Bab 27

125 10 2
                                    


˘ ᵜ ˘

TAK cukup tanah aku berlari ke arah pintu utama rumahku sebaik sahaja aku menapak keluar dari kereta abang aku. Satu sahaja objek yang tengah berlegar dalam kepala aku tika ini. Kalimi.

Sia-sia sahaja aku sedih bila dia cakap dia tak dapat sambut ulang tahun aku. Rupa-rupanya dia senyap-senyap hantar rombongan meminang! Hadiah hari jadi yang paling aku tak akan lupa dalam hidup aku.

"Umi, mana? Mana rombongan yang datang tadi?" Soalku sebaik sahaja bertembung dengan umi dengan nada yang sedikit megah. Tak cukup nafas dek berlari tadi.

"Rombongan apa pula kamu ni? Jangan nak merepek tengah-tengah hari buta ni." Umi tolak aku sedikit sebelum melangkah ke dapur. Tecengang aku dua saat.

"Umi cakaplah betul-betul, tadi Darwish cakap Kalimi hantar rombongan meminang." Bentakku sambil menggaru kepala yang sudah kusut tahap cipan.

"Ooo nama dia Kalimi ya? Kenapa umi tak pernah tahu pun pasal ni? Pandai ya kamu sembunyikan hal ni dari umi. Abang Long kamu tahukan pasal kamu dengan dia? Bukan main rancak diorang borak tadi." Sambungnya lagi beserta dengan jelingan 'manjah'.

Molopong aku dua saat. Darwish borak dengan Kalimi? Dunia aku rasa gelap seketika. Entah apa yang telah dia borakkan dengan Kalimi. Bukan boleh kira sangat kepala otak abang sulungku itu.

"Habistu umi cakap apa? Umi tak setuju kan?" Soalku ingin tahu.

"Setuju."

"Alhamdulillah umi tak setuju. Kejap? Umi setuju? Umi biar betul? Kenapa umi setuju pula!? Umiiii." Tubuhku melorot jatuh ke lantai. Tidak sangka yang umi aku yang garang mengalahkan singa akan terima pinangan Dr Sengal itu.

"Kenapa pula kamu tak suka? Umi tengok baik je budakya. Sopan santun, hormat orang tua, hish memang taste umi betul!" Sekali lagi mulut aku melopong. Ubat apa yang kau dah bagi umi aku wahai Kalimi.

"Kalau umi suka dia, umi ajelah yang kahwin dengan dia." Ujarku tidak semena-mena. Tak pasal-pasal lenganku dicubit oleh umi.

"Apa pula umi kahwin dengan dia? Abi kamu tu mana umi nak campak? Kenapa? Kamu tak nak terima pinangan dia ke?" Soal umi lagi.

"Orang bukan tak nak terima tapi, orang muda lagi lah umi. Mana sedia lagi nak jadi isteri orang." Ucapku dengan nada sedikit sedih. Manalah tahu dapat lembutkan hati umi sedikit.

"Muda kepala otak kamu la. Kamu tu dah nak masuk 30 tahun Syaqila oi. Jangan nak fikir yang diri tu muda sangat. Kamu tak nak tolak kan? Kira kamu terima lah ni? Alhamdulillah akhirnya dapat juga umi seorang menantu." Umi tadah tangan macam tengah berdoa sebelum diraup ke mukanya. Makin nak menangis aku yang menengoknya.

"Apa yang bising-bising ni? Pasal rombongan tadi? Kau terima ajelah pinangan dia Qila oi. Bukan kau jugak yang beria mengorat dia dulu? Peluang dah ada depan mata ni, sambar ajelah. Ye tak gitu umi?" Entah muncul dari mana abang sulungku ini, tiba-tiba muncul dengan hujah bukan main bernasnya. Dua lawan satu, masak lah aku!

"Qila pernah mengorat dia dulu? Oh tuhanku, kenapa umi tak pernah tahu pun pasal ni. Habistu apa lagi, terima jelah pinangan dia. Rezeki jangan ditolak Qila oi. Melepas kamu nanti. Melepas juga umi nak bermenantukan si kacak tu." Tu diaaa umi dah buat kata putus. Bermenantukan si kacak? Bukan main dia puji mamat tu ya. Ni belum official lagi title Kalimi sebagai menantunya, sudah melambung pujiannya.

"Habistu sekarang ni, semua setuju ke macam mana? Abi? Faqih? Artief?" Haa ambik kau lengkap satu family.

"Kenapa kau tak tanya je sekali imam kampung sebelah, makcik kantin sekolah rendah kau dulu ke. Yang dipinang sekarang ni kau, bukannya orang lain. Kalau umi dah setuju, kau tak payah nak runsing sangat, memang seratus peratus yang lain akan setuju. Tak sangka ya kapal aku berlayar juga akhirnya. Aghh!"

Dr Sengal Where stories live. Discover now