Bab 17

192 10 0
                                    


𝂅 ׂ ꥈ 𐚱 ᰮ

"QILA, baik kau bagitahu aku sekarang kau jumpa mamat tadi dekat mana. Helok betul taste kau!" Tanganku yang sedang ligat menyusun pinggan yang sudah di basuh di atas rak terhenti apabila mendengar ayat yang baru sahaja keluar dari mulut abang sulungku, Darwish.

"Jumpa dekat tepi jalan semalam, tengah isap gam. Kenapa?" Aku jawab dengan nada menyampah. Akibatnya, pinggangku dicubitnya. Pedih mat!

"Apa kau nak ni hah? Sakitlah! Jangan nak fikir yang bukan-bukan, dia tu tiada apa-apa hubungan pun dengan aku. Hanya kawan, friend, chingu. Arasseo?" Balasku sambil menggosok tempat yang dicubit Darwish tadi.

"Tipu. Takkanlah kawan kot. Ni bukan kali pertama aku nampak kau dengan dia. Orang yang selalu hantar kau balik sebelum ni, mamat ni kan?" Tebak Darwish. Lidahku kelu buat seketika. Aduh, nak goreng apa lagi ni!

"Fine! Betullah tu. Mamat ni la yang selalu hantar aku balik. Tapi betul, dia dengan aku kawan je." Aku angkat kedua-dua tangan ke atas, tanda menyerah kalah.

Terbit satu senyuman sinis di bibirnya. Aku julingkan mata ke atas, menyampah.

"Kau cakap yang kau dengan dia kawan je kan?"

"Kau nak aku ulang berapa kali? Telinga tu berapa abad dah kau tak korek? Ya aku dengan dia hanya kawan! Tak kurang, tak lebih. Puas hati kau?" Jawabku dengan kesabaran yang mula menipis.

Rasa hausla pula bila bertekak dengan dia ni. Aku capai satu gelas yang berada di atas rak lalu mengisinya dengan air. Usai membaca bismillah, gelas itu dibawa ke mulut.

"Tapi kau suka dia kan?"

"PFFFTTT! Uhuk, uhuk." Aku menepuk dada beberapa kali.

"Hmm lepas aku tengok reaction kau, aku dah pasti seratus eh, dua ratus peratus yang kau suka dia. Gila, aku selama ni ingat kau bengkok wey!"

Dush! Satu penumbuk aku hadiahkan padanya tepat di abdomennya. Nasib tak biru sahaja muka abangku ini. Itulah, cari pasal dengan aku sangat.

"Kau jangan nak pandai-pandai buat conclusion sendiri ok. Aku tak suka dia. Sikit pun tak." Aku mengesat hujung bibir dengan lengan baju.

"Betul kau tak suka dia? Habis kenapa kau blushing lain macam ni? Oh come on, mengaku jela! Bukan aku nak tumbuk kau pun kalau kau mengaku." Desaknya lagi. Masih tidak mahu mengalah.

Aku menghela nafas berat. Nak tipu apa lagi, abang aku ni lawyer. Memang kalah lah aku kalau sesi jawab menjawab dengan dia ni.

"Fine, Aku suka dia. Titik!"

"See? Naluri seorang abang yang penyayang tak pernah salah." Dia berpura-pura mengesat air mata. Over betul.

"Yang kau senyap ni kenapa? Ceritalah cepat!"

"Nak cerita apa pula?" Timbul garis-garis di dahiku, tidak mengerti.

"Nak cakap bengong, takut merasa penampar umi satgi. Cerita pasal macam mana kau jatuh cinta lah, aku dah tak sabar ni." Bahuku dipegangnya kemas sebelum digoncang. Bergegar otak aku dibuatnya.

Dr Sengal Where stories live. Discover now