11

122 31 0
                                    


"Jay sukakan aku?"

Miyoo menggigit hujung kukunya sambil berfikir. Masih belum melupakan kejadian ditepi pantai kelmarin. Jay memintanya agar tidak berasa janggal ketika berduaam dengannya tapi gagal bila terfikirkan fakta yg lelaki tu sudah lama menaruh perasaan terhadapnya.

"Do Miyoo! Dah makan?"

Dia cuba untuk mengelak tapi lelaki tu dah nampak dia melalui tingkap. Kepala dianggukkan perlahan.

"Kau tipu kan?"

Dia menganggukkan kepala sekali lagi.

"Jum. Aku belanja makan memandangkan sekarang aku free"

"Ha? Tak apa lah. Aku-- aku tak ada selera"

"Tak boleh. Kau mesti ikut aku juga. Kalau tak, aku akan menjerit depan rumah lagi. Nak?"

Miyoo mengeluh. Sedar dia tak dapat larikan diri daripada Jay. "Kejap. Bagi aku bersiap dulu"

"Bersiap apa? Kau dah nampak cantik dah"

Laju saja tangannya bergerak menutupi jendela. Dia menepuk dada sendiri. Geram jantungnya berdegup pantas memberi tindak balas hanya disebabkan ayat ringkas daripada Jay tadi.

Dia menggelengkan kepala cuba melupakan hal tadi. Sekarang, dia mesti bersiap. Terlampau tergesa-gesa sampaikan terpaksa mencalitkan lipstick sahaja. Dia segera berlari ke bawah.

Jay sudah sedia menunggu bersama sebuah kereta. "Jum. Kita makan makanan sedap sedap sampai kau kenyang"

✫  _______________  ˚ .

Miyoo membetulkan rambutnya yg memang sudah sedia kemas itu. Ada masanya tubuhnya kerap bergerak seakan-akan tak selesa duduk. Memang tak selesa pun. Pertama kali dia makan di restoran mewah macam ni.

Dia tak sangka pun Jay akan membawanya ke tempat mahal macam ni. Tak biasa makan menggunakan sudu, garpu dan pisau dalam masa yg sama. Dia terpaksa order pasta memandangkan makanan tu mudah untuk dimakan. Miyoo datang ke sini ibarat memalukan diri sendiri.

"Kenapa? Kau tak suka ke tempat ni?"

Ya. Aku tak suka. Ikutkan hati nak aje dia jawab macam ni tapi mesti lebih memalukan bila dah duduk di meja tiba-tiba nak keluar balik. Apa lah orang cakap nanti.

Kepala digelengkan. "Suka. Takkan lah tak suka"

"Kalau macam tu, makan lah pasta tu"

Dia menurut, mengambil satu gigitan. Terkejut. Terlampau sedap. Sekali suap terus tak nak berhenti.

Berkat Jay, akhirnya selera makan perempuan tu datang kembali.

✫  _______________  ˚ .

"Ah kenyangnya" Miyoo sendawa secara tak sengaja. Tak sempat menahan. Dia menekup mulut.

"Pfft. Jangan risau. Semua orang boleh sendawa" Jay ketawa kecil. Terhibur dengan kelakuannya.

Miyoo mengetuk kepala sendiri. Waktu begini lah telefon pintarnya berdering. Sempat dia memberikan isyarat kepada Jay sebelum menjawab panggilan daripada ibunya.

"Mama?"

"Hoi pekak. Kau pergi mana tiba-tiba menghilang ni?"

"Miyoo keluar dengan kawan kejap. Kenapa?"

"Nasib baik masih hidup. Cepat cepat lah balik"

"Okey ma"
Panggilan sudah ditamatkan oleh Puan Do sendiri. Dia memasukkan telefon ke dalam beg semula. Gerak gerinya terhenti seketika di saat tersentuh sesuatu di dalam. Dengan penuh rasa ingin tahu, dia mengangkat benda itu tinggi-tinggi.

Senyumannya hilang. "Rupa-rupanya ada lagi perfume ni" Katanya perlahan.

"Ni ke hadiah untuk ex boyfriend kau?"

Pantas dia menyembunyikan minyak wangi itu ke belakang. Jay si degil dan tak tahu malu itu terus merampas minyak wangi tersebut. "Ini kan?"

"Eh kau nak buat apa? Aku baru nak buang tadi"

Tanpa berfikir panjang Jay menyemprotkan minyak wangi itu pada bajunya kemudian memasukkan ia ke dalam poket seluar. "Boleh tahan ya bau dia. Aku punya je lah"

"Eh tapi-- itu kan sepatutnya untuk Jake, kau tak kisah ke?"

Dia menggelengkan kepala sambil tersenyum. "Aku akan anggap ini pemberian daripada kau sendiri. Thank you, baby"

Lelaki ni teringin sangat ke hadiah daripada Miyoo sampai sanggup mengambil hadiah yg sepatutnya milik Jake?

✫  _______________  ˚ .

❝Wind Flower❞ + JayWhere stories live. Discover now