Bab 15

202 10 0
                                    


𝂅 ׂ ꥈ 𐚱  ᰮ

AKU menguis-nguis nasi di dalam pinggan. Selalunya kalau nasi kerabu, tak sampai sepuluh minit dah licin pinggan. Entah kenapa seleraku hari ini tiba-tiba mati.

Sampai sahaja aku dirumah malam semalam, aku terus menonong masuk ke dalam bilik. Alea pun diam sahaja. Mungkin dia taknak serabutkan lagi kepala otak aku ni.

Pagi-pagi lagi aku dah cau. Sempat breakfast dengan biskut cicah air sahaja. Taknak bertembung dengan Alea. Sampai ke esok dia soal siasat aku nanti.

Tiba-tiba terasa seperti bahuku ditepuk dari belakang. Bala dah datang dah.

"Ewah, ewah budak suka ponteng kerja datang ya harini. Mimpi apa semalam?" Kak Aida menarik kerusi kosong disebelahku.

"Qila bukan sengaja nak ponteng okay. Ada masalah sikit semalam." Kataku mendatar.

"Pergh masalah apa tu? Masalah negara ke? Tahula bos kita tu baik." Sindirnya. Aku buat tidak layan sahaja.

"Qila bukan sengaja tak datang kerja. Kaki bengkak sikit semalam." Aku tunjuk kaki aku yang sudah agak surut bengkaknya pada Kak Aida.

"Macam mana boleh jadi macam ni? Kau ni memang magnet masalah kan? Suka betul cari penyakit lepastu tak datang kerja. Nasib baiklah aku ni bukan bos kau. Kalau tak memang aku dah potong separuh gaji kau tu." Bebelnya lagi. Dalam risaukan aku sempat lagi dia bagi ayat tak berapa deep nya tu.

"Tersepak batu."

"Lah itu je? Aku ingatkan kena gilis dengan lori ke apa." Aku jeling sekilas padanya. Gilis lori kepala dia! Memang dah hancur la kaki aku kalau betul kena gilis dengan lori.

"Habis tu kau dah pergi klinik belum?" Soalnya berbaur nada risau. Tapi sikit sahajalah.

"Dah." Jawabku sepatah. Takkanlah aku nak cakap yang aku menangis lepastu Kalimi datang selamatkan aku, jatuh la saham aku nanti!

"Eleh, Encik Haziq takkan buat macam tu lah dekat Qila. Nak tahu kenapa? Sebab dia sayang dekat Qila." Kata ku dengan wajah mengejek. Nak tengok macam mana reaksi Kak Aida. Mana tahu tiba-tiba panas haha!

"Eee kau jangan nak perasan boleh tak? Encik Haziq sayangkan kau? Encik Haziq tu rabun, bukan buta. Daripada dia sayangkan kau ni, baik dia sayangkan aku yang serba serbi sempurna ni." Tudiaa penuh bongkak dia berkata-kata. Jadi betullah Syah cakap yang Kak Aida suka dekat Encik Haziq.

"Eh, Qila gurau je. Kenapa Kak Aida ambil serius pula? Jangan-jangan Kak Aida..." Sengaja aku biar ayatku tergantung. Rasa nak gelak sambil berguling sahaja atas lantai bila aku lihat wajah cuaknya.

"Ma-mana ada lah! Kau jangan nak memandai. Takde masa lah aku nak sukakan dia! Lagipun Encik Haziq tu bukan taste aku pun. Haah tak sama langsung!" Dia larikan wajahnya ke arah lain. Silap lah kau nak menipu aku yang ada pertalian darah dengan Shinichi Kudo ni.

"Eh bila masa pula Qila ada cakap yang Kak Aida sukakan bos? Alaa Kak Aida mengaku je yang Kak Aida suka dekat Encik Haziq. Qila takkan bagi tahu siapa-siapa lah." Kecuali Syah. Lagipun dia kan memang dah tahu yang Kak Aida suka dekat bos.

"Siapa suka siapa ni?"

"Oh mak kau!" Hampir sahaja aku terjatuh dari kerusi. Alamak macam kenal sahaja suara siapa tu!

"Eh bos. Tak perasan pula bos ada dekat sini. Er... Hi." Hi kepala otak kau! Gelabah punya pasal, mulut main hentam je.

"Hi Qila, hi Aida. Takdelah, saya tengok rancak korang berdua berbual. Nak tahu juga berbuak pasal apa." Dia senyum nipis. Alamak hensem lain macam Encik Haziq ni. Patutlah Kak Aida cair.

Dr Sengal حيث تعيش القصص. اكتشف الآن