Bab 7

217 15 0
                                    


‎𐂴

"Qila! Ya Allah rindunya aku dekat kau." Aku ditarik ke dalam pelukan kemas Kak Aida sebaik sahaja aku jejakkan kaki ke café.

"Risau betul aku bila kau call semalam cakap kau masuk hospital. Kau macam mana? Ada rasa sakit dekat mana-mana?" Seluruh tubuhku ditiliknya atas bawah. Tergelak aku dibuatnya.

"Kak Aida, Qila okeylah. Takkan baru sehari dah rindu kut. Ni tengok ni, Qila sihatlah." Aku tayang bicep aku padanya. Dia mengeluh lega.

"Mestilah rindu. Tiada siapa nak bergaduh dengan aku. Farhan pun sibuk duduk menanya kau mana. Alhamdulillah tiada apa-apa yang serius." Kak aida menepuk bahu aku beberapa kali.

Kling!

Bunyi loceng pintu. Menandakan ada orang baru masuk. Terus aku toleh kepala. Encik Haziq atau dikenali sebagai bos kami.

Agak membulat sedikit matanya bila dia pandang aku. Aku sengih sahaja.

"Hi, bos." Aku lambaikan tangan. Kak Aida juga membuat benda yang sama.

"Qila? Bukan ke awak dekat hospital?" Soalnya. Mungkin Kak Aida lupa untuk memaklumkannya yang aku discharge semalam.

"Saya discharge semalam. Kak Aida tak bagi tahu ke?" Dia geleng sebelum menoleh ke arah Kak Aida. Kak Aida menggaru kepalanya sambil sengih tidak bersalah. Kepalanya ditundukkan sedikit. Aik, malu ke? 

"Syukurlah awak tak apa-apa. Kenapa datang kerja? Awak sepatutnya berehat." Saat itu juga aku rasa nak bergolek atas lantai.

Sebenarnya memang aku malas nak datang kerja harini. Tapi bila aku teringat yang Encik Haziq pantang betul dengan spesis yang suka ponteng kerja, aku batalkan sahaja niat aku.

Cukuplah aku dengar dia bebelkan si Shah dulu. Dalam seminggu mesti ada sehari dia tidak datang. Akulah orang yang wajib gelakkan dia bila dia kena bebel. Tapi Alhamdulillah dia dah insaf.

Tapi bukan insaf sepenuhnya. Perangai lain pula muncul. Dia punya datang kerja masa orang dah nak tutup kedai. Okey hiperbola. Dia selalu datang kerja lewat. Bos pun sudah malas hendak bebelkan dia. Sudah besarkan.

"Okaylah, saya masuk dalam dulu. Selamat berkerja ya." Dia meminta diri. Aku anggukkan kepala.

"Yang kau tercegat lagi ni kenapa? Mentang-mentang baru keluar hospital jangan ingat kau boleh curi tulang pula." Kak Aida mula bercekak pinggang.

"Eleh, tak dengar ke bos cakap apa tadi? Awak kena banyak berehat. Takkan nak derhaka dengan bos pula." Aku mencebik. Tangan disilang ke dada.

"Ah takde-takde. Pergi siap cepat." Aku mengeluh lemah. Nak taknak aku capai juga apron yang dihulurnya sebelum menyarung ke tubuhku.

‎𐂴

"Qila."

"Hmm." Gumam ku. Mata masih melekat pada skrin telefon.

"Qila.." Terasa pinggangku dicucuk perlahan.

"Kau nak apa Shah?" Aku angkat muka dari menatap skrin telefon. Pandang wajahnya tajam.

"Kau boleh tolong hantarkan pesanan ni tak? Aku nak pergi tandas ni. Dah tak boleh tahan dah ni." Dua tangannya disatukan. Merayu.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Time aku free tadi bukan nak minta tolong. Kesian pula tengok muka dia. Macam dah tak tahan sangat.

"Yelah. Cepatlah pergi. Kang terabur dekat sini kau juga yang susah." Dulang ditangannya beralih tangan.

Sempat dia kenyitkan matanya padaku sebelum berlari ke tandas. Tengok gaya macam dah tak tahan betul tu.

Dr Sengal Where stories live. Discover now