Bab 9

190 14 0
                                    


𐂴

TIDAK tahu adik aku mimpi apa semalam, tiba-tiba pagi ini dia ajak aku pergi jogging. Aku pun satu, main setuju sahaja. Maklumlah, masa dia ajak tu aku baru bangun. Masih mamai.

Sekarang, aku juga yang terseksa. Tak sampai dua round aku rasa hampir nak pitam. Inilah akibatnya kalau malas bersenam. Nampaknya aku kena ajak Alea jogging hari-hari ni.

"Takkan dah semput kut? Bila nak terbakar lemak-lemak kau tu kalau satu round dah macam nyawa-nyawa ikan dah. Inilah perempuan, lemah." Ejek Artief. Aku ketap gigi, geram!

"Tak, sekarang ni aku nak tanya kau. Kau mimpi apa hah semalam tiba-tiba ajak aku jogging. Bukan main lama aku ternak lemak aku, suka-suka hati kau sahaja nak bakar." Bebelku. Dua-dua tangan ditepi pinggang.

"Bla-bla-bla. Bangun sekarang!" Dia menarik tanganku. Malas-malas aku berdiri.

"Okey macam ni, kita buat pertaruhan. Siapa dapat habiskan 2 pusingan dulu menang. Yang kalah, kena kemas rumah seminggu. Amacam?" Sebelah keningnya dinaikkan. Yakin betul macam dia yang menang.

Tanpa menunggunya, terus aku pecut laju melintasinya. Siapa habiskan 2 round dulu eh? A piece of cake!

Telingaku menangkap suara Artief yang sedang melaung nama aku. Aku lajukan langkah. Tak boleh percaya sangat mamat ni, silap-silap dah ada sebelah aku.

𐂴

"TAK adil, kau mula dulu. Aku tak kira sampai tiga lagi." Kata Artief sambil tercungap-cungap. Kedua-dua tangan di lututnya. Gaya macam lepas merentas desa.

"Ah kau takde cakap pun tadi kena kira sampai tiga. Aku menang, kau kalah. Kau kemas rumah, aku goyang kaki. End of discussion." Aku hulurkan botol air kepadanya. Dia sambut huluranku dengan kasar. Ceh, tak puas hati lah tu.

"Fine. Aku bukan lelaki yang suka mungkiri janji. You know me." Senyum macho. Memang aku yang menang, tapi kenapa aku rasa macam nak pijak-pijak sahaja muka dia yang berlagak tahap apa tu.

"Apa-apalah. Tepi sikit, aku pun nak duduk juga. Apa? Kau ingat kau sorang je yang penat?" Aku menolak tubuhnya ketepi. Dia mengensot sedikit ketepi, memberi ruang untuk aku duduk.

"Qila, umi dah bagi tahu kau ke pasal si Tasya tu?" Muncul garis-garis di dahiku.

"Tasya? Kenapa dengan dia?" Sudah lama aku tidak bertemunya. Maklumlah, aku jarang pulang ke rumah. Tasya tu anak jiran umi. Dia rapat jugalah dengan aku. Selalu juga aku bermain dengannya waktu kecil dulu.

"Dia dah nak nikah. Takkan kau tak tahu? Kau kan rapat dengan dia?" Soalnya, hairan.

"Tak, sumpah aku tak tahu. Lagipun, aku tiada contact dia. Kau ada ke? Hantar dekat aku kalau kau ada."

"Lah buat apa pula aku nak ada contact dia? Lagi satu, aku dengar umi cakap dia nak kau jadi pengapit dia nanti dia bersanding nanti." Sambung Artief. Terbeliak mata aku. Aku jadi pengapit dia? What!?

"Kau biar nangka Artief? Mana kau dengar semua ni? Ke kau ni salah seorang ahli bawang rangers kampung kita ni?" Musykil betul aku dengan budak ni. Tak boleh pakai sangat kepala dia ni.

"Adalah, jomlah balik. Aku ada hal pula lepasni." Dia bangun dari duduknya. Aku turut melakukan perkara yang sama.

Otak masih ligat berfikir tentang apa yang baru adik aku katakan tadi. Aku jadi pengapit Tasya?

Dr Sengal Where stories live. Discover now