Bab 8

194 12 1
                                    


𐂴

AKU memandang ke luar tingkap dengan pandangan yang kosong. Hari ini aku cuti, jadi aku tidak tahu nak buat apa. Menyesal pula aku tidak balik ke rumah family aku. Alea pula tiada di rumah. Bercuti dengan keluarganya. Dia pelawa aku untuk ikut, namun aku tolak. Aku beri alasan busy. Seganlah aku dengan familynya yang ramai itu.

Aku memandang ke arah rak buku disudut bilik aku yang sarat dengan buku yang belum disentuh. Ini yang aku malas ni, setiap kali Alea mengajak aku ke kedai buku, pasti ada sahaja buku yang dibeliku. Bukan baca pun. Membazir duit sahaja.

Ada baiknya aku baca. Aku pilih satu buku lalu kembali ke katil. Baru sahaja aku hendak belek muka surat pertama, bunyi notification telefonku disebelah lebih menarik perhatianku.

Aku masukkan password sebelum terus ke aplikasi WhatsApp. Satu mesej dari nombor yang tidak dikenali. Anak siapa pula chat aku pagi-pagi ni.

Belanja aku makan

Berkerut dahi aku membacanya. Walaoweh tiada salam tiada apa minta aku belanja makan. Kut ye pon tengah pokai, mintalah dengan orang yang berduit. Minta dengan aku apa aje yang aku boleh belanja.

Wassalam bro/sis. Rasanya awak salah no ni

Balasku. Lama aku tunggu dia reply. Gambar profile pun tiada. Dia busy kut.

Tak sampai 3 saat aq letak telefon atas katil, sekali lagi bergetar telefon aku.

Salah no? Bukan ni Syaqila?

Eh dia kenal aku. Laju jari menaip di atas papan kekunci.

Haah ni memang dia. Awak ni siapa? Dengan tak bagi salam tiba-tiba minta orang belanja  ಠ_ಠ

Ni aku. Kalimi

Hampir terpelanting telefon aku ke dinding. Dr Kalimi? Ohh aku lupa yang dia minta no aku semalam. Terus aku save contactnya.

Dr Sengal : Aku suruh kau belanja. Sebagai tanda terima kasih sebab aku dah selamatkan kau.

Aku julingkan mata ke atas. Tak habis-habis pasal dia selamatkan aku. Dasar tak ikhlas. Setakat belanja roti canai kedai mamak tu bolehla. Kalau dia demand makanan mahal-mahal, mampos aku.

Whatever. Yelah nanti saya belanja makan. Dah, jangan kacau saya.

Perbualan antara kami tamat disitu. Ceh dia bagi double grey tick. Aku baling telefon ke sebelah sebelum menyambung sesi pembacaan yang tertunda tadi.

𐂴

AKU melangkah keluar dari kedai serbaneka sambil menjinjit satu beg plastik berisi makanan. Dia cakap belanja makan. Roti pun kira makanan lah kan. Aku beli bun susu untuknya dan bun kacang merah untuk aku. Tidak lupa juga air mineral dua botol. Takutlah ada yang tercekik lepas ni.

Makanan dah settle. Sekarang ini tempat untuk makan. Satu idea muncul dalam kepala. Berdekatan dengan tempat parkir kereta hospital ada satu taman. Nak cakap taman permainan, taklah juga. Tanpa membuang masa, aku mula berjalan ke lokasi yang hendak dituju.

Sampai sahaja disana, aku letak beg plastik di atas satu bangku sebelum duduk diatas satu buai. Seram juga main buaian malam-malam macam ni.

Dr Sengal Where stories live. Discover now