Bab 1

280 18 3
                                    

✧₊˚.

"Semua sekali 38 ringgit."

Not 50 dikeluarkan dari dompet lalu dihulurkan kepada akak cashier. Akak cashier, boleh cepat sikit tak? Saya rasa macam belakang saya ni dah nak tembus dah akak. Dr Kalimi pun satu, banyak-banyak kaunter, kaunter ni jugakla yang dia nak.

"Ada duit kecil tak dik?" Alamak dia minta duit kecil la pula. Terus aku geleng. Memang sepatah pun aku tak cakap. Mana tahu kalau tadi Dr Kalimi tak perasan tadi tu aku kan? Kalau dia dengar suara aku, memang dia akan camlah, hari-hari aku duduk mengorat sampai nak cair taik telinga dia.

Setelah selesai, tak pandang kiri kanan, terus aku mengorak langkah ke pintu keluar. Fuhh, selamat. Baru sahaja aku mahu menyambung langkahku, bunyi orang berdehem dari belakang membuatkan langkahku mati.

Kepala terus menoleh ke belakang. Wajah Dr Kalimi yang sedang tersengih lebar memaparkan gigi putihnya yang tersusun cantik menghiasi pandanganku.

"Such a coincidence."

Aku sedaya upaya mengawal ekspresi wajahku supaya kelihatan neutral. coincidence la sangat . "Haah kebetulan pulak jumpa Dr kat sini. Datang beli barang ke?"

"Aku datang shopping mall tentulah untuk beli barang. Bukan main tolak-tolak troli."

Sah memang dia nampak aku tadi!

"Dah lama tak nampak dekat hospital. Selalunya ada sahaja penyakit tu. Sakit mata la, lutut la. Dah sihat dah?"

Aku senyum buat-buat. Kalau ikutkan aku, nak saja aku suruh Dr Kalimi tutup mulut dia itu rapat-rapat sebelum aku tolong tutupkan dengan tapak kasut aku ini.

"Haah sejak kebelakangan ni sihat je rasa badan ni. Jadi tak perlu la kot saya nak bazirkan duit pergi hospital. Mungkin otak saya kot yang tak berapa betul sebelum ni." Aku cakap dengan selamba.

Tiba-tiba Dr Kalimi ketawa. Aku jelingnya. Dah kenapa dia ni? Galak lain macam.

"Oh baguslah kalau macam itu. Kau betul ke datang sini sebab nak shopping? Or were you stalking me?" Dia pandang aku sinis. Seolah-olah apa yang ditebaknya itu betul. Walhal tak pun!

"Excuse me? Stalking you? Jangan nak perasan sangat ya. Banyak lagi benda atas muka bumi ni saya boleh buat. Apa awak ingat awak special sangat ke sampai saya nak stalk awak?" Aku jeling dia sedikit sebelum melajukan langkahku. Bukan jeling manja okay!

"Dulu aku special lah kiranya? Kau kan suka stalk aku. Pelik juga kenapa tiba-tiba kau berhenti. Dah ada orang lain ke?" Sambungnya lagi. Aku diam. Makin aku layan makin tak bernas apa yang bakal keluar dari mulut jahatnya itu.

"Err... Saya pergi dululah Dr. Busy sikit." Tanpa membuang masa, aku berjalan meninggalkannya. Aku dengar dia panggil namaku tapi aku buat-buat pekak.

Tapi itulah lumrah seorang yang berkaki pendek, tak sampai 10 saat, dia telah berada disisi aku.

Ya Allah, berikanlah hamba mu ini kesabaran. Aku buat-buat tak nampak lalu melajukan langkahku. Sempat telinga menangkap suara Dr Kalimi yang galak mentertawakanku. Dasar sengal!

✧₊˚.

"Woi Qila! Kau ni dah pekak ke apa." Suara nyaring Kak Aida, rakan sekerjaku menyedarkan aku dari lamunanku.

"Sorry Kak Aida. Ada apa?"

"Haish, risau pula aku dengan kau ni. Asyik mengelamun dari tadi lagi. Kau angaukan siapa ni Qila? Doktor mata lawa tu ke?" Alamak, kantoilah pula.

