Bab 6

199 13 0
                                    


✧₊˚.

Siling putih kosong.

Perkara pertama yang aku nampak sebaik sahaja aku membuka mata. Satu sahaja yang berlegar dalam kepala ketika itu.

Aku di mana?

Aku cuba untuk mengubah posisi daripada berbaring ke posisi duduk namun sebaik sahaja aku cuba untuk bangkit, rasa sakit yang hanya Allah sahaja yang tahu dibahagian perutku. Terus aku berbaring semula.

Aku naikkan sebelah tangan untuk mengurut kepala yang tidak berhenti berdenyut. Waktu itu baru aku perasan sesuatu di tanganku. Iv drips. Jadi maknanya aku sekarang berada di hospital?

Tiba-tiba teringat hal semalam. Aku dibelasah. Teringat yang aku makan penampar semalam, terus tangan dibawa ke pipi. Pedih.

"Haa bangun pun kamu." Aku menoleh ke sisi. Seorang wanita baya-baya umi aku sedang mengupas sebiji buah oren sambil senyum manis padaku. Aku balas senyumannya.

"Kamu buat apa sampai biru pipi tu? Nasib baikah boyfriend kamu tu sayang kamu. Risau benar makcik tengok dia semalam.  Jealous makcik tau." Sambungnya lagi.

Berkerut kening aku. Boyfriend? Bila masa pula aku ada boyfriend?

"Err maksud makcik?" Tanyaku tidak faham.

"Semalam kamu meracau macam orang tak betul. Menangis tak henti-henti. Nasib baiklah boyfriend kamu ada. Dialah yang tenangkan kamu. Satu lagi, dia duduk tepi katil kamu sampai kamu tidur tau. Teringat pula zaman muda dulu." Sambungnya lagi sebelum menyuap buah oren itu kemulutnya.

"Err makcik ingat lagi tak rupa dia macam mana?" Tanyaku. Cuba untuk mendapatkan kepastian.

"Dia tinggi, putih, ada lesung pipit eh makcik tak berapa ingatlah. Tak silap makcik kamu panggil dia Dr. Hah betullah tu."

Dr?

Terus aku benamkan wajah di bantal. Baru sahaja nak menjerit, aku teringat yang bukan aku seorang berada disini.

"Saya rasa makcik salah faham ni. Err tu abang saya. Haah abang saya." Tipu sunat sekali sekala tak apa rasanya.

"Lah abang kamu rupanya. Untung kamu dapat abang penyayang macam dia. Sayang betul dia dekat kamu. Kalaulah makcik ada anak perempuan, dah lama makcik cop abang kamu tu. Tak apa kan? Hahaha."

"Ahaha." Aku gelak serba salah.

Kejap, jadi dialah yang selamatkan aku semalam? Aku sempat ingat yang ada orang panggil nama aku sebelum aku pengsan.

Dia risaukan aku ke? Terus aku gelengkan kepala beberapa kali. Tak mungkinlah. Tapi kalau betul macam mana?

Baru teringat yang harini aku kerja. Aku kena bagi tahu bos dahulu, tak pasal-pasal karang kena pecat. Aku pandang sekeliling. Mencari handbag aku.

Tiada. Aku dah tak kesah sangat pasal beg itu, yang penting sekarang ini adalah telefon aku. Dahla aku tak balik semalam. Mesti Alea risaukan aku.

Bunyi pintu dikuak dari keluar mengalihkan perhatian aku. Aku pusing kepala ke arah itu.

Tergagam. Dr Kalimi yang segak dengan kot putihnya memandang tajam ke arahku. Aku khayal ke apa ni? Kesan sampingan kena tampar ke ni?

Dia melangkah ke arah katil aku sebelum berdiri tegak sebelah katil aku. Aku kaku sahaja. Tidak tahu hendak buat apa.

"Err.. hi dr." Aku sengih tidak bersalah.

"Are you out of your mind?"
Terus telan air liur. Belum apa-apa dah kena sembur. Petanda tidak baik ni.

Dr Sengal Where stories live. Discover now