Bab 31

129 5 0
                                    


HAMPIR seminggu aku tidak menerima apa-apa berita mengenai Kalimi. Busy mengalahkan perdana menteri. Tapi aku tak adalah meroyan macam bini mati laki. Faham kesibukan apabila berkerja sebagai seorang doktor. Kenalah tabahkan diri sedikit. Macam manalah kalau dah nikah nanti, entah-entah kemurungan aku bila dia pergi kerja.

Lamunanku hilang begitu sahaja apabila terasa ada tangan yang menepuk bahuku dari belakang. Aku toleh sekilas.

"Jauh mengelamun. Teringatkan Encik Tunang kesayangan ke?" Usik Kak Aida dengan nada yang pada telingaku ini tersangatlah menyampah.

"Haah. Karang kalau aku teringatkan Encik Haziq ada pula yang menggelupur tak tentu pasal." Balasku sambil menjeling sekilas ke arah bilik Encik Haziq yang terkatup rapat. Banyak kerja gamaknya. Selalunya dapatlah juga tengok batang hidungnya itu.

"Busy semacam je aku tengok bos kita tu. Tengah prepare majlis nikah ke apa?" Sengaja aku highlightkan perkataan nikah. Nak tengok apa reaction Kak Aida.

"Langkah mayat aku dululah der. Nikah apa kebendanya, takda nampak pun dia dengan mana-mana perempuan."

"Itu depan kau. Belakang kau mana tahu? Entah-entah bersusun perempuan masuk meminang dia hah." Tambahku lagi sambil geleng-geleng kepala.

"Kau diam boleh tak? Sehari tak buat jiwa aku ni kacau tak boleh? Kisah apa aku kalau bersusun sekali pun perempuan yang mahukan dia, aku caras semua nanti." Kak Aida peluk badan sendiri dengan muka penuh bongkak.

"Apa yang Kak Aida takutkan? Luahkan ajelah perasaan Kak Aida dekat Encik Haziq. Kalau dia terima alhamdulillah. Kalau tak, nauzubillah sila berhenti kerja."

Pap!

Belakangku terasa pijar.

"Senanglah kau cakap. Mentang-mentang Si Doktor tu yang confess dekat kau."

"Aip! Qila dulu yang mengorat dia okay? Tak sangka pula hati dia termasuk dalam jerat yang Qila pasang. Alhamdulillah rezeki tak salah alamat." Aku gelak kuat.

"Kau jangan nak bagi idea dekat aku Qila." Kak Aida bagi amaran.

"Belum cuba belum tahu Kak. Melepas nanti jangan nangis bucu katil pulak." Aku sambung lap meja yang sedikit melekit dengan kain basah.

"Hm nanti aku fikir. Tu ada costumer datang. Pergi cepat." Aku angguk sebelum letak kain basah yang telah digunakan sebelum mengorak langkah ke arah meja yang baru diduki oleh pelanggan tersebut.

"Ya cik nak pesan apa?" Ramah aku bertanya. Senyuman semanis mungkin aku tayang kepadanya.

Dia yang awalnya menunduk sambil bermain dengan telefon bimbitnya mendongak ke atas sebaik sahaja aku menyapanya. Sebaik sahaja mataku bertembung dengannya, senyumanku kaku.

Layla.

Dia pandang aku atas bawah. Sinis pandangannya. Macam pandang sampah pun ada. Tapi aku tetap cuba untuk kelihatan biasa.

"Kau kerja sini?" Sinis nadanya bertanya padaku. Aku tarik nafas dalam-dalam. Kau nampak aku tengah buat apa? Tengah main hoki ke? Ada jugak aku hempuk kepala dekat meja ni.

"Ya cik. Saya kerja sini lama dah. Cik nak pesan apa ya?" Sekali lagi aku tanya soalan yang sama. Mungkin tadi dia tak dengar. Mana tahu telinga tiba-tiba tersumbat tadi.

"Kenapa aku tak pernah nampak pun kau sebelum ni? Aku selalu jugak datang sini. Tapi tak pernah la pula jumpa kau." Ucapnya tanpa mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tepat sahaja pada wajahku. Cantik lain macam kut aku harini.

Dr Sengal Where stories live. Discover now