5

149 33 10
                                    

Miyoo mendaratkan dagunya dijendela, merenung pemandangan diluar rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Miyoo mendaratkan dagunya dijendela, merenung pemandangan diluar rumah. Kelopak-kelopak bunga sakura yg gugur ditiup angin itu diperhatikan tanpa emosi. Kebiasaannya, dia pasti akan tersenyum suka tapi kali ini dia diam sahaja.

Semua orang belum pulang ke rumah. Dia rasa disisihkan. Keluarganya keluar pun dia tak tahu apa-apa.

"Do Miyoo!!" Panggil seseorang.

Tersentak dia dibuatnya. Jay melambaikan kedua-dua tangannya dengan luas, meminta perhatian perempuan itu. "Jum keluar dengan aku!" Jeritnya lagi.

"Eh? Nak buat apa?"

"Teman aku beli buku!"

Awalnya Miyoo rasa ragu-ragu untuk membalas tapi disebabkan dia sendiri bosan duduk dirumah seorang diri, akhirnya dia pun bersetuju. Dia turun ke bawah menemui Jay.

Lelaki itu tersenyum lebar menunjukkan giginya yg tersusun rapi. "Ingatkan kau tak nak"

"Aku bosan sebenarnya" Dia membalas perlahan. Tak berani membuat hubungan mata bersama lelaki itu.

Childhood friend. Tapi dia berasa kekok ketika berada disekelilingnya. Mungkin sebab umur sudah makin meningkat. Jay pun dah makin kacak. Mesti lah rasa janggal.

"Jadi aku ni tempat pelepasan bosan kau je lah?"

"Eh t-tak! Bukan macam tu tapi.."

"Aku gurau je lah" Jay menahan tawanya, apa lah perempuan ni semua benda nak dianggap serius.

Miyoo menggosok belakang tengkuknya malu. "Oh"

"Eh kejap. Jangan bergerak"

Dia terus terpegun mendengar kata-kata itu.

Jay menghampiri perempuan itu dan mengambil kelopak bunga yg mendarat diatas kepalanya. "Boleh buka telapak tangan kau?"

Miyoo melakukan apa yg dipinta oleh Jay tadi. Tanpa membuang masa lagi, lelaki itu langsung meletakkan kelopak bunga tersebut ke dalam telapak tangannya. "Cantik kan?"

"Cantik. Buat aku teringatkan Jake" Balasnya perlahan.

"Hm? Jake? Siapa tu?"

"Boyfriend aku. Tiba-tiba tak balas mesej, sibuk mungkin" Dia mengeluh.

"Oh. Jadi kau bukan single.." Jay berbisik perlahan, terselit nada kecewa didalam suaranya.

"Oh ya. Tunggu kejap. Aku nak minta izin dia dulu"

you
jake, saya keluar dengan
kawan lelaki saya boleh?

jake
pergi je.
saya tak kisah.

Dia merenung balasan daripada teman lelakinya itu lama. Entah lah. Dia rasa tak sedap hati. Mesej semalam masih tiada respon tapi mesej yg baru dihantar tadi terus dibalas. Tak cemburu ke Miyoo keluar dengan kawan lelaki dia?

Geram melihatnya langsung tak bergerak. Jay terus menarik tangannya. "Jum je lah. Bukannya dia suami kau pun. Kau keluar dengan aku sebab nak beli buku je, bukan nak dating"

✫  _______________  ˚ .

"Kau nak beli buku apa?" Soal Miyoo,

"Entah. Mana yg aku nampak menarik tu aku beli lah. Kau pun, kalau ada buku yg menarik perhatian kau nanti bagi aku tau" Jay membalas selamba bagai duit itu hanya daun kering yg boleh dikutip dimana-mana.

"Kau suka buku ke?" Jay bersuara kembali.

"Suka sangat. Kau nak beli untuk aku sekali ke?" Miyoo bertanya sekali lagi, perasan.

"Eh tak. Untuk aku lah"

Sekali lagi, dia malu. "Oh.."

"Pft"

"Kau baru gelak ke tadi?" Dia memandang lelaki disebelahnya itu dengan tajam.

"Tak. Mana ada"

Sudah hampir sejam mereka berdua berada didalam kedai buku tersebut. Penuh tangan Miyoo dibuatnya. "Berat lah pula"

"Eh kau ni pun. Kan ada troli tu" Jay mengomel, menghampirinya sambil menolak troli. Diambilnya buku-buku yg dipeluk oleh Miyoo itu lalu dimasukkan ke dalam.

"Ah aku lupa"

Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya kemudian menuju ke kaunter. Jarinya digerakkan sebagai isyarat menyuruh Miyoo untuk mendekat.

"Macam terlebih banyak pun ada. Kau lah ni excited sangat, kalau boleh kau ambil semua buku yg ada dalam kedai ni kan?" Membebel terus lelaki ni.

Miyoo tersengih. "Hehehe"

"Miskin lah aku kalau macam ni" Kata Jay lagi sebelum meletakkan kad debit miliknya ke atas meja kaunter dihadapan.

"Terima kasih, sila datang lagi" Ucap juruwang itu diikuti dengan senyuman, tak lupa juga untuk menunduk hormat.

"Kau bawa satu plastik ni. Yg ni, aku bawa" Jay menarik tangan Miyoo, memaksanya untuk membawa plastik yg berat itu.

"Ah berat lah! Kau bawa yg ringan. Mana adil"

"Hei. Siapa yg pilih banyak-banyak tadi?"

Miyoo menutup mulutnya rapat. Tahu dia lah yg bersalah disini. "Kau pun nak beli juga, apasal?"

Nasib baik lelaki tu tak sempat mendengarnya.

✫  _______________  ˚ .

Jay menghantarnya sehingga betul-betul tiba dihadapan rumah. Habis berpeluh perempuan tu, berat sangat buku-buku yg dia bawa. Kasihan. Dia ketawa memerhatikan gelagat Miyoo, tak habis-habis merungut.

"Okey. Dah sampai. Aku balik dulu" Dia mengorak langkah tanpa meminta plastik yg dibawa oleh Miyoo tadi.

"Eh! Kau terlupa buku-buku ni"

Dia menoleh bersama senyuman manis. "Itu untuk kau"

"Ha?"

"Sejak awal tadi aku memang belikan semua ni untuk kau. Simpan lah"

Miyoo terdiam, mengedipkan matanya sebanyak dua kali. Baru jumpa semalam tapi lelaki tu dah belanja dia banyak banyak buku macam ni sedangkan Jake tak pernah memberikan dia apa-apa walaupun pada hari anniversary mereka berdua.

Dia rasa tak biasa.

✫  _______________  ˚ .

❝Wind Flower❞ + JayWhere stories live. Discover now