Aku memegang kepala sendiri. Hari ini kepala aku dipenuh dengan wajah Dr Kalimi yang tersenyum sinis. Eiii serabutnya! Dia gelakkan aku pun still nampak handsome. Logik ke!

"Mana ada Kak Aida. Orang tengah sibuk fikirkan resepi untuk desert baru untuk kafe ini. Bukan angaukan dia tu. Lagipun Qila memang dah tak suka dia okey. Dah move on!" Aku goyang-goyangkan pen yang berada di celah jari dengan perasaan yang kucar-kacir.

"Iyelah tu. Bukan boleh percaya sangat kau ni. Ni, bos panggil aku tadi, kau tolong tengokkan kaunter ni eh. Kejap je. Woi kau dengar ke tak ni." Bahu aku digongcangnya.

"Iye orang dengarlah. Syuh syuhhh pergi sana. Kacaulah orang nak berangan ni."

Mata dihalakan ke arah beberapa orang pelanggan yang sedang menjamu selera. Satu keluhan kecil dibebaskan. Betulkah kau sudah move on Qila?

Huwaa.. kepala dihantuk ke meja beberapa kali. Kertas A4 yang masih bersih itu dironyokkan. Lambat lagi ke nak balik ni. Jam di pergelangan tangan dikerling. Baru sepuluh minit berlalu sejak aku masuk kerja pukul sembilan tadi.

Kling!

Bunyi loceng pintu kedai menandakan ada pelanggan yang baru datang. Lekas aku bangun. Tangan menepuk sedikit apron di tubuhku kot-kot ada habuk halimunan.

"Selamat da.. Oi wassup my man!" Aku melambaikan tangan kepadanya. Senyum lebar.

"Tahulah kau excited nak jumpa aku. Jangan obvious sangat." Kata Farhan. Kenalkan, Farhan. Pelanggan tetap café kami. Atau lebih dikenali sebagai sumber duit café ini.

"Eleh, aku bukan excited nak jumpa kau. Cepat, nak oder apa? Oder banyak-banyak tau. Pastikan kau oder makanan yang mahal-mahal."

"Memaksa pulak. Kau dah tukar shif ke? Selalu pagi-pagi memang tak nampak batang hidung kau." Soal Farhan.

"Haah dah tukar. Kenapa? Kau rindu aku kan?" Sebelah kening dinaikkan.

"Jangan nak perasan. Tak ada masa aku nak rindukan kau. Bagi iced caramel macchiato, iced hazelnut americano, two slices of red velvet cake. That's all." Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar slack hitamnya. Acah-acah cool pula.

"Oo datang dengan makwe ke? Sampai hati kau ya tak cakap kat aku Farhan. Takpe, takpe, kata kawan." Aku siku lengannya.

"Otak kau." Dahi aku ditunjal.

"Apa ni main tunjal-tunjal kepala. Mak aku memang pantang bab-bab main kepala ni." Aku memegang tempat yang ditunjal Farhan.

"Lagi satu, apesal aku kena beritahu kau pulak kalau aku ade makwe? Kau jeles eh?" Tangannya di silang ke dada extra package senyum sinis.

"Oi oi oi aku suruh tolong jagakan kaunter, bukan suruh gaduh dengan customer. Eh Farhan rupanya patutlah bising aje. Tiap kali jumpa, ada sahaja benda yang digaduhkan. Jangan benci-benci sangat, lama-lama takut sayang." Bibir dicebik selepas mendengar omelan entah apa-apa Kak Aida. Aku dengan Farhan? Please lah!

"Eee tak kuasa la Qila! Qila lebih rela kawin dengan semut dari kawin dengan mamat ni. Bluerkk." Aku jelirkan lidah pada Farhan.

"Tak padan dengan pendek." Sindir Farhan.

"Sudah, sudah. Qila kalau kau takde kerja, pergi tolong Syah basuh pinggan dekat belakang. Kasihan aku tengok dia terbongkok dari tadi lagi."

Dari pada aku bertekak dengan zirafah ni, ada baiknya aku pergi tolong Shah. Sempat aku baling kertas yang aku ronyokkan tadi pada Farhan tepat pada wajahnya sebelum berlari ke belakang. Haha.

Dr Sengal Where stories live. Discover now