10

132 34 3
                                    

"Kau nak bawa aku pergi mana ni? Aku tak ada tenaga nak bertengkar, Jay" Miyoo berkata tak bermaya sebaik sahaja Jay memberhentikan kereta

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

"Kau nak bawa aku pergi mana ni? Aku tak ada tenaga nak bertengkar, Jay" Miyoo berkata tak bermaya sebaik sahaja Jay memberhentikan kereta. Dia masih memejamkan mata.

Jay tidak membalas sebaliknya dia membuka pintu kereta lalu menarik tangannya dengan lembut. Tak mahu kasar-kasar macam nak cari gaduh.

Miyoo mengikuti rentaknya dengan pasra. Reaksinya berubah apabila melihat sekeliling. Cantik betul. Sudah sekian lama dia tidak pergi ke pantai. "Wah, cantiknya"

Jay tersenyum bangga. Dia tahu Miyoo pasti menyukai semua ni. "Aku risau tengok kau terus berkurung dekat dalam bilik tu. Sesekali keluar lah ambil angin, tengok langit ataupun tengok pemandangan pantai. Kejap lagi mesti sunset muncul"

"Sunset?! Oh my god! My favorite"
3 hari berturut-turut Miyoo memasang muka murung akhirnya sekarang dia tersenyum lebar. Teruja.

"Akhirnya kau tersenyum juga. Kau nampak sangat cantik bila tersenyum, kau tahu?" Ringan saja mulut Jay mengucapkan pujian pujian itu. Matanya menatap iris mata gadis itu lama.

Dia tak tahu ke perempuan tu malu.

Kelemahan Miyoo adalah menerima pujian daripada orang lain. Mungkin disebabkan semua orang sekelilingnya melayannya dengan sangat jahat jadi dia sangat gembira mendengar pujian daripada orang lain.

Terlalu kencang jantung berdegup sehingga dia tak dapat memberikan respon.

"Kau okey ke? Kalau kau nak meluah, aku ada. Jangan simpan sendiri"

"Eh! Tapi kalau kau nak pendam tak apa. Aku tak paksa. Aku hormat keputusan kau. Aku tak bermaksud nak paksa kau untuk meluah pun. Aku cuma nak tenangkan kau. Mana tahu kau nak meluah kan?" Gelabah sendiri pula lelaki ni.

Tak tahan lagi, Miyoo terlepas gelak pula. Pantas dia mengatupkan mulutnya semula.

Jay menggaru kepalanya sambil tersengih. "Aku risaukan kau je"

"Tak ada lah. Aku cuma broke up dengan Jake"

"Cuma? Cuma kau cakap?"

Tangannya digerakkan untuk menepuk bahu lelaki itu, risau akan meletup kejap lagi. "Dia curang dekat belakang aku. Dia cakap dia malu bercinta dengan perempuan pekak macam aku ni. Salah aku ke mempunyai masalah pendengaran?"

"Tak. Kau tak salah. Lelaki tu yg buta"

"Aku pun tak suka pakai hearing aid ni sampai mati. Aku tak pernah suka pekak macam ni. Kenapa semua orang layan aku dengan teruk seolah-olah aku ni sampah? Hina sangat ke aku ni?"

Terlalu terbawa perasaan hingga tak sengaja meluahkan semua yg tertanam didalam jiwa. Air matanya mula mengalir membasahi kedua-dua belah pipinya.

Jay memeluknya tanpa izin. Dia mengusap kepalanya lembut. "Kau tak hina. Jangan rasa macam tu. Sebab dimata aku kau macam bidadari jatuh dari syurga. Aku hargai kau. Semua perkara kecil berkenaan diri kau, aku suka" Dia berbisik ditelinga perempuan itu.

"Diorang tak nampak apa yg aku nampak, bagi aku kau cantik sangat sangat. It's okay. Aku ada untuk kau selalu"

Dalam masa macam ni boleh pula Miyoo berdebar debar. Kenapa kata-kata lelaki ni dah boleh dikatakan sebagai pengakuan cinta?

"Thank you, Jay"

"Tak perlu berterima kasih dekat aku sebab semua tu fakta termasuklah perasaan aku dekat kau"

Dia berhenti menangis. Matanya sedikit membulat setelah mendengar ayat terakhir Jay tadi. "Apa maksud kau?"

"Aku sukakan kau. Aku sentiasa sukakan kau sejak kita kecil dulu. I love you. Yes, aku serius dan aku tak bergurau" Jay menyatakan perasaannya dengan yakin walaupun dia tahu perempuan itu tidak merasakan hal yg sama sepertinya.

"Tapi Jay--"

"Shh. Kalau kau tak sukakan aku, tak perlu cakap apa-apa. Aku cuma nak kau tahu perasaan sebenar aku"

"Jangan kekok bila dengan aku lagi lepasni sebab selama ni aku memang sentiasa sukakan kau"

"Kau tak faham betapa gembiranya aku bila dapat tahu Do Miyoo orang yg aku sukakan sejak zaman kanak-kanak ni tinggal bersebelahan dengan aku. Kau tak perlu risaukan apa-apa lagi. Aku ada, aku takkan pergi ke mana mana, dan takkan pernah tinggalkan kau dan aku akan sentiasa buatkan kau tersenyum"

"Tolong, biarkan aku berkawan dengan kau sampai kau betul-betul jatuh hati dekat aku. Boleh kan?"

Miyoo agak ragu-ragu untuk menganggukkan kepalanya tapi dia tetap setuju.

✫  _______________  ˚ .

❝Wind Flower❞ + JayOù les histoires vivent. Découvrez maintenant