalinkan hubungan.

Dahinya berkerut seribu melihatkan kewujudan kasut wanita dihadapan pintu. Dia menapak masuk dengan perasaan kecewa. Tapi dia mesti pastikan dengan mata sendiri.

Pintu bilik ditolak.

Pantas Miyoo memejamkan mata, dia memusingkan tubuh tanda tak tahan melihat semua ini lagi. Air matanya mengalir secara perlahan-lahan.  Kecewa. Marah.

Jake berkongsi satu selimut yg sama bersama seorang wanita. Mungkin mereka berdua tidak melakukan apa-apa tapi dua orang dewasa berbeza jantina berada dibawah satu selimut yg sama bukan lah sesuatu yg biasa.

"M-miyoo? Awak buat apa dekat sini?"

"Sepatutnya saya yg tanya awak soalan tu. Awak buat apa dengan perempuan ni dekat sini?"

"Itu-"

"Bodohnya. Saya sanggup gunakan duit simpanan saya semata-mata belikan hadiah untuk hari lahir awak. Tapi awak sibuk berduaan dengan perempuan lain?"

"Semasa perjalanan ke sini seorang lelaki mabuk hampir perkosa saya. Dan ini yg awak balas dekat saya? Jake? Apa ni?"

"I'm.. I'm sorry"

"Salah saya juga percayakan orang yg salah"

"Miyoo.."

Dia tidak membalas dan terus meninggalkan pekarangan rumah Jake. Tak sanggup terus berada disitu. Mungkin ada baiknya dia mendengar cadangan Jay pagi tadi. Tak ada lah duit dia melayang untuk lelaki macam ni.

✫  _______________  ˚ .

❝Wind Flower❞ + JayWhere stories live. Discover now