Bab 13

180 15 1
                                    

𝂅 ׂ ꥈ 𐚱 ᰮ

MATA memandang baju yang tersarung di tubuh. Pajama bewarna merah jambu bercorak Hello kitty. Nak buat macam mana? Ini sahaja baju yang Rin ada. Takkanlah aku nak pakai baju aku yang sudah basah lecun tu.

"Sorry la Kak Qila. Baju Rin kebanyakannya dekat kolej. Tinggal yang macam ni je dekat rumah. Tapi muatkan?" Kata Rin sebelum menghenyakkan punggung disebelahku.

Aku tersenyum nipis. "No hal lah. Janji muat dan selesa." Aku buat thumb up untuk lebih meyakinkan Rin yang kelihatan serba salah.

"Nasib baiklah Kak Qila sudi nak pakai. Takut Kak Qila malu pula nak pakai baju Rin yang macam budak-budak ni." Sambung Rin lagi sebelum menarik nafas lega.

"Eh comel apa? Akak pun ada baju macam ni. Selalu jugak la kena gelak dengan abang-abang akak." Aku tersengih bila teringatkan mereka.

"Eh Rin, tadi abang Rin suruh akak turun kan? Akak turun dulu eh. Nanti akak naik balik." Wajah Rin terus berubah mendung selepas itu.

"Alaa Rin tak sempat nak korek lagi rahsia dengan Kak Qila. Lepasni mesti akak dah tidur dah." Dia memuncungkan bibirnya. Hish comel lah pula Rin ni. Dahla periang orangnya. Dia dengan abang dia macam langit dengan bumi.

"Jangan risaulah, akak tidur dengan Rin malam ni. Boleh? Lagipun akak tak biasalah nak tidur sorang-sorang. Lagi-lagi dekat rumah besar macam ni. Sunyi nanti."

"Serius Kak Qila nak tidur dengan Rin? Rin lagilah suka! Boleh borak-borak dengan Kak Qila. Nanti Rin tolong ambilkan bantal dengan selimut." Tak sangka pula reaksi Rin happy gila bila aku beritahu yang aku mahu tidur dengannya.

"Eh Kak Qila boleh ke turun sendir? Kang tergelecoh tak pasal-pasal kudung akak nanti." Tanya Rin, risau. Sempat lagi usik aku.

Aku tergelak mendengarnya. "Apalah Rin ni. Sokay la, kaki akak dah okay sikit. Jangan risaulah. Lagipun Rin nak tolong macam mana? Nak dukung akak ke? Tak pasal-pasal Rin pula yang patah kaki nanti." Selorohku. Rin menjuihkan bibirnya kedepan.

"Siapa kata Rin nak dukung akak? Rin panggil abanglah tolong dukung akak." Terus mati tawa ku. Darah sudah mula berkumpul di muka. Main

"Hish apa Rin ni!" Aku menumbuk perlahan bahunya. Dia makin galak mentertawakan aku.

"Haa Kak Qila blushing! Elele suka abang lah tu. Tak apa kak, kalau akak suka abang, Rin dah restui akak jadi kakak ipar Rin." Usiknya lagi. Aku yang nak kenakan dia, alih-alih aku kena balik.

"Hish bencilah! Akak turun dulu. Nanti bising pula abang Rin tu. Dia membebel 12 tahun pun belum tentu reda." Aku bangun sebelum melangkah ke pintu.

"Betul tu. Rin setuju sangat. Hati-hati turun tu Kak Qila. Rin nak sediakan apa yang patut untuk akak dulu." Aku mengangguk perlahan.

"Yelah."

𝂅 ׂ ꥈ 𐚱  ᰮ 

SAMPAI sahaja di tingkat bawah, aku terhidu bau yang boleh membuatkan perut kosong aku meraung minta diisi. Gila sedap bau!

Hanya lampu dapur sahaja dibuka. Nasib baik aku tidak langgar apa-apa tadi. Tak pasal-pasal melayang duit aku nanti. Kaki mengorak langkah ke dapur.

"Lama betul aku tunggu." Terkejut aku dibuatnya. Dada diurut perlahan. Dengan tiada salamnya, tiba-tiba muncul depan aku. Nasib baik aku tak keluarkan bunga-bunga silat tadi.

"Hey awak ni, terkejut saya! Kalau saya terajang awak tadi macam mana?" Aku pandang tajam mukanya selambanya. Siap bersandar di meja makan lagi.

Dr Sengal Donde viven las historias. Descúbrelo ahora